Sunday, August 17, 2014

Lawatan ke Labuan

Buat pertama kali hari ini saya menjejak kaki ke Wilayah Persekutuan Labuan dan tingal disini pada 16-18/08/2014 selama 3 hari 2 malam, sebaik sahaja saya sampai dari KLIA 2 menaiki Airasia menuju ke Labuan yang memakan masa 2 jam 30 minit lamanya untuk sampai ke sini.

Airport Labuan

Teksi Airport

Sampainya saya disana saya di jemput oleh seorang kenalan dalam Tagged yang tingal Labuan dan beliau menunggu saya di luar tempat menunggu, sampainya saya di pintu luar beliau terus menyambut saya. Lalu saya pun menaiki keretanya menuju ke Bandar untuk check in.



Checkin

Perjalanan dari airport ke Bandar tidak jauh lebih kurang dalam 6 KM sahaja dan hari pertama saya chekin di Hotel Pulau Labuan dengan kadar RM 138.00 satu malam termasok ada sarapan pagi, Hotel ini terletak ditengah-tengah Bandar. Restoran makan dihadapan dan kiri kanan kedai berderetan.





Kami makan tengahari bersama di sebuah restoran hadapan hotel yang saya menginap, selepas makan beliau pulang dan saya balik ke bilik mandi dan rehat, selepas solat jam 2.00 petang saya keluar dari hotel terus berjalan-jalan pergi ke Pelabuhan tengok Feri dan kapal-kapal yang berlabuh disitu.





Keesokan hari 17/08/2014 sebaik selepas sarapan pagi jam 9.30 pagi saya terus keluar dari hotel berjalan-jalan melihat keindahan Pulau Labuan. Saya berjalan sehingga berjumpa Bangunan tinggi terseregam indah U JANA KEWANGAN, Padang Dataran Labuan.







Jam 12.00 tengahari saya balik ke hotel checkout dan berpindah ke Billion Waterfront, Resort in the city ditepi pantai harga biliknya RM 348.00 untuk Standard Room tidak jauh dan masih di dalam Bandar.









Disebelah petang saya berjalan-jalan di sekitar Pekan Labuan berjumpa stesyen Bas Mini yang terletak di pinggir pekan d sebelah utara Bandar Labuan.





Hari ke Tiga pada 18/08/2014 selepas sarapan pagi saya terus checkout mengambil teksi menuju ke Airport harga teksi hanya RM 12.00 sahaja dari Bandar ke airport.

Saraapan Pagi


Labuan Airport
KLIA 2

No comments:

Post a Comment