Mesyuarat Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) serta Mesyuarat Sempena Sambutan Perayaan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad ke 30 tahun kali ke 2 telah diadakan bersekali pada 16-03-2013 Sabtu jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Purnama 1, Hotel Cititel, Jalan Penang, Pulau Pinang.
Cititel Hotel
En. Pissal bersama Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi
Kedua-dua mesyuarat di Pengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi 3P dan Perayaan. Semua Jawatankuasa 3P dan Perayaan hadir termasok Setiausaha Kehormat dan Pengurus serta 4 orang Pegawai Kanan Koperasi turut hadir.
Sebaik sahaja selesai kedua-dua mesyuarat semua Lembaga yang ditempatkan di Hotel tersebut setelah checkout berkumpul diLobby Hotel untuk pergi bersama-sama ke Rumah salah seorang Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mengadakan kenduri Perkahwinan anaknya pada hari yang sama.
Berkumpul di Lobby
Sampai di Rumah Kenduri kami semua disambut dan dilayan dengan baik, kumpulan kami seramai 21 orang ditempatkan dimeja VIP, hidangan yang disediakan waaaauuuuuu 6 jenis lauk, Nasinya cukup sedap. Hidangan sampingan iaitu Ais Cream, Laksa, Mee Kuah, Koteow Kerang, Popia, Cucur Udang buah-buahan membuatkan kami buka selera makan sehingga kenyang.
Lembaga bersama En. Salim dan Isteri (Tuan Rumah)
Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Ahli Lembaga Koperasi dan Isteri
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
No comments:
Post a Comment