environment IDAMAN bersama MBAS dan Rukun Tetangga Taman Pinang Indah telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat pada hari ini 11-12-2010. Penduduk taman sejak jam 7.00 pagi telah berkumpul dan Pengerusinya En. Saiful terlebih dahulu memberi taklimat mengenai program gotong royong pada pagi tersebut kepada kesemua peserta yang hazir.
Pengerusi RT Memberi taklimat
Peserta-peserta mengambil alatan masing-masing
Penduduk taman lebih kurang tidak termasok environment IDAMAN dan Pejabat Kesihatan seramai hampir 30 orang yang hazir. Program hari berjalan dengan lancar seperti yang diprogramkan, MBAS menghantar 5 orang dari bahagian pemotongan pokok, Pejabat Kesihatan menghantar seramai 20 orang bahagian sembur racun untuk mencegah jentik-jentik manakala environment IDAMAN menghantar seramai 6 orang termasok membekalkan peralatan gotong royong.
Alatan yang disediakan oleh environment IDAMAN
Bagi wanita-wanita mereka turut memasak secara gotong royong bagi menyediakan makan dan minum kepada semua peserta untuk jamuan makan tengahari.
Kaum wanita sedang menyediakan makanan
Kerja-kerja gotong royong telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan diwakili pekerja environment IDAMAN dan Pejabat Kesihatan.
Kelihatan penduduk taman sedang mengorek parit
Pekerja envi IDAMAN turut membantu
Membersih dan mengorek parit
Lungok-lunggok diangkat dan dibersihkan
Beberapa-berapa jenis masakan yang disediakan
Dah mari kita makan lapar ni
Gambar Gotong Royong
Program ini telah berjaya dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
No comments:
Post a Comment