Friday, December 31, 2010

Pertandingan Nyanyian Perseorangan

environment IDAMAN Sdn Bhd dengan kerjasama D Anjung Cafe Bukit Pinang dalam Program IDAMAN Bersama Masyarakat telah berjaya mengadakan Pertandingan Nyanyian Perseorangan D Anjung Cafe Bukit Pinang,pada 31/12/2010, jam 8.30 malam sempena menyambut tahun baru 2011.

Sambutan serta sokongan orang ramai diluar dugaan yang mana menyaksikan meja serta kurusi yang diatur habis ditempah ada yang terpaksa berdiri, setiap pengunjung di berikan jamuan satay serta minuman botol oleh pihak penganjur. 

Sebahagian dari orang ramai
Sebahagian dari orang ramai

Seramai 40 orang peserta lelaki dan wanita telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini, lagu-lagu adalah bebas, dua orang pengadil yang berpengelaman telah di jemput hadir untuk mengendalinya.

2 Orang Pengadil
Peserta Pertama
Peserta ke dua
Peserta ke Tiga berpasangan

Hadiah pertandingan bagi ketegeri ini Tempat Pertama RM 200, Kedua RM 150, Ketiga RM 100, Ke Empat RM 50 dan KeLima RM 20  manakala 2 hadiah pembakar roti bagi ketegori persembahan terbaik dan 2 hadiah pakaian terbaik bagi lelaki dan wanita.  Sdra. Pissal bin Abu dari environment IDAMAN telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pada malam tersebut. 

Hadian wang tunai
Pemenang Pertama RM 200
Tempat Pertama
Pemenang Ke Dua RM 150
Pakaian lelaki terbaik

Tepat pada jam 12 malam majlis berhenti seketika dengan memberi perhatian kepada pengunjung didalam acara bunga api.

Tembakan Bunga Api Detik 12 Malam

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Penyampaian Kasut Sekolah

Memandangkan kasut sekolah adalah merupakan keperluan bagi setiap kanak-kanak sama ada baru pertama kali yang hendak menjijak kaki ke sekolah atau yang dah bersekolah maka Ibu Bapa terpaksa memperuntukan kewangan setiap akhir tahun untuk membeli kasut beserta pakaian serta lain-lain kelengkapan persekolahan. 

Sdr. Ahmad Husin Setiausaha JKKKP memberi ucapan
Sdr. Pissal Abu Pengerusi JKKKP memberi ucapan

Diatas kesedaran ini maka JKKKP Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 pada tahun ini telah dapat memperuntukan sedikit kewangaan untuk membantu bebanan ahli-ahlinya yang mempunyai anak-anak yang ramai, diharapkan dengan peruntukan ini sekurang-kurangnya dapat meringan serta membantu anak-anak tersebut. 

Ibu-Ibu membawa anak masing-masing

Majlis penyampaian diadakan pada hari ini 28/12/2010 Sdr. Pissal Abu Pengerusi JKKKP merangkap Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada seramai 50 orang kana-kanak dibelakang rumah Setiausaha Cawangan pada jam 5.30 petang.

Penyampaian Kasut Sekolah
Sebahagian dari Kanak-kanak yang menerima sumbangan kasut

Monday, December 27, 2010

Majlis Doa Selamat

Majlis Doa Selamat dan Solat Sunat Hajat oleh environment IDAMAN telah diadakan pagi ini 28/12/2010 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Latihan, environment IDAMAN, Taman Anggerik Alor Setar, Kedah.

Mengaminkan Doa
Mengaminkan Doa
Mengaminkan Doa

Seramai 50 orang staff dalaman turut menghadiri majlis ini yang di Imamkan oleh Ustas Rahman ,  Selain majlis doa selamat dan solat sunat hajat juga diadakan majlis keshukuran anak-anak staff yang mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan baru-baru ini.

Bacaan Yassin
Staff Wanita
Jamuan Makan






Saturday, December 25, 2010

Program Asyura Di Rumah Pangsa

Hari ini 25-12-2010 program environment IDAMAN bersama Masyarakat disekitar Bandaraya Alor Setar. Kali ke dua dalam bulan ini iaitu Program bersama dengan JKKKP Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 untuk Memasak Bubur Asyura.

Sedang menyediakan ramuan asyura
Menyediakan ramuan

Ramai penghuni-penghuni rumah pangsa termasok Jawatankuasa turun memberi kerjasama serta memeriahkan majlis ini.

Sdr.Pissal sedang memasak bubur
Suasana memasak
Suasana memasak asyura
Bubur dimasukan ke dalam kotak
Masuk ke dalam beg untuk diagih ke setiap block

Jawatankuasa juga menyediakan makan tengahari kepada semua orang yang hadir.


Hai mai pinggan satu
Pekerja sedang menjamu selera

Friday, December 24, 2010

Program Asyura Kg.Peremba

Persatuan Penduduk Hujung Kampong Peremba, Tongkang Yard bersama environment IDAMAN Sdn Berhad hari ini 24-12-2010 dalam Program Bersama Masyarakat telah berjaya mengadakan Program Kacau Bubur Asyura.

Kain rentang

Pujian harus diberikan kepada Persatuan ini kerana ramai penduduk kampong tersebut turut bersama-sama menjayakan program ini.

Kaum wanita sedang menyiapkan bahan-bahan

Yang menariknya makan tengahari disediakan menunya gulai tomyam wawww sedapnya apalagi Pak Wan Pengerusi Persatuan tersebut telah menghantar 7 ekor ikan talapia yang dibelanya genap 1 tahun untuk dibuat masakan tiga rasa dan goreng. hhuuhhhhhhh sedapnya.

Wwwaaawwww besarnya ikan
wwuuuuu sedapnya masakan ikan ini
apa tengok lagi hentam aja la

Setelah semuanya sudah siap maka bubur tadi dimasukan kedalam bekas untuk diedarkan kepada Masjid, Orang2 kampong serta kepada pekerja-pekerja yang terlibat.

Gotong Royong memasak bubur
Bubur dimasukan kedalam kotak
Majlis penutup
Tok Iman sedang mempengerusikan majlis
Bergambar beramai-ramai
Program masak bubu asyura

















Wednesday, December 22, 2010

TAHNIAH Pada Hj Omar dan Azih

Konvensyen Tritahunan ke 25 Cuepacs pada 21-22/12/2010 diDewan Tunku Canselor Universiti Melaya, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia telah selesai diadakan.

Majlis Perasmian Konvensven Tritahunan

Konvensyen kali ini cukup hebat rebutan jawatan perkara biasa yang mana menyaksikan Jawatan Tertinggi dari Jawatan Presiden hingga ke Pengerusi-pengerusi Gred dipertandingkan. Masing-masing mengunakan stratigi dengan memperkenalkan calon-calonya dalam pelbagai bentuk.

Namun begitu apa sekali pun berlaku didalam kempen mengempen masing-masing berjanji kononnya dengan muka baru yang diperkenalkan akan membuat kelainan lain dari yang lain dari pemimpin yang lama.  Tambah lagi dengan pengitiharan Perdana Menteri menambah Geran Tahunan Cuepacs dari 1 juta kepada 2 juta peruntukan yang paling besar untuk Kesatuan Sekerja telah menaikan semangat mereka untuk bertanding.

PM sedang berucap diMajlis Perasmian
Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs
Sdr. Aziz Muda, Presiden ANULAE

Jesteru itu para perwakilan seramai 1,426 orang dari pelbagai kesatuan yang bergabung dengan Cuepacs tidak lupa akan jasa pemimpin-pemimpi lama yang memperjuangkan secara lantang dengan tidak ada kepentingan peribadi demi untuk ahli-ahli Cuepacs maka mereka telah membuat keputusan dengan memilih semuala Tuan Haji Omar Osman sebagai Presiden Cuepacs dengan undi terbanyak meninggalkan lawanya dengan mendapat undi yang sedikit iaitu 156 undi manakala Tuan Haji Omar Osman mendapat 815 undi. 

Perwakilan dari ANULAE dan sebahagianya

Jawatan Timbalan Presiden Cuepacs menyaksikan pertandingan 5 penjuru, manakala Sdra. Azih Muda, merangkap Presidan ANULAE Semenanjung Malaysia mempertahankan jawatanya yang disandangnya, namum begitu dengan semangat juang yang ditunjukan beliau tidak mengenal erti penat dan tidak kira masa dan sebagainya serta tidak banyak berkempen ternyata sudah boleh menarik nafas yang panjang kerana para perwakilan telah sekali lagi memilih dan memberi kepercayaan pada beliau untuk meneruskan perjuangan kesatuan dengan mendapat undi 754 yang terbanyak manakala rakanya Sdra. Haji Hussin Mohd Yasin dari Universiti Malaya gagal mempertahankan jawatanya tewas kepada Sdra. Zainol Ismail yang mendapat undi 431.

Sdra. Azih Muda bersama Sdri. Lok Yim Peng

Setiausaha Agung Ahmad Shah juga turut tertewas ditangan Sdri. Lok Yim Peng, Setiausaha  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sekali gus menyaksikan salah seorang Jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung telah tewas dengan mengantikan muka-muka baru.

Seribu Kalong TAHNIAH terutamanya kepada keselurohan perwakilan telah berani membuat perubahan dan keputusan kerana mahu melihat Hala Tuju Cuepacs dimasa hadapan lebih Bertangung jawab, Ikhlas dalam memperjuangkan hak pekerja dengan meninggalkan kepentingan-kepentingan peribadi.

Para Perwakilan Tritahunan


Saturday, December 18, 2010

Lawatan Ke Tanjong Balai

Setelah selesai majlis penerangan dan taklimat kepada pekerja-pekerja SWM dan beberapa ALK bersama keluarga pergi ke Tanjung Balai, Indonesia.

Perjalanan dari Pontian nak ke Kukup mengambil masa lebih kurang 30 minit, kami dapat tiket Feri yang terakhir pada jam 5.00 petang dengan kadar harga RM 100 setiap seorang untuk pergi dan balik. Feri yang boleh diisi seramai 100 orang didapati agak lenggang kerana mungkin mereka dah bertolak dari awal pagi lagi.

Imirgersen Kukup, Johor
Menaiki Feri

Sesampainya dijeti seperti biasa kami berbaris untuk cop pasport dan setelah selesai diluar sana ejen dari Hotel Paragon tempat kami menginap sudah menunggu dengan kenderaan untuk membawa kami semua Hotel.

Feri Menghampiri Jeti
Dari Kukup ke Tanjong Balai
Jabatan Imigrisen Tanjong Balai, Indonesia

Selepas kami checkin tepat jam 8.00 malam waktu malaysia kami semua keluar untuk menikmati makan malam di Restoran Seafood yang terletak tidak jauh dari hotel kami.  

Keesokan harinya disebelah pagi kami ke kedai makanan yang popular disana iaitu Asam Pedas, huuuuh sungguh menyelerakan sedapnya hingga tidak terkata kerana Ikanya yang berbagai jenis dan segar-segar belaka.

Haji Faizi sekeluarga sedang memilih ikan
Hai selera nampaknya

Selepas makan kami semua mulalah bershopping dikedai-kedai yang baru dibuka oleh peniaga-peniaga disitu ianya terletak bersebelahan dengan Hotel kami menginap.

Salah sebuah kedai pakaian
Hai shopping sakan nampaknya
Perjalanan ke Tanjong Balai