Friday, August 31, 2012

Daerah Pelengau, Medan

Kalau dulu kami dibawa melawat Bandar Vallite, Brastagi dan lain-lain tempat kali ini pada 29-31/08/2012 selama 3 hari 2 malam kami ke Medan disambut kawan disana terus ke Ibunda Hotel di Jalan Singgamarama, Polonia, Medan.

Penang Airport
Ibunda Hotel

Seperti biasa di sebelah malam kami di bawa ke Medan Walk untuk makan malam disitu terdapat pelbagai jenis makanan yang paling saya suka durian disalut dengan kerak pulut pada mulanya saya tertanya apa itu sedap tak apabila diberi rasa terus order 2 pinggan. Sedap la tu namanya.

Medan Walk
Menjamu selera

Keesokan pagi kami menaiki angkut (Teksi Van) menuju ke Daerah Pelenggau, perjalanan ketempat tersebut memakan masa selama 2 jam, sampai di pekan tersebut kami menaiki teksi motor yang berbaris tersedia menunggu pelanggan untuk ke masuk ke dalam perkampongan tersebut.

Menaiki Angkut (Teksi Van)
Rumah Kawan, Kg. Cermin

Perkampongan ini ramai yang bekerja sebagai Nelayan, Peladang dan Penternakan ianya terletak di pinggir pantai, suasana dikampong tersebut amat meriah seronok apabila melihat aktiviti seharian mereka.

Kawasan Indosat
Pantai Cermin

Rata-rata penduduk disitu kesemuanya orang-orang islam, sampainya kami dikampong tersebut, kami disambut oleh rakan kawan kami disana ke rumahnya beliau bekerja sebagai Juruteknik di Indosat Stasiun Tranmisi Telekomunikasi International, Jln Menang 28, Pantai Cermin.

Kawasan Indosat

Kami dibawa masuk ke kawasan tersebut hingga ketepi pantai dengan mengunakan kenderaan Indosat tempat ini hanya untuk majilis-majlis jamuan untuk kakitangan serta keluarga sahaja.

Makan Malam di Hotel
Pemandangan diatas Bilik Hotel

Hari ke tiga jam 8.55 pagi dari hotel kami bertolak ke airport untuk pulang ke Penang dengan menaiki airasia,penerbangan dari Medan ke Penang memakan masa selama 45 minit

Polonia Airport
AirAsia, Medan

31/08/2012 jam 10.35 pagi saya sampai di Penang International Airport dan terus balik ke Alor Setar setelah makan tengahari ditempat parking kereta dekat airport.

Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012

Aidilfitri tahun ini amat meriah setelah sebulan berpuasa lamanya rata-rata umat Islam di Hari Raya Pertama pada 19/08/2012 setelah selesai membayar Fitrah mengerjakan solat sunat hari raya di merata-rata Masjid di tempat masing-masing.


Selepas selesai solat sunat hari raya di rumah isteri sudah menyediakan pelbagai jenis kueh dan makanan bagi menyambut jiran-jiran dan kawan-kawan serta sahabat handai. Yang paling seronok kelihatan ramai kanak-kanak datang berhari raya dan mengutip duit raya.

Tunggu cucu nak berhari raya
Bergambar bersama Anak No. 3,4 dan 5

Paling seronok tibalah masanya cucu-cucu datang untuk berhari raya dengan Tok Abah sebelum itu di sebelah malam raya cucu-cucu datang bermain bunga api yang di beli khas untuk cucu-cucu, harga tak usah kiralah setahun sekali sahaja.

Rumah Anak di Sungai Petani
Bermain dengan Cucu
Bergambar bersama cucu-cucu anak pertama

Pada tahun anak-anak telah atur supaya bapa dan ibu mereka memakai baju bewarna merah, keesokanya kami sekeluarga pergi berhari raya di rumah anak perempuan di Sungai Petani ramailah berkumpul disana.

Anak Pertama dan Kedua
Ucapan Selamat Hari Raya 

Wednesday, August 15, 2012

Perbincangan KRIM Ke 2

Hasil dari pertemuan dan perbincangan kali pertama pada 16/07/2012 yang lalu, hari ini 15/08/2012 sekali lagi Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang di ketuai oleh En. Azih bin Muda sebagai Pengerusi Koperasi mengunjungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepengunaan (KPDNDK) sekali lagi berjumpa dengan En. Mohd. Fariszan  bin Ahmad Ketua DMO bagi membincangkan tapak-tapak kedai KRIM yang dicadangkan. 

KPDNPDK

Dalam perbincangan ini juga pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menyediakan dokumen serta surat dan gambar untuk diserahkan kepada En. Mohd. Fariszan Ahmad Ketua DMO bagi tempat-tempat yang telah dikenal pasti oleh wakil-wakil kawasan sebagai cadangan untuk mendirikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM).

Suasana Perbincangan
Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA

Setelah selesai membincang cadangan beberapa tapak dan tempat perkara ini akan dibawa masuk ke satu mesyuarat bagi mendapat kelulusan walau bagaimana pun En. Mohd. Fariszan Ketua DMO mengaalukan-alukan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mendapatkan beberapa tempat lagi sebagai cadangan untuk Kedai KRIM.

En. Pissal bersalam dangan En. Mohd. Fariszan
Bergamabar Beramai-ramai

Sunday, August 12, 2012

Kempen Keanggotaan di Utara

Program jelajah didalam promosi jualan barangan dan kempen keanggotaan sempena Ramadzan oleh Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama Syarikat KVK Multimedia telah diadakan di beberapa tempat seperti Mjalis Perbandaran Selayang (MPS) Majlis Perbandaran Muar (MPM) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan hari ini 12-16/08/2012 tempat yang terakhir di Majlis Bandaraya Alor Setar.

\
Pejabat MBAS
Kantin MBAS

Kempen Keanggotaan diadakan setiap tahun dalam berbagai bentuk termasok Ceramah, Seminar, Bengkel, Tempat Kerja dan sebagainya disetiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya program bersama Syarikat KVK Multimedia dalam program turun kepadang ianya amat berjaya terutama sekali dalam Bulan Ramadzan.

Barangan Electrik
Pekerja MBAS sedang melihat barangan
Suasana dalam promosi barangan

Di Majlis Bandaraya Alor Setar sebaik sahaja selesai meletak pelbagai barang-barang electrik termasok Handfhone bertempat di Kantin Majlis untuk dipromosikan ahli-ahli yang sudah sedia menunggu terus membuat pilihan serta pembelian.

En. Pissal Abu sedang memantau
Pengisian borang pesanan

Kempen di Majlis Bandaraya Alor Setar selama 5 hari bermula pada 12/08/2012 dan berakhir pada 16/08/2012. Dihari pertama seramai 5 orang ahli baru telah mendaftar menjadi ahli Koperasi.

En. Pissal Abu Penolong Setiausaha sedang 
menyerahkan barangan electrik
Penyerahan TV 
Penyerahan Handfhone

Thursday, August 9, 2012

Program Berbuka Puasa

Buat pertama kali program berbuka puasa bersama ALK dan Wargakerja Koperasi KOSPETA dengan Jawatankuasa Kerja ANULAE Semenanjung Malaysia serta Wargakerjanya pada 09-08-2012 di Restoran Rodzet, Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.

Restoran Rodzet

Kebetulan hari ini mempunyai mesyuarat masing-masing ditempat berlainan dipengerusikan kedua-duanya sekali oleh En. Azih bin Muda selaku Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Pissal Abu Mantan Naib Presiden 1 bersama
dengan Presiden dan J/Kuasa Kerja ANULAE

Bermula dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ANULAE pada jam 2.00 petang di Pejabat ANULAE Semananjung Malaysia Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur dan selepas itu Sdr. Pengerusi telah mempengerusikan pula mesyuarat ALK Koperasi KOSPETA di Hotel KL International, Kuala Lumpur.

Pemberian Bonus kepada Wargakerja ANULAE

Selepas selesai kedua-dua mesyuarat diteruskan dengan Program Berbuka Puasa bersama-sama antara  ALK Koperasi dan Jawatankuasa Kerja ANULAE Semenanjung Malaysia.

ALK  KOSPETA dan J/Kuasa Kerja ANULAE
Wargakerja Koperasi KOSPETA dan ANULAE

Tugas Penolong Setiausaha

Bagi mempastikan kelincinan Pentadbiran Koperasi tugas-tugas khas diberikan kepada Penolong Setiausaha untuk membantu Pengerusi dan Setiausaha dalam memantau tugas-tugas seharian kakitangan dan memeriksa serta menyemak semula minit-minit mesyuarat yang telah diadakan.

Penolong Setiausaha

Tumpuan yang diberikan adalah untuk menyusun semula semua fail-fail anggota dan diletakan ke dalam rak-rak yang disediakan mengikut bilangan nombor. Tujuanya untuk memudahkan pencarian fail dan mengenal pasti jika ada fail-fail yang hilang dan sebagainya.

Hotel KL International
En. Azih Muda sedang mempengerusikan mesyuarat

Selesai menjalankan tugas disebelah petang menghadiri Mesyuarat Lembaga di Hotel KL International Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Mesyuarat pada 09-08-2012 bermula jam 4.30 petang dipengerusikan oleh En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dihadiri oleh semua Lembaga dan Wargakerja terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan Koperasi. 

Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi

Wednesday, August 8, 2012

Pemantauwan Di Bulan Ramadzan

Dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur pada 08-08-2012 untuk menghadiri 2 mesyuarat ALK  dan Pinjaman keesokanya saya sempat singgah ke Kuala Kangsar untuk melihat Projek Ternakan Ikan Tawar dalam Sangkar.

Sangkar Ikan Fasa Pertama

Minggu lepas Persatuan Nelayan Kebangsaan  (NEKMAT) telah selesai mengambil sebanyak 2 Tan Ikan Talapia yang telah siap diproses untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur.  Prosesan dilakukan oleh kaum-kaum Ibu disekitar kawasan tersebut.

Sangkar Ikan Fasa 2

Hari ini Air Sungai diparas sederhana keadaanya tenang sama sekali walau pun airnya sentiasa bergerak namum sangkar-sangkar ikan dalam keadaan yang baik. Jumlah sangkar ikan fasa pertama sebanyak 20 sangkar dan fasa ke 2 sebanyak 12 sangkar menjadikan jumlah keselurohan sebanyak 32 sangkar.

Memeriksa Saiz Anak Ikan
Anak-anak Ikan Talapia

Kesemuanya kecuali 1 sangkar masih tidak dapat digunakan lagi oleh kerana jaring yang asal didapati banyak yang rosak kerana arus sungai yang deras telah membawa batang pokok bersamanya merempoh sangkar terkena pada jaring ikan membuat ianya rosak teruk. 

Sheley Ternakan Ikan