Saturday, March 22, 2014

Percutian Sekolah

Kelmarin 21/03/2014 saya bawa kawan-kawan dari Penang masuk ke Danok kemudian nak terus ke Hatyai melalui Bukit Kayu Hitam.

Pintu Masuk Ke Thailand
Orang ramai cop pasport

Sesampainya kami disana masyallah tak dijangka kereta beratur berleretan panjangnya, atas pengalaman yang ada saya terus pergi kehadapan potong Q, minta maaf la apa boleh buat, Bab cerita potong Q ni kereta siam yang paling ramai mereka sedikit pun tak hairan langsung dengan kereta malaysia, seolah-olah macam tempat mereka.

Paramount Hotel IJam Besar)
Dari Bilik Hotel
Bilik Hotel

Yang shoknya bila sampai kat Imgresen mereka terus lalu tak cop pun, inilah fonemena setiap hari yang berlaku di kaunter Imgresen entah mungkin ada perjanjian kot, sampai sahaja dipintu masuk Thailand (Danok) alahai ramainya orang maklumlah 12 buah bas express dah beratur menunggu penumpang mereka nak cop pasport, Cuti sekolah katakan.

Waktu Pagi di Danok
Waktu Petang di Danok
Kawasan Bom Meletup Tempoh Hari

Seperti biasa saya ambil jalan pintas kami masuk dulu ke Pekan Danok kemudian kami checkin di Paramount Hotel setinggi 8 tingkat dengan kadar harga RM 80.00 satu malam. Sebelah petang saya bawa kawan-kawan pergi cop pasport dengan mudah sahaja orang dah tak banyak seperti disebelah pagi.

Kedai Makan di Tepi Jalan
Makan Malam
Makan Malam dengan Kawan-Kawan

Disebelah malam saya bawa kawan-kawan keluar makan malam di tepi jalan, disini ada menjual daging bakar. di Restoran atau di kedai-kedai makan tak ada jual daging bakar. Selepas makan saya mereka semua pergi ke Casanova (Dangdut) dimana tempat ini terkumpul orang-orang Malaysia untuk berhibur.

Casonova Dangdut

Sunday, March 16, 2014

Persidangan Negeri Wilayah Persekutuan (ANGKASA)

ANGKASA Wilayah Persekutuan hari ini 16/03/2014 jam 8.30 pagi, Ahad telah berjaya mengadakan Persidanganya di Tingkat 1 Dewan Cempaka, Hotel Kuala Lumpur International, Lorong Haji Hussein, Off jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kuala Lumpur.

Pemimpim Tertinggi
Perwakilan yang hadir

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 158 orang Perwakilan diseluroh Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah Presiden ANGKASA dan hadir sama bekas Presiden Ybhg. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali bin Haji Baharum.

Presiden ANGKASA
Pengerusi ANGKASA Wilayah

Mesyuarat hari ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhir, seramai 5 orang calon bertanding bagi mengisi kekosongan 4 kerusi Jawatankuasa kerana tamat tempoh perkhidmatan, walau bagaimana pun ke empat-empat mereka telah menawar diri semula untuk kerusi-kerusi tersebut.

Pendaftaran Peserta
Tag Nama Perwakilan
Baju Perwakilan

Para Perwakilan dibekalkan dengan Tag nama, Baju Angkasa dan Beg setiap perwakilan yang hadir serta lain-lain dokumen. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menghantar 2 orang wakil terdiri daripada Tuan Haji Mohd. Faizi bin Haji Aznam, Setiausaha dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Perwakilan dari Koperasi KOSPETA 
Perwakilan

Mesyuarat berakhir pada jam 1.20 tengahari dan semua Perwakilan disediakan jamuan makan tengahari di tingkat 4, Hotel tersebut.

Bergambar bersama Presiden ANGKASA

Friday, March 14, 2014

Lawatan Sambil Belajar

Koperasi KOSMAT Majlis Bandaraya Kuala Trengganu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar di Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam mulai 13-15/03/2014.

Peserta Lawatan
Peserta Lawatan

Hari ini 14/03/2014 Koperasi KOSMAT mengadakan kunjung hormat di Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Peserta Lawatan
Taklimat Setiausaha
En. Pissal Abu memberi taklimat

Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengetuai Ahli Lembaga Koperasi menyambut kedatangan rombongan seramai 76 orang dan beliau terus memberi taklimat, taklimat dimulakan dengan pertunjukan slide kepada semua peserta lawatan.

Sebahagian dari peserta
Ucapan En Azih bin Muda

Selesai sudah sessi taklimat diteruskan dengan acara penyampaiaan cederamata, Koperasi KOSPETA membekalkan buku, kelendar, pen dan keychange kepada semua peserta lawatan.

En. Pissal menyampaikan Cederamata
Penyampaiaan Cederamata

Kemudian semua peserta di jemput naik ke tingkat 3 untuk jamuan makan tengahari yang disediakan oleh warga kerja. 

Jamuan Makan 
Jamuan Vip
Jamuan Makan Tengahari

Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi, semua peserta mula beredar menaiki bas balik ke hotel Brisdale di Kuala Lumpur.

Kaunter Koperasi
Bergambar Beramai-ramai
Mengisi borang dan menaiki Bas

Friday, February 28, 2014

Beristirehat Kat Medan

Setelah penat mebuat pelbagai program kini ku berehat 3 hari 2 malam di Medan mulai pada 26-28/02/2014. Bertolak dari Penang ke Medan asalnya jam 4.30 delay satu jam setengah kepada 6.00 sampai di Kuala Namu airport Medan jam 7.00 ptg (WM) 6.00 ptg (WIB).

Penang Airport
Atas Flight

Seperti biasa setelah selesai cop pasport saya terus menuju ke Kaunter Stesyen Keretapi Laju membeli tiket dengan harga RP 65,000 (RM 18.00). Perjalan melalui keetapi hanya makan masa selama 40 minit menuju ke Kota Medan.

Kuala Namu Airport
Kaunter iket

Jika kita menaiki Teksi yang sedia ada menunggu bayaranya RP 130,000 (RM 32.00) itu tidak termasok tol dan sebagainya memakan masa selama 1.30 minit, manakala kita menaiki Bas Damri menuju ke Kota Medan harganya RP 15,000 (RM 3.40) memakan masa selama 2 jam lebih perjalanan ke Kota Medan.

Keretapi Laju
Kuala Namu Airport
Teksi dan Bas Airport

Hotel yang paling saya gemari di Medan di Ibunda Hotel dibawah hotelnya ada Rumah Makan jenis masakan padang mudah pada waktu mana kita nak makan. ramai pelancong Malaysia kalau di Medan makan di sini.

Ibunda Hotel
Harga Bilik RP 240,000 (RM 58.00)
Hidangan yang tersedia
Pelancong Malaysia

Aktiviti malam di sana hidup contohnya kalau kita nak berdangdut, lifeband, disconya atau berkaraoke keluarga ada tersedia, yang paling seronoknya naik beca atau teksi ke sana sini dengan harga yang murah walaupun lewat malam, tak seperti di Kuala Lumpur ada saja harga cajnya selapas jam 12.00 tengah malam.

Bas ke Kota Medan
Teksi Ke Kota Medan

Tempat membeli belah Pasar Ikan masih lagi popular di Kota Medan ramai orang Malaysia datang membeli belah disini walau pun banyak Pasaraya yang ada disana, kerna harganya jauh lebih murah dari tempat-tempat yang lain.

Saturday, February 22, 2014

Pertandingan Lagu Dangdut

Pertandingan Lagu-Lagu Dangdut telah berjaya diadakan pada 21/02/2014 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pak Tam Cafe Bt. 10 Jabi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Hadiah barangan Electrik

Seramai 30 orang peserta 16 lelaki dan 14 perempuan telah berjaya dipilih dari 45 orang peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai Pertandingan ini. Setiap peserta dikenakan bayaran yuran RM 10.00 setiap orang.

Pengadil
Penonton
Penonton

Sebanyak 10 hadiah dari tempat pertama hingga ke sepuloh berbentuk barangan electrik disediakan serta hadiah sampingan dari tempat pertama hingga ketiga tiket penerbangan ke Medan beserta 2 malam penginapan, manakala pemenang pakaian tercantik dan persembahan terbaik lelaki dan perempuan voucer 2 malam di danok serta 1 makan malam.




En. Pissal bin Abu selaku penganjur telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang,  Tempat pertama dimenangi oleh Puan Nurulfiqah bte Abdullah mendapat hadiah Oven beserta voucer ke medan, tempat kedua Puan Hasnah bte Sulaiman mendapat periuk nasi beserta voucer ke medan dan tempat ketiga Puan Wan Seri Dewi juga periuk nasi beserta voucer ke medan.

Pemenang Pertama
Pemenang Ke Dua
Pemenang Ke Tiga

Bagi pemenang ketegori Pakaian tercantik dimenangi oleh Abang Man dan Puan Hasnah bte Sulaiman, bagi Persembahan terbaik dimenangi oleh En. Sofi bin Darus dan Puan Norhayati bte Abdullah masing-masing menerima hadiah periuk nasi dan voucer 2 malam di danok. 

Pemenang tempat Pertama hingga Ke Lima
Pemenang tempat ke Enam hingga ke Sepuloh

Pertandingan berakhir pada jam 1.30 malam, sambutan dari orang ramai diluar jangkaan sehingga tidak mencukupi tempat duduk orang ramai terpaksa berdiri.

Lagu Lela
Lagu Mengejar Badai
Lagu Gadis Malaysia
Lagu Tepuk Tangan