Setelah beberapa program telah diadakan maka saya mengambil keputusan beristirehat di Medan selama 3 hari 2 malam mulai 18-20/03/2013 dengan menaiki penerbangan AirAsia tambang murah dari Kuala Lumpur jam 5.30 petang (WM) dan sampai di Polonia Airport, Medan jam 5.30 petang (WIB).
LCCT Kuala Lumpur
Saya bersama kawan menginap di Danau Toba International hotel bertaraf 5 bintang yang kebetulan ada promosi dengan menawar harga bilik dari Rp 750.000 ( RM 224.00) kepada Rp 400 (RM 128.00) yang terletak dalam Bandar Medan tidak jauh dengan Airport lebih kurang hanya 3 KM sahaja.
Danau Toba Hotel
Receiption
Berehat di Lobby
Program kami disana hanya berehat sahaja dan adalah sikit-sikit shoping, cuma saya nak maklumkan kepada kawan-kawan yang ingin nak kesana kalau pergi secara kumpulan makan tengahari atau malam jika kita masuk ke restoran iaitu Rumah Makan harap berhati-hati dengan harga.
Bilik Hotel
Sarapan Pagi di Hotel
Jika boleh bertanyalah dahulu harga makan, sekiranya kita nak jimat minta pakej makan untuk 4 orang dengan harga Rp 30.00 1 kepala x dengan 4 Rp 120.00 RM 48.00) atau selebihnya untuk 1 kepala. Jika tidak mereka akan hidang lauk-lauk seperti biasa lebih kurang sebanyak 12 jenis namum begitu dia kira yang kita makan sahaja tidak kira jemput sikit atau habis kesemuanya dalam piring tersebut harganya tetap dikira penuh, akhir sekali kita di cajkan sebanyak Rp 500.000 (RM150.00) hingga Rp 700.00 (RM 224.00) dengan hanya lebih kurang 4 piring sahaja yang kita sentuh, inilah yang kita tidak sedar apatah lagi kira Ringgit ke Rupiah.
Ibunda Hotel dan Rumah Makan
Hidangan Lauk
Pesanan saya jika kawan-kawan pergi ke Pasar Ikan Lama untuk bershoping jangan masuk Rumah Makan Garuda disitu terlalu mahal buat Pelancong Malaysia. Pengelaman saya biasa kami makan hanya 3 orang 6 jenis lauk dengan Ayam Goreng 6 ketul, Kari Ikan 3 ketul, Usus (Perut), Udang Goreng, Daging Goreng Kari Nangka dan Nasi dikenakan caj sebanyak Rp 800.000 ( RM 258.00) tersangat mahal, maka kawan-kawan perlu berhati-hati.
Pasar Ikan Lama
Shoping Kain dan Baju
Pertukaran wang saya cadangkan tukar di Aiport Polonia disitu ada 3 kaunter setiap kaunter berlainan hargnya maka harus kita menawar contohnya tanggal 18/03/2013 saya tanya kaunter pertama 1 juta rupiah wang Malaysia katanya RM 334, kaunter kedua RM 342 dan kaunter yang 1 lagi menawarkan RM 320 untuk 1 juta rupiah, itu sebab kita perlu berhati-hati dalam pertukaran wang Malaysia kepada Rupiah.
Medan Mall
Pasaraya Medan Mall
Shoping di Pasar Ikan Lama sekarang ini banyak peniaga disana menawarkan dengan harga Ringgit Malaysia dan boleh pakai wang malaysia. lain-lain tempat mengunakan wang rupiah tapi apa pun perlu berhati-hati kerana kita tak biasa dengan rupiah kerana sebutanya ribu-ribu jadi kadang-kadang kita jadi confius samada barang yang dibeli murah atau mahal.
Makan malam di Merdeka Walk
Orang ramai sedang menjamu selera
Saya mencadangkan pada kawan-kawan jika nak ke Medan hotel murah, selamat dan senang serta mudah untuk makan iaitu Hotel Ibunda dibawah hotel tersebut Rumah Makan Famili tuan punya hotel tersebut banyak pelancong dibawa dengan Bas makan tengahari dan malam disitu, hotelnya murah dari Rp 220.000 (RM 72.00) hingga harga tertinggi Rp 500.000 (RM158.00) sahaja amat sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan.
Berehat di Kolam Renang
Di Lobby Hotel
Seperkara lagi kalau kita shoping banyak jika nak jimat elak dari dikenakan caj bagage semasa berlepas pulang dari Medan ke destinasi KL atau Penang saya cadangkan ambil flight disebelah malam, malam mudah bebas kerana pegawai-pegawai bahagian timbang berat beg sudah tidak ada mereka bertugas selalunya dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
LCCT Kuala Lumpur