Friday, February 28, 2014

Beristirehat Kat Medan

Setelah penat mebuat pelbagai program kini ku berehat 3 hari 2 malam di Medan mulai pada 26-28/02/2014. Bertolak dari Penang ke Medan asalnya jam 4.30 delay satu jam setengah kepada 6.00 sampai di Kuala Namu airport Medan jam 7.00 ptg (WM) 6.00 ptg (WIB).

Penang Airport
Atas Flight

Seperti biasa setelah selesai cop pasport saya terus menuju ke Kaunter Stesyen Keretapi Laju membeli tiket dengan harga RP 65,000 (RM 18.00). Perjalan melalui keetapi hanya makan masa selama 40 minit menuju ke Kota Medan.

Kuala Namu Airport
Kaunter iket

Jika kita menaiki Teksi yang sedia ada menunggu bayaranya RP 130,000 (RM 32.00) itu tidak termasok tol dan sebagainya memakan masa selama 1.30 minit, manakala kita menaiki Bas Damri menuju ke Kota Medan harganya RP 15,000 (RM 3.40) memakan masa selama 2 jam lebih perjalanan ke Kota Medan.

Keretapi Laju
Kuala Namu Airport
Teksi dan Bas Airport

Hotel yang paling saya gemari di Medan di Ibunda Hotel dibawah hotelnya ada Rumah Makan jenis masakan padang mudah pada waktu mana kita nak makan. ramai pelancong Malaysia kalau di Medan makan di sini.

Ibunda Hotel
Harga Bilik RP 240,000 (RM 58.00)
Hidangan yang tersedia
Pelancong Malaysia

Aktiviti malam di sana hidup contohnya kalau kita nak berdangdut, lifeband, disconya atau berkaraoke keluarga ada tersedia, yang paling seronoknya naik beca atau teksi ke sana sini dengan harga yang murah walaupun lewat malam, tak seperti di Kuala Lumpur ada saja harga cajnya selapas jam 12.00 tengah malam.

Bas ke Kota Medan
Teksi Ke Kota Medan

Tempat membeli belah Pasar Ikan masih lagi popular di Kota Medan ramai orang Malaysia datang membeli belah disini walau pun banyak Pasaraya yang ada disana, kerna harganya jauh lebih murah dari tempat-tempat yang lain.

Saturday, February 22, 2014

Pertandingan Lagu Dangdut

Pertandingan Lagu-Lagu Dangdut telah berjaya diadakan pada 21/02/2014 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pak Tam Cafe Bt. 10 Jabi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Hadiah barangan Electrik

Seramai 30 orang peserta 16 lelaki dan 14 perempuan telah berjaya dipilih dari 45 orang peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai Pertandingan ini. Setiap peserta dikenakan bayaran yuran RM 10.00 setiap orang.

Pengadil
Penonton
Penonton

Sebanyak 10 hadiah dari tempat pertama hingga ke sepuloh berbentuk barangan electrik disediakan serta hadiah sampingan dari tempat pertama hingga ketiga tiket penerbangan ke Medan beserta 2 malam penginapan, manakala pemenang pakaian tercantik dan persembahan terbaik lelaki dan perempuan voucer 2 malam di danok serta 1 makan malam.




En. Pissal bin Abu selaku penganjur telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang,  Tempat pertama dimenangi oleh Puan Nurulfiqah bte Abdullah mendapat hadiah Oven beserta voucer ke medan, tempat kedua Puan Hasnah bte Sulaiman mendapat periuk nasi beserta voucer ke medan dan tempat ketiga Puan Wan Seri Dewi juga periuk nasi beserta voucer ke medan.

Pemenang Pertama
Pemenang Ke Dua
Pemenang Ke Tiga

Bagi pemenang ketegori Pakaian tercantik dimenangi oleh Abang Man dan Puan Hasnah bte Sulaiman, bagi Persembahan terbaik dimenangi oleh En. Sofi bin Darus dan Puan Norhayati bte Abdullah masing-masing menerima hadiah periuk nasi dan voucer 2 malam di danok. 

Pemenang tempat Pertama hingga Ke Lima
Pemenang tempat ke Enam hingga ke Sepuloh

Pertandingan berakhir pada jam 1.30 malam, sambutan dari orang ramai diluar jangkaan sehingga tidak mencukupi tempat duduk orang ramai terpaksa berdiri.

Lagu Lela
Lagu Mengejar Badai
Lagu Gadis Malaysia
Lagu Tepuk Tangan

Wednesday, February 19, 2014

Perhimpunan Pejawat Awam

ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Perak Tengah telah berjaya mengadakan Program Perhimpunan Pekerja-pekerja dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluroh Negeri Perak pada 19/02/2014 jam 2.30 petang di Dewan Bandaraya Ipoh, Ipoh Perak.

Dewan Bandaraya Ipoh

Seramai 500 orang pelbagai ketegori pekerja hadir berkumpul didalam dewan yang melibatkan 15 PBT di seluroh Negeri Perak untuk mendengar Taklimat khas dari Presiden Cuepacs yang merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

Presiden Cuepacs

Dalam perjumpaan ini Presiden Cuepacs bersimpati dengan nasib Pekerja-pekerja bawahan dalam Pihak Berkuasa Tempatan  dan mohon pertolongan dari Cuepacs supaya Pekerja-pekerja Bahagian Sisa Pepejal di Pihak Berkuasa Tempatan seluroh Negeri Perak tidak di Swastakan kepada syarikat Swasta,

Pemimpin Tertinggi
Menyanyi Lagu Negara Ku

Rata-rata Pekerja yang hadir hari ini menunjukan protes mereka dengan membawa sepandok-sepandok anti penswataan kepada En. Azih bin Muda Presiden Cuepacs supaya perkara ini di bawa ke pengetahuaan diperingkat yang tertinggi.


Sebahagian dari Pekerja


Perjumpaan ini menunjukan semangat yang gitu mereka bersatu padu menentang Isu Pengswataan ini dengan berikrar kami akan mengharungi dan merempuh apa saja halangan yang mendatang asalkan Penswataan tidak dilaksanakan di Negeri Perak.

Presiden Cuepacs

Protes Pengswataan
Sidang Akhbar

Presiden Cuepacs juga telah memaklumkan YAB Dato Seri Menteri Besar Perak sehingga hari ini belum lagi menanda tangani persetujuan Pengswataan Sisa Pepejal di Negeri Perak di dalam perjumpaan beliau bersama Pegawai-pegawai kanan Cuepacs bersama YAB Dato' Seri Menteri Besar mendapat tepukan dan pekikan yang meriah. 

Perbincangan dgn MB
Bergambar MB bersama Cuepacs

Tuesday, February 18, 2014

Kempen Keanggotaan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama ANULAE Semenanjung Malaysia dan Cuepacs telah turun kepadang berjumpa dengan Pekerja-pekerja diMajlis Daerah Selama pada 18/02/2014, jam 3.00 petang di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Selama, Perak.

Pejabat Majlis Daerah Selama

En. Azih bin Muda selaku Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semananjung Malaysia dan juga Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad memberi ceramah mengenai masa depan Penjawat Awam khususnya didalam tuntuttan Gred Penjawat Awam.

En. Azih bin Muda
Sebahagian dari Pekerja

Perjumpaan yang dihadiri oleh seramai 80 orang pekerja dipelbagai peringkat turut serta dalam perjumpaan ini, sebelum itu En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Pengerusi 3P telah memberi Ceramahnya dalam kempen menambah keanggotaan.

En. Pissal Abu sedang menyampaikan ceramah
Pekerja M.d. Selama
Bergambar beramai-ramai bersama Presiden
Minum Petang

Saturday, February 8, 2014

Tetamu Pantai Timur

JKKK dan UMNO Cawangan Rumah Paangsa menjadi tuan rumah program Jamuan Makan Malam pada 7/2/2014 (Jumaat) sempena menyamut rombongan dari Majlis Perbandaran Kemaman, Trengganu Darul Iman.

Bas Pejabat Daerah Kemaman
Hotel Seri Malaysia
Lobby Hotel

Disebelah pagi pada 7/2/2014 rombongan ini sempat pergi membeli belah di Padang Besar kerana rombongan mereka tiba awal Hotel belum boleh checkin lagi dan disebelah petang setelah mereka balik dari shoping mereka terus checkin di Hotel Seri Malaysia, Jalan Stadium, Alor Setar untuk 3 hari 2 malam.

Gotong Royong Memasak
Persiapan Tempat

Kaum-kaum Ibu di Rumah Pangsa bersepakat beramai-ramai bergotong royong memasak sebanyak 5 jenis makanan iaitu Nasi Tomato, Satay, Laksa, Pulut Duiran dan Ashura untuk menjamu rombongan tersebut yang diadakan pada sebelah malam bersekali dengan karaoke.

Gotong Royong Memasak
Persiapan Dewan
Meja Vip
Rombongan Trengganu
Persembahan Karaoke
Penyampaian Cederamata
Jamuan Makan Malam

Keesokanya pagi 8/2/2014 selepas sarapan mereka bertolak ke Bukit Kayu Hitam untuk membeli belah disana dan selepas itu mereka pulang ke Alor Setar terus menuju ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang.

Dihadapan Pintu Masuk
Melihat Lukisan

Rata-rata mereka yang masuk melihat lukisan dan pameran yang disediakan di dalam bangunan tersebut begitu terpegun melihat keindahan pemandangan lukisan. Kesemuanya mereka cukup gembira rasa tidak rugi membayar yuran masuk RM 5.00 setiap seorang.

Alatan kerja di Bendang
Barangan yang di pamerkan
Muzium Padi

Jam sudah pukul 2.45 petang masing-masing kelaparan jadi saya bawa mereka ke Kedai Tat Nasi Ayam sambil memperkenalkan Taukehnya (kebetulan taukenya ada dikedai), Mereka memuji nasi ayam ini sedap dan murah. Lega rasanya dihati saya bawa tempat makan yang sesuai untuk mereka.

Menjamu selera
Menjamu selera
Restoran Nasi Ayam

Selepas makan saya bawa rombongan ini ke Pekan Rabu masing-masing nak shoping kueh karas, dodol dan pekasam dan ketua rombongan Hj.Razali pula ambil kesempatan potong baju buat jubah, sebelum ini beliau dah pernah tempah di kedai tersebut.

Dalam Bangunan Pekan Rabu
Sedang mengukur pakaian
Pekan Rabu

Pagi ini jam 9.00 rombongan bertolak balik ke Trengganu melalui Lebuhraya Gerik, insyaalah kalau tidak apa-apa halangan malam nanti mereka akan sampai di destinasi yang di tuju.