Thursday, January 10, 2013

Ikan Talapia Dalam Sangkar

Sudah sekian lama pemantauan tidak dibuat keatas Sangkar Ikan hak milik Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang terletak di Tebing Sungai Kuala Kangsar, hari ini 10/01/2013 tinjauan dibuat oleh Saya ke atas sangkar-sangkar tersebut.


Sebanyak 32 sangkar hanya tinggal 23 sahaja yang masih beroperasi yang lain ada yang rosak dan ada yang Ikannya diubah ke sangkar lain. Ikan-ikan yang ada didalam sangkar didapati sudah besar dan boleh bila-bila masa untuk dijual.

Sangkar Lama
Sangkar Baru
Ikan-ikan yang besar

Keadaan sangkar pada bulan lepas sewaktu hujan lebat beserta air sungai pasang membuatkan arus air kuat membawa reba-reba dan kayu besar melanda sangkar ikan sehingga merosakan jala-jala dan didapati beberapa sangkar telah rosak.


Sangkar Rosak

Hari ini cuaca panas air didapati surut membuatkan sungai menjadi cangkat dan sangkar dibawa ketepi sehingga merosakan beberapa sangkar. Pihak koperasi terpaksa mengupah semula pengali pasir mengorek serta membuang pasir untuk mendalam tebing tersebut.

Sangkar Rosak

No comments:

Post a Comment