Friday, January 28, 2011

Kempen Ke Anggotaan

Koperasi KOSPETA Malaysia telah memulakan program kempen kesedaran berkoperasi dan terus menjadi ahli Koperasi diseluroh Negara.  Langkah pertama peringkat berkempen diadakan dilembah kelang dan seterusnya dilain-lain tempat.  

Tempat pertama diadakan program kempen menjadi ahli iaitu diMajlis Perbandaran Kajang selama 3 hari pada 27-29/01/2011.

Bangunan Majlis Perbandaran Kajang
Sdr. Pissal Abu berada di Kaunter
Sdr. Pissal Abu berada dikaunter barangan
Pengurus KVK

KVK juga telah diberi kebenaran untuk turut bersama-sama menyertai program ini dan diminta berada seetiap kali diadakan program dengan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diSemenanjung Malaysia. Sdr. Pissal Abu dilantik sebagai Penyelaras didalam program ini.

Taklimat ANULAE/KOSPETA

Terima Kasih kepada YBhg. Dato' Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban diatas undanganya menjemput Sdr. Azih bin Muda Presiden ANULAE merangkap Timbalan Presiden Cuepacs serta Pengerusi Koperasi KOSPETA  memberi taklimat khas mengenai Kesatuan Sekerja dan Koperasi didalam satu majlis perhimpunan bulanan Majlis Perbandaran Seremban pada 28-01-2011 jam 8.00 pagi  diDewan Majlis Perbandaran Seremban.

Bangunan Majlis Perbandaran Seremban
Dewan Majlis Perbandaran Seremban
Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Seremban
Sdr. Pissal Abu mewakili Koperasi KOSPETA

Perhimpunan pada pagi itu dihaziri oleh semua kakitangan termasok Tuan Setiausaha, Majlis Perbandaran Seremban.  Taklimat yang disampaikan oleh Sdr. Azih bin Muda meliputi pelbagai aspek Perjawatan, Pentadbiran termasok faedah-faedah bersekesatuan sekerja dan menjadi Ahli Koperasi KOSPETA telah mendapat perhatian dari Tuan Setiausaha Majlis.

Taklimat dari Sdr Azih bin Muda
Taklimat Sdr Azih bin Muda

TAHNIAH diucapkan kepada ANULAE Cawangan yang dapat mengaturkan program ini. Akhir sekali selepas diadakan taklimat Tuan Setiausaha Majlis bersetuju semua kakitangan diMajlis menjadi ahli kesatuan secara automatik.

Koperasi KOSPETA dan ANULAE Cawangan telah membuka kaunter jualan barang-barang electrik, Handfhone dan sebagainya oleh Syarikat Multimedia (KVK) salah satu vendor yang dilantik oleh Koperasi.

Sdr. Kalai dari KVK
Pekerja-Pekerja sedang mengambil borang



Thursday, January 27, 2011

Kempen Keselamatan 2011

Majlis Bandaraya Alor Setar mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya, Forum dan Pameran Bandar Selamat Sempena Ulangtahun Bandaraya Alor Setar Kali Ke 7 oleh YBhg Datuk Khazali bin Din, Dato' Bandaraya Alor Setar pada 27-01-2011 bertempat diStarwalk, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.

YBhg. Datuk Bandar
Datuk Bandar Berucap
Orang Ramai Yang Menghaziri Program Ini

Banyak agensi kerajaan dijemput hazir menyertai Pameran Bandar Selamat diantara agensi yang menyertai ialah JPJ, Bomba, Polis, Kesihatan, Penjara, Imigersen, Pertahanan Awam, Keselamatan Jalan Raya, MBAS dan environment IDAMAN Sdn Berhad.

Jabatan Bomba
Jabatan Imigresen
Jabatan Penjara
Jabatan Pengakutan Jalan
Jabatan Pertahanan Awam
enveronment IDAMAN Sdn Bhd

Selepas majlis perasmian Jabatan Imigresen telah mengadakan satu demo menunjukan cara-cara menghadapi pelarian (PATI) semasa diadakan demostrasi dimerata-rata tempat khususnya dikem-kem penahanan, selain dari itu Jabatan Bomba juga mengadakan demo cara-cara memadam api.

Demostrasi dari Jabatan Imigresen
Memadam Kebakaran




Gotong Royong Kuala Kedah

MKK Parlimen Kuala Kedah telah mengadakan gotong royong sempena perasmian pusat komuniti Taman Sri Putra, Kuala Kedah pada 25,01.2011 hari selasa jam 8.00 pagi bertempat diPadang Awam, Kuala Kedah.

Turut hazir bersama dalam program ini YB.Ir Phakrulrozi Exco Kerajaan Tempatan, Ahli-Ahli Majlis Bandaaraya Alor Setar  selain dari environment IDAMAN Sdn Bhd.

Ucapan Pengerusi Majlis (Ahli MBAS)
Pekerja-Pekerja environment IDAMAN
Kerja-kerja gotong royong dijalankan
Kerja-kerja mengangkut sampah
Kerja-kerja membersih longkang

Program yang diadakan pada hari bekerja mendapat kerjasama dari penduduk-penduduk diTaman tersebut, kehazirin agak memeuaskan. 

Monday, January 24, 2011

Hari Terakhir di Sarawak

Setelah 3 hari kami disana banyak aktiviti sehingga meletihkan tapi seronok pertama dapat melihat dengan lebih dekat tempat orang serta dapat menikmati makanan yang enak-enak. Diwajah setiap peserta semuanya nampak gembira.

Selepas makan dan minuman pagi rombongan kami dibawa melawat disekitar Bandaraya Kucing dan kePusat membeli belah di India street yang terletak tidak jauh dengan waterfront. Disiar kaki tebing sungai sarawak yang diteduhi oleh dahah-dahan ranting pokok melindungi cahaya matahari membuat keadaan cuaca menyejukan menjadikannya pandangan yang cukup menarik serta dapat menambat hati pelancong.

Minum pagi dihotel
Berbual-bual sambil minum pagi
Bergambar bersama patong kucing

Malah yang lebih menarik lagi diseberang sungai sana terseragam indah Bangunan Dewan Undangan Negeri serta rumah kediaman rasmi Tuan Yang DiPertua Negeri Sarawak maka tidak hairanlah Sarawak terpilih dihati pelancong diluar Negara.

Bangunan Dewan Undangan Negeri
ASTANA Kediaman Tuan Yang diPertua Negeri
Kapal yang membawa pelancong
Suasana disiang hari Bandaraya Kucing

Tepat jam 12.00 kami dibawa ke Grand Malay Restauran untuk makan tengahari dan selesai sahaja makan tengahari kami dibawa ke masjid untuk bersembahyang zohor.

Restoran
Beratur mengambil makanan
Amboi sedapnya
Hai berselera nampak
Hai kepala meja nampak
Salah Satu Masjid

Selepas kami bersembahyang kami dibawa melawat Muzium selepas itu kami terus dibawa ke airport untuk penerbangan balik bersama airasia ke Kuala Lumpur. Penerbangan kami delay selama 30 minit apa pun kami semuanya selamat sampai ke Kuala Lumpur.

Checkin beg dan tiket
Waw segaknya
Amboi gayanya depa
Geng kecik belaka
Dah sampai Kuala Lumpur
Perjalan balik ke KL











Sunday, January 23, 2011

Makan Malam

Setelah kami kembali ke hotel jam 8.00 malam kami semua menaiki Bas menuju ke restoran Saddad yang terletak dihujung tebing sungai.

Restoran Saddad
Haa tunggu apa lagi hidangan dah sedia
Mastura dah tak sabar 
Hai temenong apa lagi
En. Khairul sedang agihkan tomyam

Makanan yang dipesan untuk kami semua adalah tomyam, ikan 3 rasa, udang goreng, ayam goreng dan sayur serta buah-buahan. Makananya boleh tahan sedap.

Sedang menikmati hidangan

Pasar Malam Sarawak

Masing-masing wang masih banyak lagi maka kami dibawa pula ke Pasar Malam Sarawak yang terletak di Suntok sampainya kami disana pemandu pelancong membawa kami membeli Ikan Terebok Masam dan Basah yang masih segar.

DiPasar Malam
Masing menulis nama sebagai pesanan
Tu dia tengok apa tu

Jualan pada hari itu boleh dikatakan murah ada 3 ekor RM 10 2 ekor RM 10 dan 1 ekor RM 10 maka masing-masing membuat tempahan dengan menulis nama serta berapa banyak yang dikehendaki tulis nama sebagai tempahan keesokanya ikan-ikan tersebut dihantar pada kami diAirport.