Friday, July 31, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 pada 30 Julai 2015 bertempat di Tingkat 4, Bangina Wisma KOSPETA di No 10 & 12 Jalan 6/3A KM 12 Off Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.



Anggota anggota Koperasi yang berdekatan di Kuala Lumpur serta Pejabat-Pejabat Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan Pembekal-pembekal di jemput hadir di jamuan ini.




Alhamdulillah sebaik sahaja Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Ybhg. Datuk Azih bin Muda tiba disambut oleh Setiausaha serta Ahli Lembaga dan jemputan yang lain ke Jamuan yang disediakan.



Jamuan makan dimulakan dengan bacaan doa selamat kepada bakal2 haji iaitu Ybhg. Datuk Azih bin Muda, Tuan Hj. Salem dan Puan Mariah yang akan menunaikan Haji pada tahun ini.




Sambutan rumah terbuka tahun ini amat meriah walaupu pada tarikh itu banyak agensi termasok Jabatan Kerajaan turut mengadakan Jamuan Hari Raya.






Dihari jamuan diadakan staff bertungkus lumus membuat persiapan menghiaskan bilik makan dengan ala kadar bagi menyambut para tetamu dalam suasana Hari Raya.






Hiasan Lampu Raya

No comments:

Post a Comment