Saturday, November 30, 2013

Gotong Royong Masak Ashura

Biro Agama dan Dakwah UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 hari ini 30/11/2013 Sabtu telah berjaya memasak Bubur Ashura bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Menyemak barang-barang yang dibeli
Diantara kaum Ibu yang hadir

Petang 29/11/2013 Jumaat jam 5.00 petang bertempat di Tadika Kemas bersebelahan Dewan Orang Ramai dikumpul kesemua barang-barang yang di beli termasok derma dan sumbangan dari orang ramai berbentuk wang tunai dan barangan.

Sedang menyediakan bahan-bahan masakan

Program ini diadakan sempena menyambut Maal Hijrah 1435, seramai 62 orang ahli-ahli UMNO lelaki dan perempuan terdiri dari orang-orang dewasa dan muda bersama-sama menyertai gotong royong memasak bubur ashura yang bermula dari jam 8.30 pagi berakhir jam 3.30 petang.

YBhg. Dato' Abdullah Hasnan sedang mengayuh

Hidangan Lauk
Makan Tengahari
Makan Tengahari

Sebanyak 160 bungkus siap dibungkus dan diagih-agihkan kepada semua Penghuni-penghuni Islam yang tinggal diRumah Pangsa Tongkang Yard 2. Majlis bertambah serinya dengan kehadiran YBhg. Dato' Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Timbalannya En. Zainol Alam turut hadir.


Majlis berakhir pada jam 4.30 petang setelah kerja-kerja pengagihan dan pembersihan selesai didewan tersebut.

Friday, November 29, 2013

Pembungkusan Kalender 2014

Biro Pendidikan dan Wanita Koperasi KOSPETA Malaysaia Berhad telah berjaya membungkus Kelender 2014 sebanyak 102 kawasan untuk diagihkan kepada wakil-wakil kawasan seluroh PBT Semenanjung Malaysia pada 28/11/2013 bertempat di Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysai Berhad, Batu Cave Kuala Lumpur.

Pengagihan Kelender
Mengira
Pembukusan 

Sempena menyambut Perayaan 30 tahun Penubuhan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pertama kali dibawah Biro Pendidikan dan Wanita dengan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Lembaga penuh telah meluluskan sebanyak 10.000 keping kalender Sempana 30 tahun dicetak untuk diagihkan kepada anggota-anggota Koperasi di seluroh Negara.


Siap dibungkus

Dihari yang sama Jawatankuasa Audit 5S yang diketuai oleh Tuan Hj. Abd. Rahim Mahad dan 2 orang Jawatankuasa En. Abd. Rahman dan Puan Mariah Ahmad telah menjalankan tangung jawab kepada Biro Pelajaran dan Wanita membuat pemeriksaan di kesemua Jabatan-jabatan didalam Pejabat tersebut.

En. Pissal selaku Pengerusi sedang memberi taklimat
Kaunter

Kesedaran dari semua kakitangan khususnya didalam 5S dipejabat tersebut mendapat sokongan dari semua peringkat dengan setiap Jabatan menghias mengikut kemampuan masing-masing, Kepada mana Jabatan yang berjaya mendapat tempat pertama akan diberi sedikit insentif dalam bentuk lawatan ke Luar Negara.

Bahagian Kewangan
Bahagian Pentadbiran


Kerja-kerja pembukusan berhenti sementara untuk berehat dan makan tengahari, Kakitangan yang terlibat di bawa ke Restoran Sentul Curry House untuk makan tengahari.

Kepala Ikan
Makan Tengahari

Wednesday, November 27, 2013

Mesy. Exco Khas

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE)
talah mengadalan mesyuarat khasnya pada 27/11/2013 hari Rabu jam 9.00 pagi bertempat di Wisma ANULAE 74-1 Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.

Barisan Pegawai Tertinggi
Barisan Exco

Keputusan mesyuarat JKK baru-baru ini memutuskan memangil kesemua Exconya dengan mengadakan Mesyuarat Exco Khas membincang Isu YB. Jeff Ooi,  Ahli Parlimen Jelutong mengelar Penjawat Awam sebagai Kucing Kurap dan Skim Perkhidmatan Awam serta membincang atur susun Persidangan Agung Cuepacs pada 17-19/11/2013.

Exco Yang Hadir
Pegawai Tertinggi
Lagu Negaraku

Seperti biasa sebelum memulakan mesyuarat semuanya Exco bangun menyanyi lagu Negaraku dan lagu Kesatuan, Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 67 orang Ahli Exco seluroh PBT Semenanjung Malaysia dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

Sidang Media
Wartawan
Bantahan

Setelah selesai diadakan mesyuarat satu sidang media dari pelbagai jenis akhbar termasok TV 1 dan Astro hadir membuat liputan diDewan Ibrahim Musa tempat mesyuarat tersebut pada jam 11.30 pagi. .

Memorandum Bantahan
Skim Perkhidmatan
Sambungan Skim Perkhidmatan

Selepas sidang media Presiden dengan beberapa orang exco pergi ke Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 12.00 untuk buat laporan polis terhadap YB. Jeff Ooi Ahli Perlimen Jelutong.

Balai Polis
Presiden bersama Exco

Ekoran dari sidang akhbar keesokanya 28/11/2013 liputan diakhbar-akhbar seperti berikut:-

Berita Harian


Akhbar Star


Harian Metro


Utusan Malaysia






Akhirnya Jeff Ooi mohon maaf sila rujuk kepada keratan akhbar pada 1/12/2013 seperti berikut:-

Utusan Malaysia




Berita Harian


Akhbar Sinar


Berita Harian 3/12/2013


Tuesday, November 26, 2013

Di Sangkar Ikan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dalam tempoh sebulan sejak anak ikan baru dimasukan pada awal bulan Oktober 2013 telah berjaya, hari ini didapati ikan yang dimasukan 1 bulan lalu sudah pun besar, insyallah sekiranya tiada apa-apa halangan kemungkinan lagi 2 bulan ikan-ikan ini boleh dijual ke pasaran.


Ikan usia 1 bulan

Pegawai Perikanan Negeri Perak setiap kali membuat pantau merasa lega kerana projek pemeliharaan kali ini tidak banyak masaalah dan beliau telah membawa seramai 40 orang Peserta-peserta kursus Pegawai-pegawai Perikanan seluroh semenanjung untuk melihat sendiri ternakan ikan air tawar dalam sangkar.

Taklimat 
Peserta Lawatan

Seperti biasa Pegawai Pemantau En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Ahli Lembaga Koperasi turun ke padang membuat pemantauan sentiasa prihatin kepada ternakan ikan air tawar dan memberi ikan makan.


Beri Ikan Makan
Beri Ikan Makan
Sangkar Ikan

Disebelah petang 25/11/2013 diadakan perjumpaan antara Pengerusi Jawatankuasa Pembelian Tanah Lot Kuala Kangsar diketuai oleh Tuan Hj. Ibrahim Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan tuan tanah di sebuah restoran Nasi Ayam Nusantara, Ipoh, Perak.

Perbincangan 

Berikutan perjumpaan itu keesokanya diadakan sekali lagi perjumpaan dan bertemu dengan Peguam untuk mendapat penjelasan dan status serta pemilik sah tanah tersebut bertempat di Pejabat Peguam Wisma Makencone Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Perak.

Wakil Koperasi KOSPETA
Peguam & Pemilik Tanah