Sunday, March 16, 2014

Persidangan Negeri Wilayah Persekutuan (ANGKASA)

ANGKASA Wilayah Persekutuan hari ini 16/03/2014 jam 8.30 pagi, Ahad telah berjaya mengadakan Persidanganya di Tingkat 1 Dewan Cempaka, Hotel Kuala Lumpur International, Lorong Haji Hussein, Off jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kuala Lumpur.

Pemimpim Tertinggi
Perwakilan yang hadir

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 158 orang Perwakilan diseluroh Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah Presiden ANGKASA dan hadir sama bekas Presiden Ybhg. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali bin Haji Baharum.

Presiden ANGKASA
Pengerusi ANGKASA Wilayah

Mesyuarat hari ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhir, seramai 5 orang calon bertanding bagi mengisi kekosongan 4 kerusi Jawatankuasa kerana tamat tempoh perkhidmatan, walau bagaimana pun ke empat-empat mereka telah menawar diri semula untuk kerusi-kerusi tersebut.

Pendaftaran Peserta
Tag Nama Perwakilan
Baju Perwakilan

Para Perwakilan dibekalkan dengan Tag nama, Baju Angkasa dan Beg setiap perwakilan yang hadir serta lain-lain dokumen. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menghantar 2 orang wakil terdiri daripada Tuan Haji Mohd. Faizi bin Haji Aznam, Setiausaha dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Perwakilan dari Koperasi KOSPETA 
Perwakilan

Mesyuarat berakhir pada jam 1.20 tengahari dan semua Perwakilan disediakan jamuan makan tengahari di tingkat 4, Hotel tersebut.

Bergambar bersama Presiden ANGKASA

No comments:

Post a Comment