Monday, May 26, 2014

Lawatan Ke Miri, Serawak

Kali ini saya memilih Miri, Serawak sebagai tempat distinasi untuk berehat selama 3 hari 2 malam, Saya menaiki Penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur jam 8.20 pagi dan sampai di Kuala Lumpur 9.20 pagi.

KLIA2
Atas Flight

Sesampainya saya di KLIA2 saya terus ke Billboard yang dipasang disudut hujung sana untuk mempastikan masa penerbangan saya ke Miri, Serawak. Penerbangan ke Miri dari Kuala Lumpur jam 3.25 petang jadi saya berehat di terminal perlepasan.





Jam 3.15 petang dengar pangilan diminta semua penumpang-penumpang yang nak ke Miri sila ke pintu J15. tempat yg saya tunggu tidak jauh dengan J15. Penerbangan bertolak jam 340 petang dari Kuala Lumpur dan sampai di Miri jam 5.38 petang. Miri mempunyai Airport yang besar dan cantik.


Papan Petunjuk

Bandaraya Miri, Serawak
Bandaraya Miri, Serawak

Setelah selesai chop pasport saya terus ke kaunter teksi untuk mendapatkan sebuah teksi menuju ke Hotel Mega yang telah di tempah 2 minggu lebih awal sebelum dari tarikh saya berangkat dengan kadar harga RM 180.00 untuk 1 malam.

Mega Hotel
Checkin
Bilik Standard

Lobby Hotel

Mega hotel terletak didalam Bandaraya mudah untuk medapat makanan dari restoran-restoran yang berdekatan dengan hotel tersebut. Ramai juga orang-orang Miri keluar makan malam besama keluarga dan banyak juga kedai-kedai internet disana.

Cafe House
Menu
Minum Pagi
Suasana Malam
Bandaraya Miri, Serawak

Pada 26/5/2014 setelah check out saya menaiki teksi dari hotel menuju ke Airport untk balik ke Kuala Lumpur jam 8.30 pagi dan sampai di KLIA2 jam 10.30 pagi. Sampai di airport saya menaiki keretapi laju menuju ke KL Central, sampai disana kawan menunggu dan bawa saya ke Hotel City Villa dan bermalam di situ.

Checkout
Miri Airport
Tempat orang ramai menunggu
Flight AirAsia

Monday, May 19, 2014

Lawatan Ke Medan

Seramai 18 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar selama 3 hari 2 malam pada 17-19/5/2014 ke Medan dengan menaiki Penerbangan Murah AirAsia dari Kuala Lumpur.

KLIA2

Hari pertama sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan kami di bawa terus dengan menaiki Bas sewa khas ke Brastagi dan bermalam 1 malam di sana di Hotek Garuda. Pada petang itu kami dibawa melawat di sekitar pekanya. 

Kuala Namu Airport, Medan
Kuala Namu Airport
Bas Sewa Khas
Ibunda Hotel, Medan
Garuda Hotel

Disini banyak jualanya buah2han yang datang dari kampong-kampong disekitar Brastagi, kemudian kami d bawa naik ke atas Bukit bagi melihat sendiri pemandangan Pekan Brastagi serta dari jauh nampak Gunung Berapi yang tidak lama dulu telah memuntahkan laba2.

Pelbagai Buah2han
Pemandangan Bandar Brastagi
Gunong Berapi
Kereta Kuda

Keesokanya kami checkout terus kami menuju ke Kota Medan untuk 1 malam dan bermalam di Hotel Ibunda dan Garuda. Sampai sahaja di Kota Medan selepas checkin maka ada sebahagian dari group kami telah menaiki teksi pergi ke Pasar Ikan dengan Medan Mall untuk membeli belah.

Makan Malam
Melawat ke Masjid Raya, Kota Medan
Berjalan dalam Bandar Kota Medan
Membelibelah

Disebelah malam selepas makan malam aktiviti bebas. Ditempat makan diluar sana dah ada peniaga-peniag siap menunggu dengan menjual pelbagai barangan baju, soviener, beg besar dan kecil sertaa lain-lain lagi dangan harga murah.

Merdeka Walk
Gerai Makanan

Melawat Istana Maimum adalah salah satu program yang saya masukan untuk memberi gambaran dan pendedahan kepada mereka satu ketika pemerintahan diRaja pada beberapa abad lamanya dulu. Istana ini ramai Pelancong datang melawat sama adda kumpulan atau pun Persaorangan.

Istana Maimum
Bergambar atas Singahsana



Taklimat ringkas akan disampaikan oleh Pegawai-pegawai disitu yang dipercayai keterunan diRaja yang tinggal di Istana tersebut dan pelancong ditawar bergambar di singahsana dengan memakai baju kesultanan termasok pakaian lelaki dan wanita disediakan dengan kadar sewaan RM 3.00 setiap pasang.



Hari ketiga sebelum kami pulang sempat lagi beberapa orang dalam kumpulan kami pergi bershoping, slepas makan tengahari kami bertolak ke Airport dengan menaiki 4 buah teksi dari hotel terus ke Airport Kuala Namu Medan yang jaraknya sejauh 85 KM. Penerbangan kami jam 5.30 petang ke Kuala Lumpur.

Kuala Namu Airport
Checkin
Bergambar di Kuala Namu Airport
Minum Petang
Tempat menunggu