Monday, September 27, 2010

Program Kitar Semula Wisma Darull Aman

Persetujuan sudah dicapai antara Kerajaan Negeri, PPSPPA dan environment Idaman mengenai Program Kita Semula yang mana environment dilantik sebagai kontraktor bagi program ini yang diadakan setiap minggu hari Ahad mulai 25-07-2010.

Hari pertama memulakan program ini ia la program baru kurang mendapat sambutan kerna ada yang mengatakan tak tahu KPKT tak beritahu katanya, Pegawai-pegawai yang terlibat pada pagi itu selain daripada EnPissal mewakili environment Idaman ada bersama wakil dari PPSPPA En. Mohd. Fahmi dan En. Fauzi dari KPKT .

Barang-barang yang dibawa untuk dikitar semula pada hari pertama adalah kertas dan botol plastik. Jabatan-jabatan yang terlbat terdiri dari Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MKKN), Pejabat Kerajaan Tempatan Negeri kedah (KPKT) dab Pejabat Audit dan Pejabat Khidmat Urusan.

Jumlah berat kertas hari pertama sebanyak 349 kilo manakala botol plastik 9.200 kilo dengan nilai harga sebanyak RM 129.51.

Gambar-gambar aktiviti kitar semula


                               Kotak dan Kertas sedang ditimbang

                            Pekerja Idaman menyusun untuk dinaik keatas Lori  
                           En Fauzi dari KPKT sedang memberi penerangan

                    Barang-barang kitar semula dibawa naik ke Lori 3R
                              Lori 3R dari Idaman sedang diimbang

                           Setelah ditimbang kertas, kotak dibuang kebawah
                          Pembayaran dibuat oleh Syarikat secara tunai

                      En.Pissal sedang membayar wang jualan kepada En.Fauzi

No comments:

Post a Comment