Saturday, October 22, 2011

2 Hari 1 Malam di Medan

Jam 8.55 pagi waktu Malaysia bersamaan 21 Oktober 2011 hari Jumaat saya bertolak ke Medan dari Penang menaiki pesawat Airasia dan sampainya disana jam 8.50 pagi waktu Indonesia  terus checkin di Hotel Danautoba, Internasional.




Kesenimbungan dari perjumpan pada 01 Oktober  2011 yang lalu sekali lagi diadakan perjumpaan dengan rakan urusniaga di Medan pada 21 Oktober 2011 hari Jumaat jam 3.00 petang bertempat di Hotel Danautoba Internasional, Medan, Indonesia.



Bapak Indera Diwardy kepala pengerusan perniagaan bagi agensi pelancongan dan perhotelan khusus untuk syarikatnya sendiri telah meluangkan masa bertemu kami bagi meneruskan perbincangan terbentuk sefahaman bagi urusan bersama hala tuju khususnya dalam aspek pelancongan dan perhotelan.


Untuk meneruskan kesepakatan ini maka akan diadakan satu lagi pertemuan dengan Bapak Indera Diwardy sama ada tempatnya di Kota Medan atau di Kantor Usahawan Cabang Brastagi, Indonesia awal bulan depan iaitu bulan 11/2011 diatas jemputanya.


Pagi ini 22 Oktober 2011 selepas mengambil sarapan pagi dihotel jam 8.30 waktu Indonesia jam 9.30 waktu Malaysia saya menaiki pesawat Airasia untuk pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Airasia dan penerbangan hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Penang.pada jam 10.15 pagi.

No comments:

Post a Comment