Hari ini 25/09/2010 (Sabtu) Pameran Gerak Padu RT 1 Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara Integasi Nasional Negeri Kedah Darul Aman.bermula dari 7.00 pagi - 12.00 malam. Envrironment Idaman mewakili RT Taman Aman, Alor Setar, Kedah. Pameran ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri.
Jamuan makan
Memandangkan pameran bermula jam 7.00 pagi saya baru saja sampai ke rumah dari KL jam 5.30 pagi tak tidur dah terus buat persiapan pukul 7.00 pagi terus ke Pejabat Environment Idaman ambil barang-barang kitar semula ke Taman Derga Jaya dengan tidak sempat sarapan pagi. Sangka kata lain-lain Jabatan dah buat persiapan rupa-rupanya semua khemah masih kosong. Legaaaa rasanya.
Selepas itu persiapan gerai diteruskan siap sepenuhnya jam 8.30 pagi, perasaan rasa tak seronok orang ramai berkunjung ke Gerai environment Idaman tapi sayangya tak dapat menunjuk video kitar semula kepada orang ramai yang mengujung kerana electrik tak ada, hatiiiiiii panas tak terkira. Jam 12.50 Timbalan Menteri nak melawat ke gerai melihat pameran, hai pada ketika ini hati menyumpah kerna nak tunjuk video tak boleh, lebih kurang 1.20 tengahari 5 minit lagi menteri nak datang baru la electrik ada, hah lepas itu apa lagi sibuk la dok edjust komputer, Lepas tu Yang Berhurmat pun sampai masuklah dia kedalam gerai environment Idaman tengok gambar disekeliling, tengok video dan lepas itu yang menariknya hah tengok gambar Yang Berhurmat Menteri naik motor Idaman.
Yang Berhurmat menaiki motor diperhatikan
diperhatikan oleh En. Afzainizam bin Abd. Rahim
Yang Berhurmat menyaksikan tayangan video
Cederamata dari environment Idaman YB diapit
kiri kanan oleh Pengerusi dan Setiausaha RT Taman Utama
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional
menyampaikan cederamata En. Pissal bin Abu, mewakili
environment Idaman Sdn Bhd
Setelah selesai Yang Berhurmat melawat ke gerai-gerai lega la sedikit, pada ketika ini ramai lah pengunjung mengujungi gerai environment Idaman mujurlah Cik Zaleekha dari Pejabat environment Idaman, Perlis datang membantu selain dari Cik Syafina Abd. Ghani juga dari CCD Perlis yang turut bertugas pada hari tersebut.
Bergambar buat kenang-kenangan
En. Pissal bin Abu sedang memberi penerangan