Saturday, April 6, 2013

Panduan Ke Hatyai, Thailand

Setelah beberapa pangilan telepon dari Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Klang, Penang dan lain-lain yang telah menghubungi saya bertanyakan cara-cara hendak pergi ke Hatyai sama ada secara persendirian, menaiki Bas Express atau Kereta persendirian.

Pintu masok Thailand


Kebanyakan dari mereka bertanyakan tempat Membeli Belah, Hotel dan Kedai Makanan Islam dan rata-rata dari mereka mahukan hotel yang berdekatan dengan tempat membeli belah dan tempat makan. Saya ingin mencadangkan kepada mana-mana Pelancong yang ingin ke Thailand khususnya Hatyai sama ada menaiki Bas Express perjalanan terus ke Hatyai atau menaiki Van Siam atau berkereta sendiri.

Tempat mengisi borang pasport bayaran RM 2.00

Bagi yang berkereta sendiri memang mudah hanya perlu mengetahui selok belok jalan disana dan mereka bebas boleh menginap dimana-mana hotel pun kerana mereka ada kereta mudah untuk ke sana sini. Yang menaiki Bas Express mereka terpaksa turun di Terminal Bas Hatyai dari situ hendak ke Pekan Hatyai terpaksa mengunakan Tut-tut atau Motor (Objek) ke hotel-hotel terpilih, caj yang dikenakan tidak lebih dari RM 2.00 seorang mata wang siam Bath 20, kalau kita naik seorang caj yang dikenakan RM 10.00 mata wang siam Bath 100.

Tempat Chop Pasport bayaran RM 2.00

Bagi pelancong dari Danok yang menaiki VAN Siam yang hendak ke Hatyai dikenakan caj RM 6.00 setiap seorang manakala mata wang siam Bath 60, Perjalanan VAN ini memakan masa selama 45 minit dan VAN ini boleh berhenti dan menurunkan penumpang dimana sahaja tetapi hanya dilaluanya dan berakhir di Pasar Hatyai tempat membeli belah yang terkenal, Hatyai Syurga Membelibelah kata orang.

VAN Siam ke Hatyai hanya 500 meter dari 
tempat chop pasport

Station hentian ke Hatyai hadapan Seven Eleven

Akhir kata bagi ketiga-tiga ketegori ini jika hendak mencari hotel saya cadangkan Hotel President terletak ditengah-tengah bandar harganya lebih kurang RM 70.00 mata wang siam Bath 700 tempat parking mudah, kedai makanan islam bersebelahan dan jarak ke Pasar Hatyai lebih kurang 100 meter dari hotel tersebut. Pekan Hatyai urusan perniagaan mereka mengunakan mata wang bath, wang malaysia boleh juga tapi charge lebih sedikit, saya cadangkan tuan/puan tukar wang malaysia di Pekan Danok lebih murah kalau di Hatyai chargenya lebih tinggi.

Hatyai Plaza (Hadapan)
Hatyai Plaza (Belakang)
President Hotel (Gambar Lama)

DANOK Pekan ini sekarang semakin hari makin maju ramai pelabur-pelabur merebut peluang membina hotel bertaraf 4 bintang dan banyak hotel-hotel tinggi telah dibina di Pekan tersebut, boleh dikatakan hotel besar hampir 80 buah manakala hotel kecil-kecil melebihi 130 buah, banyak mana sekali pun hotel-hotel yang ada ianya tidak dapat menampong permintaan orang ramai semasa menyambut hari-hari perayaan. Harga hotel hari-hari biasa dari serendah RM 20.00 hingga ke paras tertinggi RM 120.00 satu malam kalau hari perayaan harganya dinaikan sekali ganda.

Pekan Danok
Oscar Hotel (RM 85.00)
PP Hotel RM 78.00
Siam Thana Hotel (RM 89.00)
IPD Hotel (RM 40.00)

Begitu juga kedai-kedai makanan Islam juga tumbuh seperti cendawan sama ada restoran, kedai makan atau mengunakan kiosk ditepi-tepi jalan menjual ayam goreng berserta dengan pulut dimerata-rata tempat dan kesemua mereka adalah orang-orang Islam Thailand dan diPekan Danok hanya mempunyai sebuah Masjid sahaja.

Kedai Nasi Kandar
Daging Bakar
Ayam Goreng
Hailam Cafe
Kedai Makanan Islam

Pusat membeli belah setempat atau super market tidak banyak dibina namun begitu ramai peniaga-peniaga disitu mengambil peluang membuka kedai-kedai menjual pelbagai pakaian, kasut dan beg tangan ditepi-tepi jalan.

Sebahagian Kedai Pakaian
Kedai menjual Pakaian, kasut dan beg

Dari segi hiburan ianya juga tumbuh seperti cendawan selain dari Kedai-kedai Karaoke terdapat banyak Kelab Dangdut (ramai orang-orang melayu), Kelab Disco Menari diTiang (ramai orang-orang Cina) dengan pelbagai jenama dan rumah-rumah urut termasok spa samada dihotel-hotel mewah dan juga termasok kedai-kedai kecil semuanya BEBAS.

Mutiara SPA
Massage Kaki

Kebanyakan orang-orang Malaysia khusus yang berdekatan dengan sempadan terutama orang-orang Kedah memandangkan di kedah aktivitinya hanya terhad ada diantara mereka setiap hari berkunjung ke Danok untuk mencari hiburan pendek kata ekonomi orang di Selatan Thailand bergantung daripada Rakyat Malaysia.

5 comments:

  1. salam..

    seronoknya baca percutian ke thailand

    Kalau boleh nak minta share kos perjalanan fuel and tol dr kl-hatyai..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nk tya..pasal chop passport tu masa nk pergi je ke kena masa nk blik tu mcm mne kena chop gk ke

    ReplyDelete
  4. kuar msia kena chop..masuk thailand kena chop..kuar thailand kena chop..masuk msia kena chop...

    ReplyDelete
  5. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete