Thursday, April 25, 2013

Mesyuarat Agong Kawasan Muar

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Majlis Perbandaran Muar telah diadakan pada hari ini Khamis 25/04/2013 jam 3.30 petang bertempat diPejabat Majlis Perbandaran Muar, Bandar Maharani Bandar DiRaja, Johor Darul Takzim.

Pejabat Majlis Perbandaran Muar
Urusetia Pendaftaran

Kawasan ini mempunyai keanggotaan seramai 320 orang dan yang hadir dimesyuarat pada hari ini seramai 280 orang di Pengerusikan oleh En. Ramli bin Kalil merangkap Bendahari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Wakil Lembaga yang hadir En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha.

Ucapan Pengerusi Kawasan
Sebahagian dari yang hadir
Anggota sedang menerima elaun mesyuarat

Sempena adanya mesyuarat hari ini Syarikat KVK Multimedia sebagai agen kepada Koperasi  turut mengadakan promosi jualan barang-barang electrik dan handfon kepada anggota-anggota Koperasi di Majlis Perbandaran Muar.

Anggota-anggota sedang memilih handfon
En. Ramli sedang menyerah TV kepada ahlinya
En. Pissal Abu menyerah Handfon kepada ahli Koop

Saturday, April 20, 2013

Borobudur Yogyakarta, Indonesia

Hari kedua kami menyewa Van besar yang boleh dinaiki seramai 12 orang termasok pemandu, kadar sewa yang dikenakan tidak mahal kerana kita ada pilihan pelbagai syarikat hanya Rp 350.00 (RM 112.00) sehari termasok bayaran untuk pemandu. Iklan sewa kereta dari setiap syarikat dibawa oleh pegawai-pegawai mereka dari satu meja ke satu meja di kedai-kedai makan tepi jalan.

Bayaran masok Rp 490,000 setiap seorang
Bergambar beramai-ramai berlatar belakang Chandi

Kedai pembuat barang-barang perak

Dari hotel kami dari Bandara hendak menuju ke Borobudur yang terkenal dengan Candi terbesar dan yang tertua didunia terletak lebih kurang 150 KM memakan masa selama 1 jam lebih, Canti ini terletak di bawah pengawasan The National Archaeological Park. Candi ini dibina 900 tahun dahulu ianya menjadi salah satu product pelancongan di Yogyakarta, Indonesia.

Gunong Berapi yang sedang mengeluarkan asap

Sepanjang perjalanan kesana kita dapat melihat dari jauh Gunung Berapi Erapi yang masih aktif mengeluarkan asap, kali terakhir ia meletup mengeluarkan haba pada 5/11/2010 jam 12.10 malam, hari Jumaat menyebabkan seramai 150 orang kampung disekitar gunung tersebut meninggal dunia.

Tempat menaiki jeep

Digunung ini juga dijadikan product pelancongan ramai pelancong-pelancong dibawa kesana, sebanyak 130 kenderaan jenis jeep beroperasi disana khusus untuk membawa naik pelacong ke atas gunung dengan harga 1 jeep Rp 350.00 (RM112.00) untuk 4 orang.

Jenis Jeep

Program mengunjung ke Gunong Berapi ini ianya cukup berfaedah dan memberi menafaat, sacara langsung kita sendiri dapat melihat dan menyaksikan lebih dekat dengan jelas tentang letupan gunong berapi sehingga menimbus dan meranapkan rumah-rumah penduduk yang tinggal disekitar gunong berapi tersebut. Kesan yang dapat dilihat tempat mengalirnya haba-haba menjadi satu laluan berbentuk seperti sungai besar.

Salah satu laluan tanah haba naik ke atas
Lori sedang mengankut tanah 

Sepanjang perjalanan naik ke gunong tersebut yang berbengkang bengkok  mengambil masa selama 1 jam ramai orang termuntah, disepanjang jalan lereng lurah bekas laluan haba-haba kita dapat melihat banyak lori-lori yang sedang mengangkut tanah-tanah haba di bawa balik ke kilang-kilang untuk diproses dijadikan Bata, ukiran patung-patung dan lain-lain lagi sebagai product pelancongan.

Minum petang di kemuncak Berapi
Batu berukiran kepala manusia

Bersambung lagi.....

Friday, April 19, 2013

Lawatan Ke Yogyakarta

Kali ini saya pergi ke Yogyakarta selama 4 hari 3 malam mulai 18-21/04/2013 bersama kawan-kawan dari Majlis Bandaraya Kuala Trengganu seramai 10 orang pada mulanya dihari akhir hanya tinggal 8 orang sahaja, kami menaiki Pesawat AirAsia tambang murah dari LCCT Kuala Lumpur ke Yogyakarta, Indonesia.

di LCCT Kuala Lumpur
Pesawat AirAsia
 
Balai Ketibaan 

Dari LCCT Kuala Lumpur kami bertolak pada jam 3.20 petang, perjalanan memakan masa selama 2 jam 30 minit lamanya dan kami mendarat di Adisutjipto International Airport pada jam 5.40 petang, keadaan disekeliling Airport didapati sudah bergelap seperti jam 7.00 malam. Airport ini terlalu kecil tidak dapat menampong seramai 180 orang dalam satu masa semasa membuat urusan dengan pihak Imgeresen.

Pintu masuk ke Airport
Hotel Ameera

Seperti biasa sampai disana kami terus ke kaunter teksi untuk membawa kami ke Bandara, dari Airport hendak ke Bandara sejauh 15 KM makan masa hampir 1 jam kerana kereta terlalu banyak. Kami menginap di Ameera Hotel dan rata-rata harga hotel di sekitar tersebut serta berhampiran denganya sama harga Rp 350,000 (RM 120.00) untuk 1 malam. Hotel di Yogyakarta bertaraf 4 ke 5 bintang hanya ada 1-2 sahaja yang lain semuanya hotel biasa 3 k 4 tingkat sahaja.


Berehat sementara menunggu dapat bilik 
Makan bersila diatas tikar

Selepas kami checkin kami bersekumpulan terus ke kedai makan, Kedai makan disana hanya 1-2 kedai sahaja itu pun jauh, dalam Bandara sendiri kedai makan hanya dikaki-kaki lima jalan sahaja dan tidak ada pilihan boleh dikatakan semua orang tempatan termasok pelancong makan disitu. Semasa makan kami dihiburkan dengan lagu-lagu tempatan dari penyanyi jalanan.

Jualan di sepanjang kaki lima jalan
Suasana malam di Jalan Marioboro

Bandara ini disiang hari begitu sibuk dengan orang ramai membeli belah terdiri dari orang-orang tempatan juga termasok pelancong. Pusat membeli belah sama ada kedai-kedai besar atau ditepi-tepi jalan menjadi tumpuan orang ramai membeli belah.

Jalan Marioboro diwaktu siang
Pusat Membelibelah bertingkat

Pakage lawatan ke Yogyakarta dari mana-mana syarikat untuk 4 hari 3 malam RM 1,800 hinga ke RM 2,020 bagi kita yang melancong sendiri hanya RM 1,000 sahaja maka ada lebihan kalau nak berbanding dengan harga syarikat. Keadaan di Bandara Yogyakarta begitu sibuk kerana penduduknya padat.

Menaiki Van dari Hotel ke Airport
Manaiki pesawat AirAsia balik ke Kuala Lumpur

Thursday, April 18, 2013

Majlis Perasmian Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia

Satu lagi Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) telah diusahakan oleh Perbadanan Putrajaya dan majlis Pecah Tanah serta Perasmian telah diadakan pada 18/04/2013 Khamis jam 8.30 pagi bertempat di Everly Hotel, Presint 1, Putrajaya.

PM menyerah Borang kepada Ketua Setiausaha Negara
Pegawai-pegawai Kanan & Ketua-ketua Jabatan
Sebahagian yang hadir

Majlis Perasmian Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia yang dihadiri seramai 1,000 orang oleh Penjawat-penjawat Awam khusus di Putrajaya telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan sebelum itu disebelah pagi.

PM bersama Penjawat Awam
Salah 1 Pelan dan Model Rumah
PM menjamu selera
Bersama Presiden Cuepac dan Timbalanya

Sebelum beliau ke majlis perasmian di Everly Hotel disebelah paginya beliau telah melakukan majlis pecah tanah di 1 tapak yang disediakan khas untuk projek ini yang terletak dijalan di Presint 17 Putrajaya. Bagi melaksanakan majlis ini pihak Perbadanan Putrajaya telah menyerahkan tangung jawab kepada Builder Of Distinction SETIA SP Setia Berhad Group.

Ketibaan PM disambut Ketua Setiausaha
PM sedang mengorek tanah
Bergambar di Tapak Pecah Tanah

Presiden Cuepacs bersama Timbalanya En. Azih bin Muda serta Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Jabatan dari pagi-pagi lagi sudah berada di Tapak Pecah Tanah bagi menyambut ketibaan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Menunggu Ketibaan Perdana Menteri
Menayaksikan Majlis Pecah Tanah

Wednesday, April 17, 2013

Mesyuarat Kawasan DBKL PP & STAFF

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pihak Pekerja telah mengadakan Mesyuarat Agongnya pada 16/04/2013 jam 8.30 pagi bertempat Di Dewan Perpustakaan, Kuala Lumpur.

Perpustakaan DBKL
Urusetia Pendaftaran

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 600 orang telah dirasmikan oleh En. Azih bin Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Hadir bersama Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam, Setiausaha, En. Pissal bin Abu, Pen. Setiausaha dan En. Shamshuddin Abd. Rahman Pengerusi Koperasi Kawasan DBKL PP.

En. Azih bin Muda sedang berucap
Pengerusi Kawasan DBKL PP sedang berucap

Urusetia pendaftaran seramai 12 orang terdiri daripada Kakitangan Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut membantu dari awal hingga ke akhir mesyuarat pada hari tersebut. Sebaik sahaja selesai mesyuarat semua anggota-anggota yang hadir diberi jamuan pagi dan elaun kehadziran mesyuarat.

Sebahagian yang hadir
Jamuan Pagi

Hari esoknya 17/04/2013 DBKL Kawasan Staff juga mengadakan mesyuaratnya di dewan yang sama tempat yang sama jam 9.00 pagi. Seramai 550 orang yang hadir juga urusetianya turut dibantu oleh  Kakitangan Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Pissal bin Abu sedang berucap
Mesyuarat sedang berlangsung

Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan DBKL Staff telah memulakan ucapanya dengan diikuti Ucapan Perasmian oleh En. Pissal bin Abu, Pen. Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Bayaran Elaun Mesyuarat
Jamuan Makan

Diakhir mesyuarat semua anggota yang hadir diberi jamuan makan pagi beserta dengan bayaran elaun mesyuarat sebanyak RM 30.00 setiap seorang.