Monday, June 15, 2015

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 33 telah berjaya diadakan pada 14/06/2015 hari Ahad jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Mashuri, Tingkat 1, Hotel Grand Alora, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.

Hotel Grand Alora

Seramai 108 orang Perwakilan termasok Ahli Lembaga telah menghadiri mesyuarat ini yang dirasmikan oleh YB. Senator Dato, Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanifah, Timbalan Menteri KPDNKK.


Pengerusi Majlis
YB. Senator Dato Seri Ahmad Bashah
Majlis Perasmian

Mesyuarat Agung dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari, sebaik sahaja selesai mesyuarat diadakan semua peserta ke jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak hotel.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi
Perwakilan
Perwakilan mengundi
Kiraan kertas undi
Barisan ALK 
Bergambar beramai-ramai

Pada malam 13/06/2015 tuan rumah En.Pissal bin Abu (Setiausaha Koperasi) mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan Ahli-ahli Lembaga. Ppara Perwakilan dan pemerhati serta kakitangan koperasi di Dewan Orang ramai Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bungan Raya Alor Setar, Kedah.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi
Orang Ramai
Perwakilan sedang menjamu selera

Sebanyak 10 jenis menu disediakan iaitu Kambing Pangang, Satay, Nasi Tomato, Laksa, Ayam Goreng, Keropok, Ice Cream, Rojak, Agar-agar & Kueh dan Teh Tarik. Sebanyak 120 hadiah cabutan disediakan pada malam jamuan tersebut.

YBhg. Datuk Azih Muda menyampaikan hadiah
En. Ramli Kalil Bendahari Agung menyampaikan
hadiah