Alhamdulilah semua peserta-peserta Lawatan terdiri daripada 11 orang Ahli Lembaga seorang Juruodit serta 2 orang anggota Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang menaiki pesawat Air Asia selamat sampai dari Guangzhou ke LCCT Kuala Lumpur pada 02/03/2011 jam 1.30 pagi, Penerbangan ini memakan masa selama 4 jam 5 minit
Video Dari LCCT Ke Shenzhen
Gambar Hari Pertama di Shenszen
Lapangan Terbang Shenzhen
Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan Lawatan ke Shenzhen dan Guangzho selama 5 hari 4 malam yang bermula pada 25/02/2011 sehingga 01/03/2011. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berbincang dengan pengusaha disana mengenai projek Ikan Dolphin ianya selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga yang diadakan baru-baru ini mengenai projek Ikan Dolphin yang dicadangkan bersebelahan kereta kebel, Gunong Mat Cincang, Langkawi.
Gambar Hari KeDua di Shenzhen
Hari pertama rombongan kami sampai diShenzhen disambut oleh pemandu pelancong oleh Mr. Peter bersama dengan seorang pemandu bas. Sebelum kami ditempatkan di Hotel Chang An rombongan kami dibawa melawat ke Mangrove Pusat Penanam Kayu Bakau. Taman tersebut terletak ditepi pantai bersebelahan dengan sempadan Hongkong. Dari situ untuk memasuki ke Hongkong dengan mengunakan Jambatan sepanjang 5 KM hanya memakan masa yang singkat tetapi proses untuk memasuki Hongkong melebihi masa selama 2 jam.
Teropong Melihat Negara Hongkong
Negara Hongkong Di Seberang
Selepas itu kami dibawa ke Masjid Shangmeilin untuk solat dan makan tengahari diRestoran Abdullah yang terletak ditengah-tengah Bandar Shenzhen. Dari situ kami menuju ke Ocean World sebuah Bandar kecil jaraknya lebih kurang 120 KM cuaca tidak sejuk biasa aja untuk melihat Pertunjukan Ikan Dolphin.
Gambar Di Ocean World
Video Prtunjukan Ikan Dolphin
Sesampainya kami tepat pada masanya (Pertunjukan Ikan Dolphin) disana rombongan kami disambut oleh Pengusaha disana selepas melihat pertunjukan kami mengadakan perbincangan dengan pengusaha disana dengan mendapat pandangan serta cadangan dari mereka sebagai asas penyediaan didalam projek Ikan Dolphin. Kami kembali ke Bandar Sehnzhen untuk makan malam sebelum balik ke Hotel.
Sedang Makan
Selepas Makan
Vdeo Suasana Malam di Shenzhen
Keesokan hari selepas makan pagi kami dibawa ke Tea & Silk Factory dan sebelum itu singgah di Window Of The World untuk sessi bergambar dan kami sempat melihat acara oleh pihak keselamatan menaiki bendera kebangsaan mereka.
Vidoe Menaiki Bendera
Video Tea & Silk Factory
Petang kami dibawa membeli belah di Donmen Market yang terletak ditengah-tengah Bandar bersebelahan dengan Stesyen Keretapi Laju disini kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk lebih selesa membelibelah.Video Membeli Belah di Dongmen Market
No comments:
Post a Comment