Dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur pada 08-08-2012 untuk menghadiri 2 mesyuarat ALK dan Pinjaman keesokanya saya sempat singgah ke Kuala Kangsar untuk melihat Projek Ternakan Ikan Tawar dalam Sangkar.
Sangkar Ikan Fasa Pertama
Minggu lepas Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah selesai mengambil sebanyak 2 Tan Ikan Talapia yang telah siap diproses untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur. Prosesan dilakukan oleh kaum-kaum Ibu disekitar kawasan tersebut.
Sangkar Ikan Fasa 2
Hari ini Air Sungai diparas sederhana keadaanya tenang sama sekali walau pun airnya sentiasa bergerak namum sangkar-sangkar ikan dalam keadaan yang baik. Jumlah sangkar ikan fasa pertama sebanyak 20 sangkar dan fasa ke 2 sebanyak 12 sangkar menjadikan jumlah keselurohan sebanyak 32 sangkar.
Memeriksa Saiz Anak Ikan
Anak-anak Ikan Talapia
Kesemuanya kecuali 1 sangkar masih tidak dapat digunakan lagi oleh kerana jaring yang asal didapati banyak yang rosak kerana arus sungai yang deras telah membawa batang pokok bersamanya merempoh sangkar terkena pada jaring ikan membuat ianya rosak teruk.
Sheley Ternakan Ikan
No comments:
Post a Comment