Friday, May 15, 2015

Lawatan ke Labuan

Saya pergi ke Labuan dalam rangka lawatan singkat untuk berehat di Labuan selama 2 hari 1 malam pada 13/05/2015. Pagi 13/05/2015 saya menaiki airaisa jam 7.50 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Labuan pada jam 9.50 pagi.



Selepas saya cop pasport saya menuju ke kaunter teksi untuk pergi ke Bandar dan menuju ke Hotel Pulau Labuan 2 yang saya telah tempah biliknya 2 minggu sebelum saya nak ke Labuan.

Komplek Kewangaan Labuan

Seperti biasa selepas saya checkin saya keluar berjalan-jalan di sekeling Bandar tersebut yang tidak besar.


Kapal Tangki Minyak

Saya berjalan-jalan di tepi pantai untuk melihat kapal-kapal minyak berlabuh di tepi pantai tersebut. Suasana disekeliling amat menarik apatah lagi di waktu petang, ramai orang-orang tempatan keluar berjoging di kawasan tepi pantai tersebut.


Airport Labuan

Keesokanya pada 14/05/2015 jam 10.00 pagi saya menaiki kapal terbang balik ke Kuala Lumpur dan sampai di KLIA2 jam 12.30 tengahari.

Airport KLIA2