Wednesday, December 15, 2010

Makan Malam Di Muar

Ketibaan kami diBandar Muar pada 15-12-2010 jam 6.30 petang disambut oleh tuan rumah En.Ramli Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA, keadaan dalam Bandar begitu sibuk sekali kemudian kami dibawa check in diHotel River View.

Hotel River View

Disebelah malam kami dibawa keluar makan malam disebuah warong  yang terletak dihujung kampong  berhampiran pantai, Kedai ini terletak bersebelahan dengan laut, angin malam bersepoi-sepoi wah cukup berselera apabila menjamah makanan yang dihidangkan. Makanan diMuar paling popular iaitu Kari Asam Pedas ramai pelancong berkunjung dikedai tersebut.

Kedai Makan Asam Pedas
 Sedang menunggu makanan
Hah makanan dah dihidang tunggu apa lagi?
Waw baunya pun dah sedap, hai baca doa dulu
Dijemput semua makan jangan malu-malu

Habis saja kami semua makan rombongan kami dijemput menyanyim hah tunggu apa lagi seperti mengantuk disurongkan bantal la, maka dengan tidak segan silu kami pun menyanyi didahului En. Pissal kemudian diikuti oleh En. Shamshuddin, sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu pada karaoke.

En. Pissal Abu menyanyi lagu Benang Biru & Semut Merah
 En. Shamshuddin menyanyi lagu Kenangan ku dan Pamid

SARAPAN PAGI PADA 16-12-2010

En.Ramli Kalil Bendahari KOSPETA telah menghantar Van Jabatan bersama pemandunya untuk mengambil kami dihotel ke kedai makan, Makanan pagi ini disediakan oleh En.Ramli Kalil tuan rumah moga-moga murah rezekinya.

Bismilah hai sedap nampaknya
Wawwww Siti 3 Pinggan
Selamat Datang, Tuan kedai Ucapkan


No comments:

Post a Comment