Saturday, January 26, 2013

Pertandingan Lagu 60an

Pak Tam Cafe telah berjaya mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu 60an pada 25/01/2013 jam 9.00 malam, hari Jumaat bertempat di Pak Tam Cafe, Batu 10, Jabi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Pengadil

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan telah menyertainya, Program ini telah berjaya menarik ramai pengunjung dan peminat-peminat lagu-lagu 60 an sehingga tiada tempat duduk dan ramai dari mereka sanggup berdiri. 



Sebahagian dari pengunjung

Penganjur utama En. Pissal bin Abu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan diatas program ini. Hadiah yang ditawarkan merupakan barangan Electrik dari tempat pertama hingga ke sepuloh.

Salah seorang peserta perempuan
Salah seorang peserta lelaki

Pertandingan ini diadakan hanya bersuka-suka serta dalam masa yang sama dapat berkumpul serta berjumpa dengan kawan-kawan lama yang minat dalam bidang seni dan kebudayaan. Seramai 3 orang pengadil 2 lelaki dan seorang perempuan telah mengadilinya. Pertandingan berakhir pada jam 2.00 pagi, kesemua hadiah disampaikan oleh En. Pissal Abu.

En. Pissal Abu bersama Pemenang dari tempat
Pertama hingga Ke Lima

Friday, January 25, 2013

Pertandingan Azan

Ngo Kampong Peremba, telah berjaya mengadakan Pertandinagn Azan dan Ceramah Agama pada 24/01/2013 sempana menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw bertempat di Di hadapan Rumah Setiausaha, Kampong Peremba, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.


Hadiah

Majlis yang bermula jam 2.30 petang dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan di teruskan dengan persembahan Kumpulan Nasyid dan dimulakan dengan pertandingan azan untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, seramai 16 orang peserta terdiri daripada anak-anak di kampong tersebut menyertainya.

Bacaan doa dan ucapan pengerusi majlis
Sebahagian orang ramai yang hadir
Bacaan ayat-ayat suci al-quran

Program ini mendapat sambutan ramai dari penduduk-penduduk di kampong tersebut, akhir program diteruskan dengan ceramah yang di sampaikan oleh Hajjah Aishah Said PM Kemas, ceramah selama 2 jam yang menceritakan kisah hidup Nabi Muhammad (saw) dapat menarik minat orang ramai yang hadir.

Kumpulan Nasyid
Salah seorang peserta pertandingan azan

Sebaik sahaja selesai kedua-dua program tersebut diteruskan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan azan dan cederahati kepada penceramah dan jamuan makan yang disediakan oleh penduduk-penduduk kampong tersebut secara bergotong royong.

Ustazah Aishah sedang berceramah
Selawat Nabi

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 1434 H

Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al Hussin Seberang Pumpong telah mengadakan program sambutan Maulidur Rasul 1434 pada hari ini 24/01/2013 bertempat di Masjid Al Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Masjid Al Hussin
Jamuan Makan

Sebanyak 3 acara telah diadakan selain dari Perarakan, Kenduri, Marhaban dan Pertandingan Hafal Al-Quran. Perarakan yang disertai oleh seramai 300 orang termasok kanak-kanak dan orang dewasa bermula di Kedai TAT Nasi Ayam jam 8.30 pagi, sebelum bermula perarakan kesemua peserta diberi jamuan makan pagi di Restoran TAT Nasi Ayam. 

Peserta Perarakan Berkumpul

Rukun Tetangga Taman Utama, Ngo dan Tadika diantara yang mengambil bahagian didalam perarakan ini yang bermula dari Restoran TAT Nasi Ayam dengan diawasi oleh Polis bermoto dan JPJ melalui Jalan Sultanah Sambungan masuk ke Jalan Gangsa,  Taman Tunku Tabor, Jalan Kampong Seberang Pumpong dan terus ke Masjid.

Perarakan Maulidur Rasul
Gambar Perarakan

Selesai sahaja Perarakan kanak-kanak kesemuanya dibawa masuk ke dalam Masjid untuk meneruskan acara Menghafal Al-Quran, sebanyak 2 kategori iaitu Sekolah Menengah dan Rendah mengambil bahagian khusus untuk anak-anak kariah di kawasan tersebut sahaja.

Salah Seorang Peserta
Kanak-kanak sedang mendengar Hafalan Al-Quran
Gambar Perarakan

Monday, January 14, 2013

Majlis Daerah Pontian

Taklimat khas Isu-isu semasa mengenai Penjawat Awam yang diadakan hari ini 14/01/2013 pada jam 9.00 pagi diatas jemputan Yang DiPertua Majlis Daerah Pontian telah diadakan pada pagi ini di Dewan Jubli Intan, Majlis Daerah Pontian, Johor.

Pejabat Majlis Daerah Pontian

Seperti biasa program ini dijalankan bersama antara Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan ANULAE Semenanjung Malaysia dalam program turun padang khusus dalam kempen keanggotaan di seluroh PBT di Semenanjung Malaysia.

Bersama Tuan Yang DiPetua M.D. Pontian

Tuan Yang diPertua diantara seramai 200 orang kakitangan Majlis Daerah Pontian yang menghadiri Taklimat ini yang disampaikan oleh En. Azih bin Muda Timbalan Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Azih bin Muda sedang memberi taklimat
Kakitangan yang hadir

Sebaik sahaja selesai taklimat yang disampaikan oleh En. Azih Muda diteruskan pula taklimat mengenai Pentingnya Menjadi Ahli Koperasi oleh En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat 
Cederamata dari ANULAE
Jamuan makan
Bergambar bersama Presiden

Selesai kesemua taklimat kami semua di bawa ke dewan makan untuk jamuan makan bersama-sama dengan Tuan Yang DiPertua serta Pegawai-pegawai Kanan Pejabat. 

Kakitangan Koperasi dan KVK
Melayani Pelanggan

Koperasi dan ANULAE serta Syarikat KVK turut membuka kaunter pertanyaan dan Jualan.Kempen ini mencapai sasaran ramai yang menjadi ahli Koperasi serta membeli barangan electrik dan hadfhone yang di pamerkan. 

Penyerahan Barangan
Penyerahan Barangan

Sunday, January 13, 2013

Perjalanan Ke Pontian

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemantauan di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 13/01/2013 disebelah petang jam 4.00 saya bersama En. Azih bin Muda, Timbalan Presiden Cuepacs, merangkap Presiden ANULAE dan Pengerusi Koperasi KOSPETA serta 2 orang lagi bertolak ke Pontian, Johor untuk program taklimat isu-isu semasa ANULAE serta kempen menambah keanggotaan di Majlis Daerah Pontian, Johor.

Pilih Buah
En. Azih Muda sedang makan buah durian

Selepas keluar Tol Macap dalam perjalanan ke tempat dituju kami singgah ditepi jalan makan buah durian, kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Pekan Pontian. Kami sampai di Hotel Pontian tepat jam 8.30 malam. Selepas checkin dan solat kami turun makan Ikan bakar di salah satu restoran yang terletak di tepi pantai.

Hmmmmm sedaaaaapnya

Suasana malam dengan dihiasi lampu-lampu berwarna warni dan kedudukan meja makan ditebing pantai dengan air laut menghempas pantai membuatkan suasana malam tersebut cukup indah dinikmati, selera kami lebih terbuka.

Hotel Pontian
Checkin

Saturday, January 12, 2013

Taklimat dan Pelbagai Mesyuarat

Taklimat dan Pelbagai Mesyuarat hari ini 12/01/2013 di adakan serentak di Dewan Zainal Abidin tingkat 2 Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Bt. 10 Bandar Baru Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda sedang mempengerusikan mesyuarat

Demi penjimatan masa mesyuarat diadakan serentak bermulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan dan Kredit kemudian disambung dengan Taklimat Insuran Cuepacs Care, berehat makan tengahari kemudian disambungkan dengan Mesyuarat Lembaga Kali Ke enam dan akhir sekali Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan.

Barisan Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi
Mesyuarat Pembiayan Kredit

Kesemua mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi dihadiri oleh semua Lembaga termasok Pengurus dan Pegawai-pegawai Kanan Koperasi KOSPETA dan mesyuarat berakhir jam 6.30 petang.  

Mesyuarat Lembaga

Friday, January 11, 2013

Mesyuarat 3P

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 11-01-2013 telah dapat mengadakan Mesyuaratnya kali ke 4 bertempat di Tingkat 2 Dewan Zainal Abidin, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Bandar Baru Batu Cave Selayang, Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur.

En. Pissal Abu Pengerusi 3P

Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi 3P dan Jawatankuasanya serta turut hadir En. Azih bin Muda, Pengerusi, Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama Pengurus dan Kakitangan.

Suasana Mesyuarat

Selesai membincang ke semua ajenda mesyuarat ditangguhkan solat Jumaat dan mulai jam 3.00 mesyuarat disambung semula dengan gerak kerja dan dibahagikan dalam 2 kumpulan jawatankuasa untuk pemeriksaan file meja setiap staff dan penyusunan file mengikut nombor bilangan file.

AJK dan Kakitangan
Pengerusi Koperasi dan AJK

Mesyuarat juga telah meluluskan peruntokan Seminar sebanyak RM 35,000.00 yang akan diadakan pada 31/01/2013 khusus untuk ahli-ahli di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bajet ini akan dibentang dalam mesyuarat Lembaga yang akan diadakan pada 12/01/2013 untuk mendapat kelulusan. 

Kaunter Bayaran Pejabat Tanah
Bersama Peguam
Menunggu di pangil

Selesai mesyuarat jam 3.30 petang saya bersama Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Juruodit dan Pengurus Koperasi pergi ke Pejabat Tanah, Selayang yang tidak jauh dari pejabat Koperasi untuk berurusan penukaran satatus nama pemilik tanah di Langkawi keatas nama Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dihadapan Penolong Pegawai Tadbir Pendaftaran.

Bersedia untuk menandatangani
Penolong Pegawai Tadbir Pendaftaran