Makan Tengahari
Pokok Strawbery
Bauah Strawbery
Memetik buah strawbery
Buah strawbery
Sebelum sampai di Kawah Gunung Berapi kami berhenti makan tengahari di Lembeng ditempat penanaman buah strawbery, kami diberi rasa buah dan dibenarkan memetik buah-buah strawbery.
Jam 12.00 tengahari kami sampai dikemuncak Kawah Ratu Ratu Crater, keadaan cuaca terik tetapi sejuk, ramai pengunjung-pengunjung yang datang melawat terdiri dari Pelancong dan Orang-orang tempatan, Untuk memasuki kawasan ini dikenakan bayaran setiap orang RP 300.000 Ribu (RM90.00) seorang untuk pelancong, Bagi orang tempatan RP 200.000 Ribu (RM60.00) seorang.
Selepas kami berada dikemuncak selama 1 jam kami turun ke bawah menuju ke Kawah Domas, disini pihak berkuasa mengenakan bayaran untuk GUIDE kami ke tempat Kawah yang jaraknya 1,200 meter berjalan kaki sebanyak RP 300 Ribu (RM 90.00)
Kawah yang besar sedang mendidih
Kawah ini kali terakhir meletup pada tahun 1969 tetapi dia masih aktif hingga sekarang dengan mengeluarkan haba yang panas, telor yang dimasak hanya memakan masa 2 minit sahaja. Dalam kawah ini airnya mendidih terlalu panas.
Air sedang mendidih
Bergambar diPintu masuk Kawah
Video Kawah Domas
Jam 4.00 petang kami keluar balik ke Bandung dalam perjalanan balik kami singah di Jalan Chemperas untuk shoping kali terakhir.
Belajar menembak
Selepas shoping jam 8.00 malam kami balik ke Hotel mandi dan solat dan selepas itu kami keluar makan malam.
Makan malam
Bereahat selepas makan malam
No comments:
Post a Comment