Sunday, August 30, 2015

Lawatan ke Kawah Domas

Pada 30/08/2015 kami menyewa kereta bersama pamandunya pergi melawat Kawah Gunung Berapi yang dikatakan meletup pada tahun bulan januari tahun lepas. Perjalanannya memakan masa selama 2 jam.

Makan Tengahari
Pokok Strawbery
Bauah Strawbery
Memetik buah strawbery
Buah strawbery

Sebelum sampai di Kawah Gunung Berapi kami berhenti makan tengahari di Lembeng ditempat penanaman buah strawbery, kami diberi rasa buah dan dibenarkan memetik buah-buah strawbery.


Jam 12.00 tengahari kami sampai dikemuncak Kawah Ratu Ratu Crater, keadaan cuaca terik tetapi sejuk, ramai pengunjung-pengunjung yang datang melawat terdiri dari Pelancong dan Orang-orang tempatan, Untuk memasuki kawasan ini dikenakan bayaran setiap orang RP 300.000 Ribu (RM90.00) seorang untuk pelancong, Bagi orang tempatan RP 200.000 Ribu (RM60.00) seorang.




Selepas kami berada dikemuncak selama 1 jam kami turun ke bawah menuju ke Kawah Domas, disini pihak berkuasa mengenakan bayaran untuk GUIDE kami ke tempat Kawah yang jaraknya 1,200 meter berjalan kaki sebanyak RP 300 Ribu (RM 90.00)



Kawah yang besar sedang mendidih

Kawah ini kali terakhir meletup pada tahun 1969 tetapi dia masih aktif hingga sekarang dengan mengeluarkan haba yang panas, telor yang dimasak hanya memakan masa 2 minit sahaja. Dalam kawah ini airnya mendidih terlalu panas.


Air sedang mendidih
Bergambar diPintu masuk Kawah
Video Kawah Domas

Jam 4.00 petang kami keluar balik ke Bandung dalam perjalanan balik kami singah di Jalan Chemperas untuk shoping kali terakhir.



Belajar menembak

Selepas shoping jam 8.00 malam kami balik ke Hotel mandi dan solat dan selepas itu kami keluar makan malam.

Makan malam
Bereahat selepas makan malam

Saturday, August 29, 2015

Lawatan ke Bandung

Saya bersama kawan-kawan dari Syarikat KVK Multimedia seramai 6 orang diketuai oleh Mr. Kalai Chelvan, Pengarah Syarikah KVK Multimedia pergi melawat Bandung selama 3 hari 2 malam mulai 29-31/08/2015.



Kami menaiki pesawat airasia pada 29/08/2015 jam 7.50 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Bandung pada jam 10.50 pagi waktu malaysia 9.50 waktu Indonesia. Kami terus ke kaunter teksi mendapatkan teksi 2 buah untuk kami ke hotel.


Sampai di hotel Golden Flower bilik yang kami tempah belum siap dan kami terus ke kaunter mohon menyewa kereta. Selepas kereta sampai kami menaikinya ke Rumah Makan untuk makan tengahari.



Selepas makan kami di bawa oleh Pak supir ke gedung pakaian untuk membeli belah baju dan seluar yang dikatakan terus dari kilang dan harga berpatutan.




Bergambar selepas shoping

Selepas makan tengahari dan shoping kami terus balik ke Hotel Golden Flower mendapatkan bilik masing-masing kemudian kami berehat.


Bilik Hotel

Selepas berehat disebelah peetang saya turun berjalan-jalan menuju ke Masjid Raya Bandung, dihadapan Masjid ini orang ramai berkumpul bersama keluarga dan bermain-main di padang tersebut.


Luar Masjid
Dalaman Masjid
Dataran hadapan Masjid
Berehat di Dataran Masjid
Pelbagai Aktivit Kluarga

Pelbagai aktiviti kreatif yang di tunjukan oleh remaja-remaja sama ada lelaki atau pun perempuan untuk mendapatkan sumbangan dari orang ramai.

Kesibukan Jalanraya

Tugu Peringatan


Bersama dengan anak-anak remaja

Tuesday, August 18, 2015

Hari Koperasi Negara 2015

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Koperasi Negara 2015 selama 4 hari 3 malam dengan jayanya pada 14-17/08/2015 bertempat di Persisiran Sungai Serawak Dataran Water Front di Bandar Kucing Serawak.

Para2 Jemputan
Penerima2 Anugerah

Sebanyak 12,000 Koperasi diseluroh negara dijemput hadir bersama memeriahkan acara tersebut yang julung-julung kali di adakan di rasmikan oleh YAB. Ketua Menteri Serawak.

YAB. Dato' Patinggi Tan Sri Dr. Hj Adenan Hj Satem
Ketua Menteri Serawak

Majlis perasmian dimulakan dengan ucap utama Menteri Koperasi Serawak dan di susuli oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, serta kemuncaknya ucap perasmian oleh YAB. Dato' Patinggi Tan Sri Dr. Hj Adenan Hj Satem, Ketua Menteri Serawak.

YB. Datuk Hamzah bin Zainudin,
Menteri KPDNKK
Para-para jemputan yang hadir

Selepas majlis perasmian anugerah tokoh Koperasi Negeri Terbaik dan tokoh Koperasi Negara, bersama2 dengan penganugerahan Koperasi Terbaik.



Barisan penerima2 Anugerah Koperasi

Para2 jemputan
ALK dan Kakitanga  Koperasi KOSPETA (M) Bhd

Hari Koperasi Negara diadakan selama 4 hari 3 malam pelbagai, program diadakan begi memeriahkanya termasok Gerai2 Pameran setiap Koperasi Negeri dan Tempatan, juga persembahan pentas, Ceramah Ugama, Kuiz dan pelbagai acara.

Negeri Trengganu
SKM Wilayah
Negeri Kedah
Warga kerja Koperasi KOSPETA