Mesyuarat Khas ALK Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diadakan pada 20/11/2013 Hari Khamis jam 9.00 malam bertempat Dewan Cempaka, Hotel Tanjong Vista, Kuala Trengganu.
Hotel
Mesy ALK Khas
Mesyuarat tersebut membincang khas mengenai cadangan membeli Tanah Lot untuk Projek Perumahan di Kuala Kangsar, Perak dengan kadar harga 1.6 juta. Keesokan disebelah pagi diadakan mesyuarat JKK ANULAE Semenanjung Malaysia ditempat dan hotel yang sama.
Disebelah malam diadakan majlis akad nikah anak En. Azih bin Muda Presiden ANULAE semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuepacs dan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di rumahnya Kg. Macang, Manir, Kuala Trenggganu. Trengganu.
Pada 22/11/2013 Jumaat dilangsungkan kenduri Perkahwinan anak perempuan beliau yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Dikampong ini masakan kenduri masih dibuat secara bergotong royong oleh orang-orang kampong.
Ramai kawan-kawan yang hadir terdiri daripada orang kampong, Pejabat, Kesatuan, Koperasi dan sebagainya. Setelah selesai majlis teresebut disebelah malam acara membakar bunga api menandakan berakhirnya majlis tersebut.
Keluarga Pengantin Perempuan
No comments:
Post a Comment