Thursday, February 24, 2011

Majlis Taklimat Kitar Semula

Pengerusan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Sik telah mengadakan Taklimat mengenai Kitar Semula pada 24-02-2011 jam 10.00 pagi bertempat di Sik Inn, Pekan Sik, Kedah. 

Sik Inn

Tuan Setiausaha Majlis Daerah Sik diantara tetamu-tetamu serta Jabatan-Jabatan Kerajaan diDaerah Sik serta wakil dari Jabatan masing-masing yang turut hazir.


Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Setiausaha Majlis diikuti En. Pissal Abu environment IDAMAN dan Puan Fadzillah Hassan Pengarah PPSPPA menyampaikan taklimat mengenai kitar semula.

Tuan Setiausaha M.D Sik
Ucapan En. Pissal Abu

Pn. Fadzillah Hassan, Pengarah PPSPPA
Wakil Environment IDAMAN Sdn Bhd
Gambar semua peserta

Perjumpaan pada hari itu keputusan tidak rasmi bersetuju diadakan program kitar semula yang akan melibatkan Jabatan-Jabatan Kerajaan bermula pada hujung Bulan March sebulan sekali.  Majlis Daerah Sik dipilih sebagai tempat pengumpulan barang-barang kitar semula dan environment IDAMAN akan mengengdalikan sepenuhnya program ini.

Akhir sekali semua peserta yang hazir diberi jamuan makan yang disediakan oleh Majlis Daerah Sik, Kedah.




Majlis Perpisahan Exsekutif

Corporate Communication Department environment IDAMAN Sdn Bhd Alor Setar, Sg. Petani, Kulim dan Perlis telah mengadakan satu Majlis Perpisahan bagi meraikan En Ahmad Fayad Exsekutif CCD yang akan berhijrah menjawat jawatan baru di Wisma Darull Aman pada penghujung bulan ini.

Acara Meniup Lilin

Majlis tersebut diadakan pada 23-02-2011 jam 6.00 petang bertempat kedai Mutiara bersebelahan dengan Pejabat environment IDAMAN Alor Setar. Semua CCD hazir pada petang itu bagi memberi penghormatan yang terakhir kepada En. Fayad. 


Berkaraoke
Cik Azlinda Menyediakan Makanan
Selamat Tinggal

Akhir sekali kami semua mengucapkan Selamat Maju Jaya semoga beroleh Kejayaan yang Cermerlang ditempat tugas yang baru.

Wednesday, February 23, 2011

Kunjung Hurmat Ke PPSPPA

Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah terletak ditingkat 10 untuk Pegawai Penguatkuasaan dan tingkat 12 Pentadbiran di-Menara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan mempunyai kekuatan seramai 51 orang tenaga kerja.


Hari ini 23-02-2011 En. Afzainizam Ab. Rahim Head Corporate Communication Department bersama dengan En. Pissal Abu Officer telah mengadakan kunjung hurmat di Pejabat PPSPPA berjumpa dengan Puan Fadzillah Pengarah Negeri Perbadanan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam. Perjumpaan hari ini membincang mengenai Program Kitar Semula diJabatan-Jabatan Kerajaan lain selain dari Wisma Darull Aman.

Puan Fadlillah
Sedang Berbincang

Selesai perbincangan diadakan kami dibawa melawat dibilik sebelah menyaksikan sebahagin dari pekerja-pekerjanya yang kreatif membuat sendiri pelbagai jenis raga dengan mengunakan barang-barang kitar semula untuk diberikan sebagai cederamata dimana-mana majlis diadakan.

Melihat Barang-Barang Kitar Semula
Barang yang sudah disiap
Barang yang sudah disiap
Kitar Semula

Communication Skills

En. Ahmad Fayad Exsekutif Corporate Communication Department menjalankan tugasnya yang terakhir pada hari ini 23-02-2011 sebelum beliau bercuti terus dan berhijrah diWisma Darull Aman dan akan memulakan tugas barunya pada 01-03-2011.  


Setiap Jabatan telah menghantar wakil masing-masing sebagai peserta program ini, Sambutan cukup mengalakan dan mendapat sepenuh perhatian.






Selepas diadakan ceramah diteruskan program beramah mesra sesama Environment.Idaman penilaian yang diberikan oleh peserta amat tinggi sekali. Majlis berakhir dengan sessi bergambar beramai-ramai.


Bergambar beramai-ramai
Ceramah Communication Skill




Tuesday, February 22, 2011

Jamuan Untuk Exsekutif

Puan Maheran Othman Head Finance & Accounts environment IDAMAN Sdn Bhd Alor Setar hari ini 22-02-2011 telah mengadakan jamuan khas untuk En Ahmad Fayad Exsekutif Corporate Communication Department yang akan meninggalkan environment IDAMAN berhijrah ke Wisma Darul Aman hujung bulan Februari 2011, bertempat di KomaLaut, Kompleks Makanan Laut, Negeri Perlis diKuala Perlis. 

Kedai Makanan Laut

Hazir sama  dimajlis jamuan ini En. Afzainizam Ab.Rahim Head Corporate Communication serta En.Pissal Abu Officer dan Cik Azlinda Ariffin.

Hidangan yang ditempah
Masak Merah Ketam
Ditengah Pn Maheran En.Fayad Baju Belang
En. Afzainizam bersiri dibelakang Linda
Jamuan Makan waaauuu sedapnya








Lawatan Pelajar-Pelajar UUM

Pelajar Jurusan Pengerusan & Pembangunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) seramai 5 orang datang melawat Pejabat environment IDAMAN serta berbincang mengenai Program bersama dengan UUM dengan Syarikat didalam Program Kitar Semula.pada 21/02/2011.

En. Afzainizam sedang memberi taklimat

En. Afzainizam Ab. Rahim Head Corporate Communication Department telah memberi taklimat kepada pelajar-pelajar tersebut turut hazir bersama En Ahmad Fayad Pegawai Exsekutif, En. Pissal Abu Officer serta Cik Azlinda Ariffin Assistant.

Pelajar-Pelajar melihat Model Bandar Idaman
En. Ahmad Fayad menunjukan Model Bedger
En. Pissal Abu turut Memberi Taklimat

Saturday, February 19, 2011

Dari LCCT ke Alor Setar

Dari KL Central menaiki Skybus Airasia hanya RM 6.99 melalui booking jika biasa RM 9.00 ke LCCT perjalanan selama 1 jam untuk nak sampai ke sana, sebaik sahaja sampai diterminal tambang murah seperti biasa LCCT memang sibuk ramai orang menaiki pesawat menuju ke destinasi masing-masing.

Dari Pintu Luar

Sebaik sahaja sampai saya terus masuk kedalam dan terus ke mesin tempahan tiket dengan menekan nombor booking sebanyak 6 angka kemudian keluarlah tiket cukup mudah tidak perlu pergi beratur ke kaunter untuk dapatkan tiket.

Kaunter Hadapan
Kaunter Tiket

Masa bertolak masih awal maka saya mengambil peluang bersiar-siar didalam terminal LCCT aduh ramainya orang banyak kedai makan dipenuhi orang ramai. Saya sempat menyamu selera disalah satu restoran terbuka dengan memakan berger dan teh o berapa harganya ala cuma RM 15.60 saja.

Menjamu Selera
Salah Sebuah Restoran 
Kedai Chokolat

Pintu 6 untuk penerbangan ke Alor Setar dah dibuka para-para petugas mengumumkan bahawa penerbangan ke Alor Setar semua tetamu diminta menunju ke pintu 6 untuk keluar menaiki pesawat yang sedia menunggu. Penerbangan dari ke LCCT KL ke Alor Setar memakan masa selama 45 minit.

Pesawat sedang mengisi barang
Menunggu Pesawat
LCCT ke Alor Setar



Friday, February 18, 2011

Mesyuarat Khas Lembaga

Mesyuarat Khas Lembaga telah diadakan pada hari ini 19-02-2011 dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.





Mesyuarat hari ini membincang tarikh tarikh Mesyuarat Agung Kawasan dan Kebangsaan, kali ini mesyuarat Agung Kebangsaan telah ditetapkan di Melaka pada 24-25/06/2011 manakala Kawasan-kawasan bermula pada awal Bulan April 2011. 


Ceramah Maulidur Rasul

Rukun Tetanga Taman Pinang Indah Bukit Pinang dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd Alor Setar telah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul pada 18-02-2011 jam 8.30 malam diPadang Permainan Kanak-kanak, Taman Pinang Indah, Bukit Pinang, Alor Setar.

Persiapan Tempat
Kain Sepandok

Penceramah yang dijemput pada malam tersebut YBhg. Ustaz Haji Johari bin Murad (B.A UKM) Pengerusi Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Alor Setar. 

YBhg. Ustaz Haji Johari Murad

Penduduk serta Penduduk berdekatan dengan taman disitu turut menghaziri ceramah pada malam tersebut. Pihak urusetia menyediakan jamuan makan malam kepada semua yang hazir.

Ucapan Pengerusi RT
Ceramah Maulidur Rasul

 Sebahagian dari Tetamu Lalaki
Sebahagian dari Tetamu Perempuan

Majlis Perayaan Tahun Baru Cina

Majlis Bandaraya Alor Setar buat pertama kalinya menganjurkan Perayaan Tahun Baru Cina bagi masyarakat cina yang diadakan pada 17-02-2011 jam 7.00 malam diDewan Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah;

Majlis bermula jam 7.30 malam ramai tetamu yang hazir termasok 2 orang Ahli Parlimen YB Mahfus Omar; YB. Ahmad Kassim termasok Tuan Rumah YBhg, Dato' Ghazali bin Din, Datuk Bandar serta Setiausaha, MBAS, Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar dan juga Ketua Pegawai Excekutif inveronment IDAMAN Sdn Bhd En. Mhd. Saiful Zainul Anuar.

YBhg. Datuk Bandar,
En. Mhd. Saiful Zainal Anuar
Barisan Ahli-Ahli Majlis
Jawatankuasa Penganjur
Sdr. Pissal Abu dari environment IDAMAN
Orang ramai turut hazir

Majlis jamuan makan dimulakan dengan ucapan YBhg, Dato' Ghazali bin Din, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar di ikuti persembahan nyanyian dan tarian kipas beramai-ramai dari kumpulan remaja.

Ucapan Datuk Bandar