Hari Pertama ketibaan saya pada 10/11/2015 di Terminal Kota Kinabalu 2 saya menaiki teksi terus ke Penginapan Hotel Hyatt Regency. Sampai disana saya mendaftarkan diri dan terus diberi kunchi bilik untuk penginapan 3 hari 2 malam.
Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus 2 hari Kepimpinan Dalam Tadbir Urus Koperasi pada 11-12/11/2015 bertempat di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu, Sabah.
Saya peserta tunggal dari Semenanjung dari 50 orang peserta yang di jemput menghadiri Kursus ini bagi mewakili Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
Setelah selasai semuanya saya turun berjalan2 di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Saya sempat ke JetiPort melihat Feri dan kapal2 kecil yang berulang alik dari jeti itu ke Pulau2 bersebelahan.
Disebelah malam saya keluar makan malam di Medan selera yang terletak diTepi Sungai Bandaraya tersebut bersebelahan dengan Pasar besar dan Pasar Fhiliphine. Medan ini menjadi kegemaran orang2 Sabah terutama orang2 yang datang dari Semenanjung untuk menjamu selera disini.
Harga makanan disini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur, lagi pula Ikan2 disini semuanya fresh2 belaka. Disebelah Petang semasa berjalan-jalan balik ke hotel terjumpa peniaga-peniaga menjual buah-buahan. Saya berhenti membeli buah durian n makan disitu dengan harga RM 20 sebiji.
No comments:
Post a Comment