Friday, May 31, 2013

Mesyuarat di Langkawi

Kawasan Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan merupakan Kawasan ke 2 terakhir Mesyuarat Agung diadakan dari 89 Kawasan diseluroh Negara pada 31-05-2013 hari Jumaat jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 3, Wisma Majlis Perbandaran Langkawi, Kuah, Langkawi Kedah.

Ku Jamaluddin memberi ucapan

Walau pun hari ini merupakan hari Jumaat sambutan dari ahli-ahli menghadiri mesyuarat ini dari 154 orang kesemunya yang hadir 131 orang amat membanggakan kerana mereka mengambil sikap bertanggung jawab keatas Koperasi yang mereka menggangotainya.

En. Azih bin Muda berucap
Sebahagian yang hadir

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad memberi ucapan serta merasmikanya, turut hadir En. Ramli bin Kalil, Bendahari dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausha, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak merangkap Pengerusi Kawasan Langkawi.

Pemberian Cederamata
Bergambar bersama Pengerusi Koperasi

Mesyuarat yang berjalan selama 30 minit termasok ucapan pengerusi dalam suasana mesra dan tertib, diakhir mesyuarat semua yang hadir dibayar elaun hadir mesyuarat RM 30.00 setiap seorang.

En. Pissal Abu sedang memberi elaun kepada ahli
Ahli-ahli beratur mengambil elaun

Kawasan Langkawi juga mempunyai Pejabatnya sendiri khusus untuk ANULAE (Kesatuan) dan KOSPETA (Koperasi) yang disatukan terletak bersebelahan Bangunan Wisma Majlis Perbandaran Langkawi yang dianugerahkan oleh Tuan Yang DiPertua kepada kedua-dua pertubuhan ini untuk mempastikan kedua-dua pertubuhan ini dapat bergerak serta menjaga kebajikan pekerja.

Bergambar di Luar Pejabat ANULAE/KOSPETA

Thursday, May 30, 2013

Mesyuarat Agung Kawasan MBAS

Kawasan ke 3 terakhir Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Majlis Bandaraya Alor Setar telah diadakan pada 30/05/2013 hari Khamis jam 3.00 petang bertempat di Dewan Besar, Tingkat 7, Menara Majlis Bandaraya  Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.

Pendaftaran
Ucapan Pengerusi Kawasan

Mesyuarat hari tersebut jatuhnya hari bekerja maka ramailah yang daftar menghadiri mesyuarat tersebut, kehadziran mencecah kepada 226 orang, En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad memberi ucapan sertaa meerasmikanya, sebelum itu En. Ahmad Letfi bin Saad, Pengerusi Kawasan memberi ucapan dan mengalu-alukan kehadirin Pengerusi dan Penolong Setiausaha En. Pissal bin Abu.

Ucapan Perasmian
Turut hadir En. Pissal Abu Pen. Setiausaha 
Sebahagian ahli yang hadir

Semua ahli yang hadir begitu khusuk mendengar ucapan dari Pengeusi mengenai Hala Tuju Koperasi dan juga memberi penerengan mengenai tuntuttan cuepacs semasa serta kebajikan kakitangan sektor awam di Malaysia.

Penyampaian Cederamata
KVK Promosi Barangan

Diakhir mesyuarat semua ahli yang hadir diberikan elaun hadir mesyuarat sebanyak RM 30.00 beserta dengan seketul sabun beras. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang. Syarikat KVK juga turut sama mempromosi barangan electrik kepada ahli-ahli koperasi, ramai ahli-ahli yang mengambil terus dan membuat tempahan barangan.

Barang-barang yang sudah ditempah
Terima Kasih Mak!!!

Saturday, May 25, 2013

Israk Mikraj

Program sempena Israk Mikraj anjuran Masjid Al-Shakirin bersama Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Aman Palestin, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Block 22, Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur.

Poster Program
Masjid Al-Shakirin

Pelbagai aktiviti sepanjang hari diadakan selain daripada Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa serta Sumbangan Anak-anak Yatim juga Forum Perdana, Ceramah, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Aman Palestin dan Kenduri, kesemuanya diadakan di dalam dan hadapan Masjid.

Ceramah Halal Frozen Food
Pemeriksaan Kesihatan
Ceramah Perdana

Selesai solat asar diteruskan  dengan Program Perayaan Sambutan 30 Tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Bermula dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa serta di ikuti ucapan Pengerusi Kariah Masjid Al-Shakirin Ybgh. Dato' Nordin bin Che Ngah dan ucapan En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Solat Asar
Bacaan Yassin/Tahlil/Doa
Ucapan YBhg. Dato' Pengerusi
Ucapan Pengerusi Koperasi

Seramai 100 Anak-anak Yatim dari Tasik Puteri hadir menerima sumbangan dari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad berbentuk wang tunai dan 1 beg yang berisi pelbagai makanan termasok bungukusan nasi setiap seorang.

Sumbangan untuk anak-anak yatim
Anak Yatim
Cederahati kepada YBhg. Dato' Pengerusi
Sumbangan dari Koperasi sebanyak RM 1,000.00
kepada Tabung Aman, Palestin

Selesai sahaja program yang diadakan semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Wargakerja, serta Jawatankuasa Masjid meraikan anak-anak yatim dengan jamuan makan malam di bersebelahan masjid dalam kawasan masjid. Pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah bermurah hati menyumbang seekor lembu bersaiz besar untuk tujuan kenduri.

Jamuan Makan
Anak-anak Yatim

Gotong royong menyembelih lembu oleh anak-anak kariah diadakan awal sehari dan acara memasak dimulakan pada jam 9.00 pagi bersama-sama dengan wargakerja Koperasi serta perkumpulan perempuan dari Persatuan Penduduk block fasa 2, Taman Selayang, Kuala Lumpur.

Gotong Royong menyediakan Nasi Anak Yatim
En. Azih Muda sedang masak Sup Tulang
En. Pissal Abu turut membantu masak
Makan Jamuan Tengahari

Majlis berakhir pada jam 6.50 petang, semua yang hadir dalam program diberikan senaskah buku yassin dan sebotol air yassin setiap seorang.

Bergambar bersama YBhg. Dato' Noordin Ngah
Pengerusi bersama ALK dan Wargakerja

Friday, May 24, 2013

Sambutan 30 Tahun

Perayaan menyambut 30 Tahun usia Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bermula dengan Sembahyang Maghrib dan di Ikuti Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa telah diadakan pada 24/05/2013 jam 7.20 malam di Tingkat 3, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Solat Maghrib

Program ini mendapat sambutan yang begitu baik dengan kehadziran Anggota Lembaga Koperasi, Juruodit Dalaman, Pengerusi dan Setiausaha Kawasan yang berdekatan serta Warga Kerja Koperasi KOSPETA Malaysia berhad.

Bacaan Yassin 
Bacaan Doa
Wargakerja

Majlis bertambah serinya dengan kehadiziran Dato' Hj. Abd. Rahman bin Abd. Kadir bekas Setiausaha Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sejak ditubuhkan hingga beliau bersara kerana bergiat sepenoh masa didalam Politik. Beliau juga adalah salah seorang pengasas dan beliau juga berjaya mencipta Logo Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang kekal sehingga sekarang.

Bersama Dato' Abd. Rahman Kadir (Pak Rahman)
Sumbangan kepada Tuan Imam
Penyerahan Cederahati kepada Pengerusi
Ucapan Pengerusi

Selepas solat Isya semua jemputan terus ke dewan makan bersebelahan untuk menjamu selera, Alhamdulilah hidangan yang dihidangkan menunya cukup memuaskan. Majlis berakhir sebaik sahaja selesai jamuan diadakan.

Jamuan Makan
Tetamu menjamu selera
Wargakerja menjamu selera

Saturday, May 18, 2013

Medan, Indonesia

Selepas berakhirnya Pilihanraya ke 13 baru baru ini yang dianggapkan mencemaskan akhirnya kita boleh menarik nafas lega kerana BN kembali memerintah namum begitu kita dapat melihat perpecahan melayu yang mana memberi keuntungan kepada bangsa lain.

Penang Airport
Airport baru

Bagi menghilangkan stress setelah selesai kerja pilihanraya saya pergi berehat di Medan selama 3 hari 2 malam mulai 16-18/05/2013 dengan menaiki Airasia dari Penang ke Medan, Seperti biasa sampai diairport saya menukar wang ruppiah di airport sebelum mengambil teksi menuju ke hotel.

Medan Airport

Kali ini saya memilih Danau Toba International Hotel bertaraf 5 bintang untuk menginap selama 3 hari 2 malam, harganya sekitar RM 130.00 (Rp 420.000) yang paling murah, biliknya cukup besar memang selesa untuk kita berehat persenderian atau bersama keluarga.

Danau Toba International (Disebelah belakang)
Bilik Hotel
Sarapan pagi di hotel
Hari pertama berehat dikolam renang

Seperti biasa makan tengahari Nasi Padang di Restoran Garuda, hidangan disini memang sedap-sedap lauknya, selepas makan terus ke Pasar Ikan tempat pelancong membeli belah disinilah tempat shoping yang murah ia terletak di Jalan Perniagaan, Medan.

Makan tengahari di Ruamah Makan Garuda
Pasar Ikan diJalan Perniagaan, Medan

Disebelah malam kalau nak tengok orang medan sama muda atau tua termasok pelajar unversiti kita pergi ke Merdeka Walk (Taman Merdeka) disini menjual pelbagai jenis makanan, sebaik sahaja kita duduk di kerusi maka datanglah pembantu-pembantu setiap gerai membawa pelbagai risalah (Menu) dengan pelbagai jenis makanan, pening kepala tak tahu yang mana nak pilih masing-masing melayan kita dengan baik kesian yang tak terpilih.

Merdaka Walk
Nasi Kari Ayam
Orang Ramai

Keesokanya saya pergi ke Ibunda Hotel berjumpa dengan pengerusan hotel bagi menambah sebanyak 4 bilik lagi menjadikan sejumlah 14 bilik tempahan untuk Lawatan Group seramai 28 orang pada 5-7/07/2013. Harga sebilik hanya lebih kurang RM 76.00 (Rp 240.000) satu malam. Specialnya hotel ini dibawahnya ada Restoran Besar yang dinamakan Rumah Makan Famili, banyak pelancong dibawa makan tengahari dan malam disini.

Ibunda Hotel/Rumah Makan Famili