Monday, January 24, 2011

Hari Terakhir di Sarawak

Setelah 3 hari kami disana banyak aktiviti sehingga meletihkan tapi seronok pertama dapat melihat dengan lebih dekat tempat orang serta dapat menikmati makanan yang enak-enak. Diwajah setiap peserta semuanya nampak gembira.

Selepas makan dan minuman pagi rombongan kami dibawa melawat disekitar Bandaraya Kucing dan kePusat membeli belah di India street yang terletak tidak jauh dengan waterfront. Disiar kaki tebing sungai sarawak yang diteduhi oleh dahah-dahan ranting pokok melindungi cahaya matahari membuat keadaan cuaca menyejukan menjadikannya pandangan yang cukup menarik serta dapat menambat hati pelancong.

Minum pagi dihotel
Berbual-bual sambil minum pagi
Bergambar bersama patong kucing

Malah yang lebih menarik lagi diseberang sungai sana terseragam indah Bangunan Dewan Undangan Negeri serta rumah kediaman rasmi Tuan Yang DiPertua Negeri Sarawak maka tidak hairanlah Sarawak terpilih dihati pelancong diluar Negara.

Bangunan Dewan Undangan Negeri
ASTANA Kediaman Tuan Yang diPertua Negeri
Kapal yang membawa pelancong
Suasana disiang hari Bandaraya Kucing

Tepat jam 12.00 kami dibawa ke Grand Malay Restauran untuk makan tengahari dan selesai sahaja makan tengahari kami dibawa ke masjid untuk bersembahyang zohor.

Restoran
Beratur mengambil makanan
Amboi sedapnya
Hai berselera nampak
Hai kepala meja nampak
Salah Satu Masjid

Selepas kami bersembahyang kami dibawa melawat Muzium selepas itu kami terus dibawa ke airport untuk penerbangan balik bersama airasia ke Kuala Lumpur. Penerbangan kami delay selama 30 minit apa pun kami semuanya selamat sampai ke Kuala Lumpur.

Checkin beg dan tiket
Waw segaknya
Amboi gayanya depa
Geng kecik belaka
Dah sampai Kuala Lumpur
Perjalan balik ke KL











2 comments: