Aduh... Letih bila tengok sms dari Koop bagi tahu ada 3 mesyuarat serentak dalam masa sehari, bayangkan hari ini hari Jumaat. Memandang esok ada program 3R diTaman Derga Jaya maka semalam datang ke KL bawa kereta drive sendiri dah la balik dari pejabat jam 7.30 ptg dlm perjalanan dengan keadaan hujan yang lebat disepanjang jalan almaklum sja la.
Perhentian Pertama di Bukit Merah
Sebaik saja sampai di R&R Bukit Merah jam 10.30 mlm apa lagi ambil bantal tidur la kejap tapi tak lama hanya 30 minit lebih kurang, kemudian mula bergerak ke perhentian ke 2 dimana agaknya ya?
Bila dah sampai Taiping mengantuk hilang Letih pun hilang bila kena sup ayam dengan teh tarik segelas sambil dengar kawan2 yang lain mendendang lagu uwahhhhh faham aja la. Apabila habis makan maka kedengaranlah DJ jemput wakil Alor Setar (mereka dah kenal) menyanyi, lagu dangdut la, habis 3 lagu rehat jap jam 12.30 bertolak ke perhentian ke 3 dimana ya?
Perhentian ke Tiga di Tapah
Sampai diTapah hanya lebih kurang baki 128 km lagi nak sampai ke KL, mata dah mula mengantuk maka ambil la bantal tidur, tersedar lihat jam dah pukul 5,40 pagi uuhhh apa lagi terus pacu kereta tekan minyak 150 km sejam untuk nak sampai ke KL sebelum jam 7.00 pagi. Apabila sampai ke perhentian ke 4 berhenti lagi dimana ya?
Perhentian ke Empat disusur keluar R&R Sungai Buloh
Sebaik saja smpai di R&R Sungai Buloh mandi dan sembahyang terus siapkan diri menuju ka Pejabat Koperasi keadaan jalan faham aja la waktu ini semuanya dah keluar menuju ke tempat kerja masing-masing, oleh kerana keadaan jalan sesak maka sampailah diPejabat Koperasi yang terletak disebelahan Pasar Borong Selayang pada jam 8.30 pagi. Seperti biasa sarapan pagi disediakan oleh kakitangan koperasi diTingkat 3 dengan pelbagai jenih kueh selepas makan terus mesyuarat sehingga ke petang.
No comments:
Post a Comment