Friday, September 27, 2013

Janji di Tepati

Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Hari Raya telah selesai diadakan baru-baru ini pada 30/09/2013 bertempat di D Huma Cafe and Karaoke, Kota Marina, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

D Huma Cafe
Pemenang Tempat Pertama hingga Ke Lima

Sebagai janji ditepati kepada 5 pemenang berpasangan dan 4 orang Persembahan Terbaik dan Pakaian Tercantik dibawa melawat ke Hatyai dan Danok pada 26-27/09/2013.

IPD Hotel, Danok
Makan Malam di Danok
Shoping di Hatyai

Kesemua peserta mempunyai acara bebas mengikut selera masing-masing, pihak penganjur hanya menyediakan penginapan di Hatyai 1 malam di Danok 1 malam dan jamuan makan malam untuk 2 malam.

Bersama Keluarga
Pemenang dan Persembahan Terbaik
Pemenang Pertandingan

Thursday, September 19, 2013

Seminar Kepimpinan Muda

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE Semenanjung Malaysia) telah berjaya mengadakan Seminar Kepimpinan Muda selama 3 hari 2 malam pada 17-19/09/2013 bertempat di Hotel Grand Crystal, Jalan Kampong Baru, Alor Setar, Kedah.


Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa 3P ANULAE Semenanjung Malaysia yang dihadiri oleh seramai 100 orang peserta diseluroh PBT Semenanjung Malaysia bertujuan mengcukil bakat-bakat baru dikalangan orang-orang muda untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan. Sebanyak 5 kertas kerja disediakan untuk seminar yang berjalan selama 3 hari 2 malam.

Pendaftaran Peserta

Dihari pertama pada 17/09/2013 disebelah malam selepas makan malam diadakan sessi suai kenal dan majlis perasmian. En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Pengerusi MBK Sain dan Teknologi dan Penolong Satiausaha 1 Cuepacs telah merasmikanya.

En. Ramli Kalil Pengerusi Majlis
Majlis Perasmian

Tajuk 1 Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) oleh En. Adnan Bin Mat, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

En. Pissal Abu Sedang Menyampaikan Ceramah

Tajuk 2 Kepentingan Koperasi Kepada Penjawat Awam oleh En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Pemenang Kuiz
Penyampaian Cederamata

Tajuk 3 Pemimpin Generasi Muda Dalam Kesatuan oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia,

En. Azih Muda Menyampaikan Ceramah
Sebahagian Dari Peserta
Penyampaiaan Cederamata

Tajuk 4 Motivasi & Produktiviti - Kerja Sebagai Ibadah oleh Tuan Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad, Penolong Pengarah Dakwah & Tarbiah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan

Peserta Seminar

Tajuk 5 Isu Dan Cabaran Anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia oleh Dr. Kuppusamy a/l Singaravello dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dr. Kuppusamy a/l Singarevello
Sebahagian Dari Peserta

Majlis penutupan serta penyampaian sijil kepada setiap peserta dihari ke 3 hari terakhir pada 19/09/2013 oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuepacs.

En. Azih Muda Presiden ANULAE
Majlis Perasmian Penutup
Peserta Seminar
Peserta Lelaki
Peserta Perempuan
Video Penyampaian Sijil

Selesai majlis perasmian peserta di sediakan jamuan makan tengahari sebelum mereka semua berangkat pulang ke distinasi masing-masing.

Video Penyerahan Beg Kueh
Penyampaian Kueh Oleh Kedah Utara
Sebahagian Dari Peserta

Sebelum itu dihari pertama pada 17/09/2013 jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa 3P ANULAE Semenanjung Malaysia dibilik Kenanga, Hotel Grand Crystel dan jam 5.00 petang diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di bilik yang sama.

Mesyuarat 3P

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga mengambil kesempatan mengadakan kaunter terbuka bagi Program Kempen Keanggotaan selama 3 hari 2 malam di Lobby Hotel tersebut.

Kaunter Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Hari Pertama Kaunter Koperasi KOSPETA

Saturday, September 7, 2013

Berehat di Medan

Setelah penat bekerja saya bersama kawan mengambil keputusan rehat d Medan selama 3 hari 2 malam pada 5-7/09/2013 dengan menaiki Airasia dari Penang ke Medan.

Airport Medan Yang Baru

Kawan-kawan saya menaiki penerbangan airasia dari Kuala Lumpur ke Medan, mereka sampai awal jam 2 petang manakala saya sampai jam 6.10 petang waktu Indonesia. Seperti biasa saya menaiki Keretapi Laju dari Airport ke Kota Medan yang memakan masa selama 35 minit.

Keretapi Laju

Dari Station keretapi Kota Medan saya menaiki Beca dengan harga Rp: 20,000 ke International Danau Toba Hotel yang jaraknya lebih kurang 3 kilometer dari tempat tersebut. Sampainya saya disana kawan-kawan sudah siap menanti di Lobby menyambut ketibaan saya.

Danau Toba International
Bilik Tidur

Kami keluar makan malam di Merdeka Walk yang mana ramai orang tempatan mau pun pelancong menjamu selera di sebelah malam ditempat itu. Keesokan hari kami berpeluang ke Pasar Lama Ikan untuk membeli belah khususnya kawan saya yang banyak bershoping untuk persediaan perkahwinan anaknya.


Makan Malam

Selama 3 hari 2 malam kami disana rasanya amat sintuk sekali tak sempat nak kami berjalan-jalan ke tempat bersejarah hanya duduk tinggal di Hotel sahaja lagi pun berehat dibilik boleh menonton TV dengan cerita bermacam-macam.


Dihadapan Kadai Kain Langsir
Kail Langsir
Rumah Makan Nasi Padang

Hari terakhir pada 7/9/2013 kami keluar dari hotel menuju ke Airport Medan yang terletak sejauh 35 KM dengan menaiki kereta yang disediakan oleh pihak Hotel. Penerbangan kami menuju ke 2 destinasi Penang dan Kuala Lumpur.

Dalam Airport
Menunggu Pesawat

Sunday, September 1, 2013

Pertandingan Karaoke Lagu Raya

APK Hijrah Enterprise bersama D Huma Cafe telah berjaya mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan pada 31/08/2013 hari Sabtu jam 9.00 malam bertempat di D Huma Cafe, Kota Marina, Kuala Kedah, Alor Setar Kedah.

Pentas D Huma Cafe
Hadiah-hadiah Barangan Electrik

Program pada malam itu disambut dengan meriah diperingkat awal selepas itu hujan turun menyebabkan orang ramai beransur-ansur pulang, namum begitu walau pun hujan tidak selebat mana pertandingan diteruskan juga, seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian.

En. Pissal Abu sedang memberi ucapan
Anak-Anak Yatim
 
En. Pissal Abu bersama Anak-Anak Yatim

Program dimulakan dengan Penyampaian Bantuan untuk Anak-anak Yatim berbentuk wang tunai dan hamper setiap seorang di sekitar kawasan Kuala Kedah dan hadiah Perkahwinan, Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu, Pengarah APK Hijrah Enterprise.

Hadiah Perkahwinan
Hadiah Perkahwinan
Hadiah Tiket Penerbangan ke Medan

Pertandingan diadakan sebahagian daripada aktiviti Syarikat serta memenuhi program pengisian Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan untuk Rakyat Negeri Kedah khususnya Penduduk di Kuala Kedah. Hadiah-hadiah yang disediakan dari tempat pertama hingga ke sepuloh merupakan barangan electrik termasok 2 hadiah pakaian terbaik lelaki dan perempuan, persembahan terbaik lelaki dan perempuan terbuka.

Sebahagian Peserta Lelaki
Sebahagian Peserta Perempuan

Hadiah sampingan yang paling menarik disediakan kepada peserta Pertama hingga ke Lima berbentuk 2 orang 3 hari 2 malam penginapan serta makan malam di Hatyai dan Danok, Thailand. Setiap peserta boleh membawa pasangan masing-masing tarikhnya dijangka pada 19-21/09/2013. Semua peserta seramai 40 orang yang menyertai pertandingan mendapat hadiah penyertaan.

Pn. NorAzian Tempat Pertama
Ibu En. Md. Azidi tempat Ke Dua
Cik Hawa tempat Ke Tiga
Peserta Pertama hingga Ke Lima
Peserta ke Enam hingga ke Sepuloh

Pengadil seramai 3 orang telah membuat keputusan sebulat suara dan muktamad yang mana tempat pertama di menangi oleh Pn Norazian bte Hamid mendapat Oven Besar, Ke Dua En. Md. Azizi bin Halim juga Oven Besar, Ketiga Cik Hawa bte Ali mendapat Periok Nasi Besar, ke Empat En. Md. Shah bin Solihin mendapat Oven Kecil dan ke Lima Pn. Fadzilah bte Yob mendapat Pelas Air Elecrik 3 dalam 1, manakala peserta ke enam hingga kesepuloh mendapat Blender, Dapor Gas dan Serika.

Segahagian dari Peserta
Sebahagian dari orang ramai
Barisan Pengadil

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pissal bin Abu Pengarah APK Hijrah Enterprise. Pendapatan wang penyertaan RM 10.00 setiap seorang sebanyak RM 400.00 disumbangkan kembali kepada En. Nasir tuan punya D Huma Cafe.

Sumbangan kepada D Huma Cafe
Pengadil Pakaian dan Persembahan
Pengadil Pertandingan
Pengadil Pertandingan

Pertandingan malam itu walau pun hujan turun ianya cukup meriah ramai yang hadir tidak bergerak dari tempat pertandingan untuk melihat peserta-peserta membuat persembahan hingga ke akhir pertandingan, pertandingan berakhir jam 12.30 malam.

Gambar Penyampaian Hadiah
Gambar Peserta Pertandingan