Saturday, January 25, 2014

Lawatan Ke Ho Chi Minh City

Kali ini saya memilih Ho Chi Minh, City, Vietnam sebagai tempat Lawatan selama 4 hari 3 malam pada 22-25/01/2014, Kali pertama saya pernah ke Ho Chi Minh pada tahun 1999 secara group bersama YBhg. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar serta 20 orang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha Biro serta Juruodit, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Bandaraya Alor Setar.

International Airport

Pemergian kami disana atas kehendak YBhg. Datuk Bandar bagi meraikan saya yang telah diberi Opsyen bersara awal kerana berhijrah ke Jabatan baru di environment Idaman Sdn Bhd bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain seramai 400 orang.

Kaunter Teksi
 
Teksi Airport

Seperti biasa sampainya saya di international Airport Ho Chi Minh City, setelah selesai cop pasport saya terus keluar menuju ke kaunter teksi, disini kita ada pilihan walau pun kali pertama sampai disana sama ada kita nak naik Teksi atau pun Bas yang sedia menunggu.


Depan Hotel
Bilik Hotel

Saya menginap di Kingston Hotel bertaraf 3 bintang dengan kadar USD 30 (RM 105.00) 1 malam yang ditempah melalui internet terlebih awal. sekiranya kita checkin secara walkin harga memang mahal. Hotel di sini terlalu banyak jadi kita tak perlu bimbang ada yang murah ada yang mahal, kita juga tidak perlu menukar mata wang dong kerana wang malaysia disana diterima dalam urusniaga.

Bulatan dalan Bandar

Tahun 1999 hingga 2014 jarak hanya 4 tahun sahaja namum Bandar Ho Chi Minh City berubah wajah naik membangun, Bangunanya begitu padat walau pun tak banyak Bangunan pencangkar langit.

Bandar Ho Chi Minh

Kenderaan Motosikal menjadi pilihan rakyat Vietnam diatas jalanraya berbanding dengan Kereta, Teksi, Van, Bas, Lori besar dan kecil. Polis terafik tak kelihatan di jalan-jalan raya hanya 1-2 tempat sahaja ada polis ditengah-tengah jalan yang lain biasa sahaja.

Pasar
Membeli Belah

Keselamatan kita disana terjamin, penduduk sana juga hormat pelancong luar mereka cukup ramah mudah mesra terutama peniaga-peniaga. Tempat yang paling menarik hati pelancong tidak lain tidak bukan iaitu Cho Ben Thans (Pasar)  yang terletak ditengah-tengah bandar.

Bahagian Cederamata
Bahagian Pakaian

Pasar ini menjual pelbagai jenis barangan dari basah hingga ke kering atur susun dalam pasar ini cukup menarik dan tersusun, aktiviti jualan bermula jam 5 pagi bahagian basah manakala bahagian lain seperti pakaian dan cederamata bermula jam 8 pagi waktu tempatan (9.00 WM).


Pasar Malam

Menariknya disebelah malam pulak disekeliling pasar tersebut di penuhi peniaga-peniaga kecil seperti peniaga pasar malam yang menjual barang-barang jauh lebih murah dari pasaraya-pasaraya lain. Bila kita berada disana kita rasa seperti berada di Negara sendiri maksud saya disana sini tempat yang kita pergi semuanya ada pelancong Malaysia.

Kedai Pakaian
Pertunjukan Bunga

Juga disekeliling tersebut yang menariknya ada pula nama Jalan dipanggil oleh orang disana khususnya peniaga-peniaga Islam dengan nama Kampong Melayu, disini banyak kedai makanan Islam, Hotel orang Islam serta kedai-kedai pakaian Islam dengan tulisan dipapan iklan dalam bahasa malaysia.

Restoran Halal
Kedai Makanan Islam

Hari ke 3 sekali lagi pergi melawat tapak sejarah peperangan Vietnam dengan Amerika di Cu Min tempat ini sudah dijadikan tempat bersejara dan terbuka untuk pelancong. Pelancong yang banyak datang kesini terdiri daripada pelancong Barat.

Tempat Taklimat
Bom bom yang digugur tidak meletup
Gambar di Cu Min
Video Cu Min

Hari ke 4 selepas sarapan pagi saya bersiap-siap untuk chekout dan ke airport dengan menaiki teksi Bandar USD 8 (RM 27.00) sahaja. Sampai di Airport setelah chekin dikaunter tiada dikenakan sebarang Airport tax dan tiada pemeriksaan berat beg di pintu masuk.

Dari Hotel ke Airport

Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435

Biro Kebajikan dan Agama, UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 telah berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1435 pada 14/01/2014 hari Selasa bertempat di Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa Tongkang Yard, 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.


Maulidur Rasul adalah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kanak-Kanak Kemas
Kumpulan Nashid
Berselawat

Tema sambutan tahun ini " Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah " Program bermula dengan Perarakan Beramai-ramai dari Dewan Orang Ramai jam 8.00 pagi menuju keluar ke Jalan Bunga Raya sampai ke Masjid masuk ke Lorong Cempaka dan balik ke Dewan Orang Ramai, diikuti dengan Ceramah/Nashid/ jamuan makan tengahari dan bersurai.

Jalan Bunga Raya

Lrg. Cempaka
Perarakan
Taklimat Perarakan
Berkumpul mengikut kumpulan

Pemberian Saguhati

Turut menghantar peserta menyertai program ini terdiri daripada Persatuan NGO Kg. Peremba yang menghantar seramai 45 orang, UMNO Cawangan Rumah Pangsa Kg. Hilir 20 orang, Kemas Tongkang Yard 20 orang lebihan tuan rumah jumlah keselurohan 255 orang yang menyertai program sambutan ini.

Y.Bhg Ustaz Fazil bin Hanaffi
Y,Bhg Ustaz Fazil Hanaffi
Y.Bhg Ustaz Zamri
Y.Bhg Dato' Abdullah Hasnan

Hadir sama Y.Bhg Dato' Haji Abdullah Hasnan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan turut memberi ceramah tetamu  jemputan Y,Bhg Ustaz  Fazil bin Hanaffi, Penceramah Bebas bekas Dun Alor Mengkudu.

Kumpulan Kaum Ibu
Kumpulan Nashid

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Nashid dari kaum Ibu Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, sebelum ceramah agama dimulakan. Jamuan makan tengahari turut disediakan kepada semua yang hadir.

Tetamu Jemputan
Peserta Perarakan
Melayani Tetamu

Terima Kasih kepada Pergerakan Wanita Umno Cawangan telah bertungkus lumus memasak dan menyediakan jamuan makan tengahari kepada semua peserta yang hadir didalam program tersebut.

Gulai daging
Sedang memotong daging
Gotong Royong Memasak

Thursday, January 9, 2014

Pemantauwan Sangkar Ikan

Dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 9/1/2014 saya sempat singah di Sangkar Ikan Kuala Kangsar untuk membuat pemantauwan pemiliharaan Ikan Talapia ke atas 40 sangkar yang sedia ada.

Sangkar Ikan

Fasa pertama sebanyak 25,000 ribu ekor pada bulan November 2013 yang lalu diturunkan ke dalam sangkar sebahagian darinya telah pun membesar sehingga beratnya 2 ekor sekilo. Masaalah yang dihadapi oleh pihak Koperasi atas maklumkan oleh pekerja mengenai binatang-binatang liar seperti biawak, memerang dan sebagainya masuk ke sangkar makan ikan.

Ikan Talapia

Fasa ke 2 sebanyak 20.000 ribu ekor anak ikan talapia bersaiz 3 inchi telah dimasukan ke dalam 4 sangkar pada 5/1/2014 sebagai persediaan untuk mengantikan ikan-ikan besar yang akan dijual dipasaran tidak lama lagi.

Beri Makan Ikan

Makanan Ikan