Saturday, August 30, 2014

Tandatangan Persafahaman ANGKASA & CUEPACS

ANGKASA telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Speker-Maklumat Perbankan Individu dan Majlis Menandatangani MOU ANGKAS & CUEPACS pada 29/08/2014 di Dewan ANGKASA Kelana Jaya, Kuala Lumpur.


Naib Presiden ANGKASA & Presiden CUEPACS

Sebelum majlis pelancaraan dan menandatangani Mou diadakan, Naib Presiden ANGKASA telah menyampaikan Taklimat awal kepada Pengerusi dan Setiausaha Koperasi Kredit di seluroh Negara pengambilalihan sebahagian potongan BPA ANGKASA oleh Koperasi MOCCIS. 

Perwakilan yang hadir
Presiden ANGKASA & Presiden CUWEPACS

Presiden CUEPACS En. Azih bin Muda di jemput berucap memberi pandangan bagi pihak Kakitangan Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam khususnya dalam sektor Perkihdmatan. Cuepacs tidak bersetuju sama sekali pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi kepada Moccis sebahagian dari pemotongan yang telah dibuat oleh ANGKASA selama ini.

En. Azih Muda sedang  berucap
En. Pissal Abu wakil Koperasi KOSPETA

Katanya selama 37 tahun ANGKASA telah menguruskan pemotongan dengan tidak ada sebarang masaalah dan tidak ada MPL berlaku kepada Badan Gabungan Koperasi juga kepada Bank Rakyat dan Bank Persatuan. Apatah lagi potongan ini nak di beri kpada MOCCIS sedangkan Koperasi ini telah rugi berjuta ringgit. Kalau pihak SKM terus memberi kepada Moccis takut wang kutipan ini digunakan untuk bayar hutang koperasi tersebut.

Menandatangani MOU Sepahaman
Penyerahan Dokumen
Presiden ANGKASA & Presiden CUEPACS

Setelah beberapa orang perwakilan yang hadir masing-masing memberi pandangan yang menjurus kearah tidak bersetuju maka Forum hari ini telah membuat satu resolusi TIDAK BERSETUJU Pemotongan ini di beri kepada Moccis untuk membuat pemotongan.

Media Masa
Sedang di temuramah
Perwakilan CUEPACS
Jamuan petang

Tuesday, August 26, 2014

Mesyuarat dan Jamuan Raya

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 26/08/2014 hari Selasa telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan dituruti dengan Program Sambutan Jamuan Hari Raya di Tingkat 3, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Jawatankuasa Kredit


Happy Birthday

Program sambutan jamuan hari raya disambut setiap tahun, semua Ahli Lembaga Koperasi termasok Juru Audit dan jemputan khas turut hadir bersama memeriahkan suasana sambutan hari raya.





Warga kerja dalam kesibukan menjalankan tugas mereka bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk para tetamu. Jamuan bermula sebaik sahaja selepas mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan Urusniaga serta Pentadbiran diadakan.

Yang hijau ini Tapai
Sedang menjamu selera
Setiausaha bersama Tetamu

Monday, August 25, 2014

Makan Tengahari Bersama Staff

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menyertai program Sambutan Jamuan Hari Raya anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Medan Tunku serta menyertai program Hari Koperasi Negara selama 3 hari mulai pada 22-24/08/2014 di Kuala Pilah.


Hari ini Setiausaha Koperasi En. Pissal Abu bawa semua wargakerja seramai 24 orang tengahari tadi ke Restoran Pak Lang masakan ala kampung, di Kampung Baru untuk makan tengahari.




Restoran ini banyak menghidangkan pelbagai jenis lauk serta ulam-ulam termasok pelbagai jenis ikan bakar bersama air asamnya. Setiap hari orang ramai berpusu-pusu datang ke sini.



En. Pissal sedang menemani anak buah

Saturday, August 23, 2014

Jamuan Raya Parlimen Pagoh

Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri dalam Parlimen Pagoh diadakan pada 23/08/2014 hari Sabtu dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang di Dewan UMNO Pagoh, Muar, Johor.



YAB Tan Seri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin serta isteri YABhg Puan Seri Datin Paduka Hajah Noorainee bte Abdul Rahman tiba di Dewan tersebut pada jam 2.30 petang selepas kembali daripada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara di Kuala Pilah untuk menyambut tetamu yang datang di majlis tersebut.






Presiden Cuepacs En. Azih bin Muda juga tidak ketingalan bersama-sama ke majlis tersebut berjumpa dan bersalam serta makan semeja dengan YAB. Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.



Pelbagai menu dihidangkan untuk meraikan para tetamu, orang ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan berjumpa dan bersalam-salam dengan Pemimpim nombor 2 Negara.

Luar Dewan
Dalam Dewan
Persembahan Ghazal

Hari Koperasi Negara 2014

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari Koperasi Negara 2014 selama 3 hari mulai 22-24/08/2014 hari Jumaat hingga Ahad bertempat di Stadium Mini, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



Negeri Sembilan menjadi tuan rumah kepada program ini, Ianya mendapat sambutan yang meriah terutama dari penduduk tempatan, Tidak ketingalan Negeri-negeri juga telah mengadakan pameran mengikut negeri masing2 selain itu Koperasi2 yang terbesar juga ikut menyertainya.

YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri diatas pentas







Sambutan kali ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Muhyuddin bin Haji. Mohd. Yasin, Timbalan Perdana Menteri. Turut bersama YB. Dato' Hasan Malik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Timbalanya Dato' Paduka Senator Ahmad Bashah bin Md. Hanifah, Menteri Besar Negeri Sembilan dan tetamu2 yg lain.






Kali ini Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga tidak ketingalan menghantar beberapa orang Lembaga terdiri dari En Azih bin Muda, Pengerusi, En.Pissal bin Abu Setiausaha  dan bersama dengan 6 orang wargakerja termasok Pengurus.






En. Azih bin Muda Pengerusi KOSPETA