Saturday, January 25, 2014

Lawatan Ke Ho Chi Minh City

Kali ini saya memilih Ho Chi Minh, City, Vietnam sebagai tempat Lawatan selama 4 hari 3 malam pada 22-25/01/2014, Kali pertama saya pernah ke Ho Chi Minh pada tahun 1999 secara group bersama YBhg. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar serta 20 orang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha Biro serta Juruodit, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Bandaraya Alor Setar.

International Airport

Pemergian kami disana atas kehendak YBhg. Datuk Bandar bagi meraikan saya yang telah diberi Opsyen bersara awal kerana berhijrah ke Jabatan baru di environment Idaman Sdn Bhd bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain seramai 400 orang.

Kaunter Teksi
 
Teksi Airport

Seperti biasa sampainya saya di international Airport Ho Chi Minh City, setelah selesai cop pasport saya terus keluar menuju ke kaunter teksi, disini kita ada pilihan walau pun kali pertama sampai disana sama ada kita nak naik Teksi atau pun Bas yang sedia menunggu.


Depan Hotel
Bilik Hotel

Saya menginap di Kingston Hotel bertaraf 3 bintang dengan kadar USD 30 (RM 105.00) 1 malam yang ditempah melalui internet terlebih awal. sekiranya kita checkin secara walkin harga memang mahal. Hotel di sini terlalu banyak jadi kita tak perlu bimbang ada yang murah ada yang mahal, kita juga tidak perlu menukar mata wang dong kerana wang malaysia disana diterima dalam urusniaga.

Bulatan dalan Bandar

Tahun 1999 hingga 2014 jarak hanya 4 tahun sahaja namum Bandar Ho Chi Minh City berubah wajah naik membangun, Bangunanya begitu padat walau pun tak banyak Bangunan pencangkar langit.

Bandar Ho Chi Minh

Kenderaan Motosikal menjadi pilihan rakyat Vietnam diatas jalanraya berbanding dengan Kereta, Teksi, Van, Bas, Lori besar dan kecil. Polis terafik tak kelihatan di jalan-jalan raya hanya 1-2 tempat sahaja ada polis ditengah-tengah jalan yang lain biasa sahaja.

Pasar
Membeli Belah

Keselamatan kita disana terjamin, penduduk sana juga hormat pelancong luar mereka cukup ramah mudah mesra terutama peniaga-peniaga. Tempat yang paling menarik hati pelancong tidak lain tidak bukan iaitu Cho Ben Thans (Pasar)  yang terletak ditengah-tengah bandar.

Bahagian Cederamata
Bahagian Pakaian

Pasar ini menjual pelbagai jenis barangan dari basah hingga ke kering atur susun dalam pasar ini cukup menarik dan tersusun, aktiviti jualan bermula jam 5 pagi bahagian basah manakala bahagian lain seperti pakaian dan cederamata bermula jam 8 pagi waktu tempatan (9.00 WM).


Pasar Malam

Menariknya disebelah malam pulak disekeliling pasar tersebut di penuhi peniaga-peniaga kecil seperti peniaga pasar malam yang menjual barang-barang jauh lebih murah dari pasaraya-pasaraya lain. Bila kita berada disana kita rasa seperti berada di Negara sendiri maksud saya disana sini tempat yang kita pergi semuanya ada pelancong Malaysia.

Kedai Pakaian
Pertunjukan Bunga

Juga disekeliling tersebut yang menariknya ada pula nama Jalan dipanggil oleh orang disana khususnya peniaga-peniaga Islam dengan nama Kampong Melayu, disini banyak kedai makanan Islam, Hotel orang Islam serta kedai-kedai pakaian Islam dengan tulisan dipapan iklan dalam bahasa malaysia.

Restoran Halal
Kedai Makanan Islam

Hari ke 3 sekali lagi pergi melawat tapak sejarah peperangan Vietnam dengan Amerika di Cu Min tempat ini sudah dijadikan tempat bersejara dan terbuka untuk pelancong. Pelancong yang banyak datang kesini terdiri daripada pelancong Barat.

Tempat Taklimat
Bom bom yang digugur tidak meletup
Gambar di Cu Min
Video Cu Min

Hari ke 4 selepas sarapan pagi saya bersiap-siap untuk chekout dan ke airport dengan menaiki teksi Bandar USD 8 (RM 27.00) sahaja. Sampai di Airport setelah chekin dikaunter tiada dikenakan sebarang Airport tax dan tiada pemeriksaan berat beg di pintu masuk.

Dari Hotel ke Airport

No comments:

Post a Comment