Tuesday, January 11, 2011

Perbincangan Dengan Jabatan Pengerusan Sisa Pepejal Negara

Jabatan Pengerusan Sisa Pepejal Negara telah mengadakan satu siri Perbincangan Mengenai Usaha Kutipan Kotak Minuman Terpakai Dengan Kerjasama Tetra Pak (M) Sdn Bhd pada 11/01/2011 jam 9.30 pagi diDewan DRB, Aras 1, Block K, Pusat Damansara, Kuala Lumpur.

Pintu Masuk Pejabat KPKT

environment IDAMAN Sdn Bhd adalah salah satu egensi dijemput selain dari Alam Flora, Southerm Waste, Pengerusan Hotel dan lain-lain agensi. Perjumpaan hari itu diPengerusikan oleh YBhg. Dato' Nadzri bin Yahya Ketua Pengarah Jabatan Pengerusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan membincang mengenai tawaran harga kepada semua agensi mengenai recyle kotak minuman pelbagai jenis jenama untuk dikitar semula.

Ketua Pengarah sedang berucap merasmikan majlis
Sdra.Afzainizam wakil envi IDAMAN
Sebahagian peserta yang hadir

Sesudah diadakan perbincangan maka didalam sessi soal jawab yang dimulakan oleh wakil envi IDAMAN Sdr Pissal Abu telah membuka ruang serta menjadikan topik perbincangan semakin menarik ramai yang hadir memberi pendapat dan pandangan.

Salah seorang peserta yang bertanyakan soalan

Semasa jamuan makan 2 wakil Envi IDAMAN dijemput duduk semeja dengan YBhg Dato' Ketua Pengarah serta bersama-sama dengan lain ketua-ketua jabatan. Program tamat pada jam 1.20 tengahari.

Sdra Pissal bersama dengan YBhg Dato' Ketua Pengarah
Kelihatan Sdr. Afzanizam dalam jamuan tengahari





No comments:

Post a Comment