Wednesday, August 17, 2011

Majlis Berbuka Puasa ENVI

Jabatan Komunikasi Koporat environment IDAMAN Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan Media Masa pada 17 August 2011 hari Rabu jam 7.30 petang di Restoran Nelayan, Jalan Kuala Kedah.

Restoran Nelayan
Ucapan Pengerusi Majlis En. Pissal Abu
Bacaan Doa Ustaz Mohd. Noris Desa

Diantara tetamu kehormat yang hadir YBhg. Dato' Nadzri bin Yahya, Ketua Pengarah, Jabatan Pengerusan Perbadanan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Hj. Zaini bin bin Md. Nor, Ketua Pegawai Exsekutif, Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, en. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal, Ketua Pegawai Exsekutif environment IDAMAN Sdn Bhd serta kakitangan dan wakil-wakil mediamasa tempatan.

Tetamu Kehormat
Mediamasa

Gambar Keselurohan

Upacara ringkas diadakan dengan ucapan En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal kepada tetamu dan juga sedikit makluman mengenai pencapaian syarikat dan susun atur kerja dimusim perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.


Majlis bersama Media diadakan selepas ucapan Ketua Pegawai Excekutif dan disambung semula selepas majlis berbuka puasa.

Majlis bersama media


Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Danok

Setiap tahun saya bersama keluarga mengadakan majlis berbuka puasa di Danok, hari ini 16 August 2011 hari Selasa saya bersama isteri dan seorang anak sampai ke Danok jam 6.35 petang bertolak dari Alor Setar jam 6.00 petang perjalanan selama 35 minit.  





Kami terus menuju ke Masjid untuk menyertai program berbuka puasa bersama anak-anak kariah disitu, mula-mula kami sampai hanya ada beberapa orang sahaja begitu juga dibahagian muslimah hanya isteri saya seorang sahaja, jam 7.15 barulah ramai berkumpul dan saya dijemput oleh lmam dan Bilal masjid sama-sama masuk ke dewan yang terletak dibersebelahan masjid untuk berbuka puasa.




Alhamdulilah sebaik sahaja azan bermula kami mulai berbuka dengan hidanganya yang disediakan iaitu Air Nyior + Sirap, Kurma, Pulut Sekaya, Lepat dan Murtabak untuk 3 orang satu hidang. Isteri saya turut dapat menu yang sama walau pun beliau hanya seorang sahaja. Selepas solat maghrib baru tetamu dihidangkan dengan jamuan nasi berlauk didalam talam.



Saya bersama isteri dan anak sebaik sahaja selesai solat kami terus menuju ke kedai makan yang popular dengan Daging Bakar terletak ditepi jalan, sampainya kami didapati orang terlalu ramai sehingga tiada tempat duduk namum begitu tuan punya kedai jemput saya duduk disatu sudut dekat dengan tempat masak kerana saya salah seorang pelanggan tetapnya disitu.


Seperti biasalah isteri saya order Daging Bakar, Tomyam Seafood Putih, Sup Ekor, Kerabu Kaki Ayam dan Telur Dadar semuanya untuk 2 orang makan, saya tanyakan isteri saya hai boleh habis ka tadi baru saja kita berbuka puasa dimasjid, kata isteri saya apa susahnya tak habis kita bungkus saja dan bawa balik untuk makan sahur.  


Alhamdullilah terlalu sedap makan tak habis maka saya minta tuan kedai bungkuskan untuk dibawa balik, kami berehat sebentar dan selepas itu saya bawa isteri saya membeli beras pulut, kuah tomyam dan 1 kotak bunga api.  Sudah selesai acara terakhir seperti yang saya janjikan pada isteri kami terus ke kedai menjual Ketam Rebus (Steam) mulanya nak makan disitu melihat jam ditangan sudah pun pukul 10.00 malam anak pula mulai mengantuk saya minta tuan kedai bungkuskan saja dan kami terus balik.

Setelah selesai semuanya proses chop pasport antara dikedua-dua belah sampailah ditempat pemeriksaan Kastam dihadapan kereta saya ada 2 buah kereta mengunakan nombor plat siam, ketika itu kereta perlahan-lahan memasuki lorong untuk menuju ketempat pemeriksaan, apa yang mengkecewakan saya salah seorang Pegawai Kastam yang bertugas melepaskan 2 buah kereta yang mengunakan plat siam TANPA PEMERIKSSAN.

Apabila sampai giliran saya disuruh saya buka bonet kereta dan diperiksa soalanya encik ada beli mercun ka? saya kata ada hanya bunga api lalu beliau merungut katanya bunga api pun tak boleh lantas saya kata ini untuk anak saya dia kata tak boleh, saya terus meninggikan suara saya bertanya pada pegawai tersebut kenapa TUAN tak periksa 2 buah kereta plat siam didepan saya tadi mungkin mereka bawa banyak mercun masuk ke Malaysia dari saya, katanya pemeriksaan kerja kami, lalu saya kata inikah sikap pegawai kastam yang menjalankan tugas untuk NEGARA. Memandangkan kereta banyak salah seorang dari pegawai kastam datang meleraikan pertengkaran kami lalu dia minta saya bersabar dan benarkan saya meneruskan perjalanan.

Selesainya sekatan dari UPP saya meneruskan perjalan balik ke Alor Setar dengan diiringi perasaan kecewa diatas sikap Pegawai Kastam yang berkenaan kerana tidak AMANAH dalam menjalankan tugas.

Friday, August 12, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kredit & Pinjaman

Dari KL International saya bersama En. Azih Muda menuju ke Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang terletak di Pasar Borong Selayang dengan menaiki kereta En. Shamshuddin salah seorang ALK.



Mesyuarat pinjaman hari ini 12 August 2011 (Jumaat) bermula pada jam 10.00 pagi di Pengerusikan oleh En. Azih Muda, Mesyuarat telah meluluskan permohonan pinjaman seramai 81 orang termasok pinjaman perayaan sebanyak 1.5 juta.

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Suasana mesyuarat

Selesainya mesyuarat pada jam 5.00 petang disambung pula majlis berbuka puasa di Restoran Pak Tam bersama kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, seramai 20 orang kakitangan yang hadir dimajlis tersebut.

Restoran Pak Tam
Staff sedang berbuka puasa

Selepas jamuan berbuka puasa diadakan majlis ringkas penyerahan BONUS setengah bulan kepada kakitangan Koperasi bagi kegunaan menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Khairul Pengurus Koperasi KOSPETA 


Thursday, August 11, 2011

Perjalanan Ke Kuala Lumpur

Selepas berbuka puasa dan solat maghrib bersama keluarga dirumah saya minta isteri menghantar saya ke airport untuk menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur sampainya saya diairport terus ke misin checkin AirAsia untuk mengambil tiket penerbangan.


Setelah mendapatkan tiket masa berlepas jam 9.50 malam sementara menunggu saya mengambil kesempatan membuka Lettop untuk semak blog, apabila waktu bertolak sudah sampai kedengaran pramugari mengumumkan semua penumpang-penumpang pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur diminta beratur dipintu masuk hadapan.


Saya pun lantas menutup lettop seperti biasa la orang lain semua masuk kemudian baru saya masuk tujuanya untuk mendapat tempat duduk yang selesa, keselurohan penumpang pada malam itu hanya 80% sahaja maka banyaklah tempat duduk yang kosong.


Setibanya saya jam 10.50 malam di LCCT, Kuala Lumpur tersedia menanti ketibaan saya En. Azih bin Muda bersama dengan En. Kalai yang kebetulan baru pulang dari majlis berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri di kediamanya Sri Perdana Putrajaya.


Lantas saya pun menaiki kereta menuju ke Hotel KL International, sampainya kami di hotel sebelum masuk kebilik kami duduk dibawah sambil makan dan minum serta berbual dengan beberapa orang kawan-kawan lain yang tiba awal.

Lobby Hotel

Program 3R Di Sek. Kbg. Pedu

Diatas kesedaran Persekitaran Alam Sekitar Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pedu telah mengadakan Program 3R dan Kutipan pada 11 August 2011 ( Khamis ) jam 9.00 pagi bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah.


Ceramah dalam dua sessi telah diadakan kepada pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6 oleh En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Berhad bersama En. Khairul Azmi Pegawai Jutera, Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

En. Pissal Abu sedang memberi ceramah
Guru Besar SKbg. Pedu
Pelajar-Pelajar Tahun 4 hingga 6
Kuiz
Berjaya menjawab soalan

Sebaik selesai sessi ceramah diteruskan program membeli barang-barang kitar semula yang dibawa dari rumah oleh pelajar-pelajar yang dikumpulkan lebih awal mengikut setiap kelas.




Pegawai-pegawai dari PPSPPA seramai 3 orang terdiri daripada En. Khairul Azmi, Puan Malisa dan En. Rusdi serta 3 orang dari environment IDAMAN telah membantu dalam proses jua beli setelah ditimbang kesemua barang-barang tersebut hasil pendapatan sebanyak RM 421.60.

Tuesday, August 9, 2011

Pembayaran Wang Kitar Semula

Program 3R yang telah diadakan kelmarin dengan jayanya pada 08 August 2011 ( Isnin ) di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah mendapat sambutan yang beik dikalangan Pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Sedang berbincang dengan Guru Besar

Hari ini 09 August 2011 (Selasa) saya mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd bersama dengan En. Khairul Azmi Pegawai Jutera Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ( PPSPPA ) ke Pejabat Guru Besar untuk membayar hasil jualan kitar semula.


Tuan Guru Besar bersama Ham dan Cik Gu Kamaruddin Penyelaras Program Kitar Semula berada bersama-sama dibilik Guru Besar semasa majlis penyerahan hasil jualan yang pertama sebanyak RM 519.05 oleh En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Bhd disaksikan oleh En. Khairul Azmi Pegawai Jutera PPSPPA serta guru-guru.

En. Pissal sedang menyerahkan wang kepada
Tuan Guru Besar di saksikan oleh En, Khairul Azmi

Monday, August 8, 2011

Program 3R Di Sek. Kbg. Titi Gajah

Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Gajah telah mengadakan Program 3R dan Kitar semula kepada semua Pelajar-pelajarnya dari darjah 1 hingga 6 pada 08 August 2011 ( Isnin ) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. 

Sekolah Kebangsaan Titi Gajah
En. Pissal Abu sedang memberi ceramah
Pelajar-Pelajar

Program dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan terlebih dahulu semua pelajar membaca Al Quran dan selepas itu taklimat ringkas oleh pengerusi majlis dan seterusnya dijemput En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Bhd menyampaikan ceramah mengenai program kitar semula serta alam sekitar.

En. Pissal sedang bertanya soalan
Hadiah berjaya menjawab soalan

Hadir bersama di majlis tersebut selain Puan Guru Besar, dan Guru-guru iaitu Cik Nor Fadzilah, Pn. Malisa, En. Mohd, Hisyar dan En.Budin dari PPSPPA sebagai pemamtauwan dan 3 orang pembantu dari environment IDAMAN Sdn Bhd.

Puan Guru Besar, Cik Gu Kamarul dan Wakil PPSPPA

Sebaik sahaja selesai ceramah program kitar semula Cik Gu Kamaruddin sebagai pegawai penyelaras program tersebut telah mengarahkan semua pelajar-pelajar membawa turun dan menyusun barang-barang tersebut mengikut kelas masing-masing.



Asingkan Botol dengan Tin
Pn. Malisa sedang menimbang
En. Pissal sedang mencatit
Akhirnya selesai sudah kerja-kerja menimbang, hasil yang di perolihi buat kali pertama Kertas sebanyak 787,8 kg, Botol Plastik 80 kg, Alumaniam 12.5 kg, Tin Susu 173 kg dan besi 104 kg jumlah pendapatan keselurohan sebanyak RM 519.05. 

Tandatangan menerima wang
Hasil Jualan