Selepas berakhirnya Pilihanraya ke 13 baru baru ini yang dianggapkan mencemaskan akhirnya kita boleh menarik nafas lega kerana BN kembali memerintah namum begitu kita dapat melihat perpecahan melayu yang mana memberi keuntungan kepada bangsa lain.
Penang Airport
Airport baru
Bagi menghilangkan stress setelah selesai kerja pilihanraya saya pergi berehat di Medan selama 3 hari 2 malam mulai 16-18/05/2013 dengan menaiki Airasia dari Penang ke Medan, Seperti biasa sampai diairport saya menukar wang ruppiah di airport sebelum mengambil teksi menuju ke hotel.
Medan Airport
Kali ini saya memilih Danau Toba International Hotel bertaraf 5 bintang untuk menginap selama 3 hari 2 malam, harganya sekitar RM 130.00 (Rp 420.000) yang paling murah, biliknya cukup besar memang selesa untuk kita berehat persenderian atau bersama keluarga.
Danau Toba International (Disebelah belakang)
Bilik Hotel
Sarapan pagi di hotel
Hari pertama berehat dikolam renang
Seperti biasa makan tengahari Nasi Padang di Restoran Garuda, hidangan disini memang sedap-sedap lauknya, selepas makan terus ke Pasar Ikan tempat pelancong membeli belah disinilah tempat shoping yang murah ia terletak di Jalan Perniagaan, Medan.
Makan tengahari di Ruamah Makan Garuda
Pasar Ikan diJalan Perniagaan, Medan
Disebelah malam kalau nak tengok orang medan sama muda atau tua termasok pelajar unversiti kita pergi ke Merdeka Walk (Taman Merdeka) disini menjual pelbagai jenis makanan, sebaik sahaja kita duduk di kerusi maka datanglah pembantu-pembantu setiap gerai membawa pelbagai risalah (Menu) dengan pelbagai jenis makanan, pening kepala tak tahu yang mana nak pilih masing-masing melayan kita dengan baik kesian yang tak terpilih.
Merdaka Walk
Nasi Kari Ayam
Orang Ramai
Keesokanya saya pergi ke Ibunda Hotel berjumpa dengan pengerusan hotel bagi menambah sebanyak 4 bilik lagi menjadikan sejumlah 14 bilik tempahan untuk Lawatan Group seramai 28 orang pada 5-7/07/2013. Harga sebilik hanya lebih kurang RM 76.00 (Rp 240.000) satu malam. Specialnya hotel ini dibawahnya ada Restoran Besar yang dinamakan Rumah Makan Famili, banyak pelancong dibawa makan tengahari dan malam disini.
Ibunda Hotel/Rumah Makan Famili
No comments:
Post a Comment