JKKK dan UMNO Cawangan Rumah Paangsa menjadi tuan rumah program Jamuan Makan Malam pada 7/2/2014 (Jumaat) sempena menyamut rombongan dari Majlis Perbandaran Kemaman, Trengganu Darul Iman.
Bas Pejabat Daerah Kemaman
Hotel Seri Malaysia
Lobby Hotel
Disebelah pagi pada 7/2/2014 rombongan ini sempat pergi membeli belah di Padang Besar kerana rombongan mereka tiba awal Hotel belum boleh checkin lagi dan disebelah petang setelah mereka balik dari shoping mereka terus checkin di Hotel Seri Malaysia, Jalan Stadium, Alor Setar untuk 3 hari 2 malam.
Gotong Royong Memasak
Persiapan Tempat
Kaum-kaum Ibu di Rumah Pangsa bersepakat beramai-ramai bergotong royong memasak sebanyak 5 jenis makanan iaitu Nasi Tomato, Satay, Laksa, Pulut Duiran dan Ashura untuk menjamu rombongan tersebut yang diadakan pada sebelah malam bersekali dengan karaoke.
Gotong Royong Memasak
Persiapan Dewan
Meja Vip
Rombongan Trengganu
Persembahan Karaoke
Penyampaian Cederamata
Jamuan Makan Malam
Keesokanya pagi 8/2/2014 selepas sarapan mereka bertolak ke Bukit Kayu Hitam untuk membeli belah disana dan selepas itu mereka pulang ke Alor Setar terus menuju ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang.
Dihadapan Pintu Masuk
Melihat Lukisan
Rata-rata mereka yang masuk melihat lukisan dan pameran yang disediakan di dalam bangunan tersebut begitu terpegun melihat keindahan pemandangan lukisan. Kesemuanya mereka cukup gembira rasa tidak rugi membayar yuran masuk RM 5.00 setiap seorang.
Alatan kerja di Bendang
Barangan yang di pamerkan
Muzium Padi
Jam sudah pukul 2.45 petang masing-masing kelaparan jadi saya bawa mereka ke Kedai Tat Nasi Ayam sambil memperkenalkan Taukehnya (kebetulan taukenya ada dikedai), Mereka memuji nasi ayam ini sedap dan murah. Lega rasanya dihati saya bawa tempat makan yang sesuai untuk mereka.
Menjamu selera
Menjamu selera
Restoran Nasi Ayam
Selepas makan saya bawa rombongan ini ke Pekan Rabu masing-masing nak shoping kueh karas, dodol dan pekasam dan ketua rombongan Hj.Razali pula ambil kesempatan potong baju buat jubah, sebelum ini beliau dah pernah tempah di kedai tersebut.
Dalam Bangunan Pekan Rabu
Sedang mengukur pakaian
Pekan Rabu
Pagi ini jam 9.00 rombongan bertolak balik ke Trengganu melalui Lebuhraya Gerik, insyaalah kalau tidak apa-apa halangan malam nanti mereka akan sampai di destinasi yang di tuju.
No comments:
Post a Comment