Sunday, February 13, 2011

Program Kitar Semula 2011

environment IDAMAN Sdn Berhad sebagai penyelaras bagi program ini sejak bermulanya pada 25-07-2010 sehingga sekarang yang dipersetujui oleh Kerajaan Tempatan dan PPSPPPA telah dapat menyedarkan sebahagian dari kakitangan sektor awam tentang bertapa pentingnya kitar semula.

Setelah berakhir December 2010 Program Kitar semula di Wisma Darull Aman disambung semula dan berfungsi seperti biasa setiap hari Ahad jika hari Ahad diistiharkan cuti maka ianya dipindah kepada hari esoknya iaitu hari Isnin yang bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari bertempat dihadapan GYM Wisma Darull Aman, Alor Setar, Kedah.

Program ini mendapat sambutan yang mengalakan sehingga setiap minggu setiap Jabatan yang ada diWisma tidak melepaskan peluang menghantar barang-barang mereka untuk dikitar semula. Setiap pembayaran akan dibuat pada hari esoknya iaitu setiap hari Isnin atau hari Selasa dengan disaksikan oleh wakil dari PPSPPA.

En.Afzainizam Head CCD Department turut serta

Barang  kitar  semula  yang dapat dikumpulkan  pada hari  ini sebanyak 1,153.5   kilo kertas, kotak dan surat khabar dengan nilai RM 417.00 kesemua barng-barang ini dihantar ke kedai kitar semula di Tandop.

Barang-barang dikumpul

Hari ini 13-02-2011 (Ahad) pihak PPSPPA telah menghantar 3 orang pegawai barunya bagi membantu dan hazir bersama dan memmtau setiap kali diadakan program ini iaitu Cik Marlisa a/p Sinian, Cik Wan Nurliza bte Wan Mohd Yatim dan  En. Mohd. Hasyir bin Harun bagi mengantikan En. Mohd. Fahmi bin Zainon dan En. Taufiq bin Sadat Sadasivam serta lain-lain lagi.

En. Pissal sedang mencatit barang yang ditimbang
Cik Marliza sedang memerhatikan 
Barang-barang dibawa ke dalam lori
Video Kitar Semula 13-02-2011 



2 comments:

  1. Kak Taman Utama dah lama terhenti Tok Abah oiiiii

    ReplyDelete
  2. Salam,Terima kasih untuk maklumat tuan kitar semula di Taman Utama berjalan setiap minggu penduduk hantar terus ke rumah saya cumanya tidak mengedar risalah. Oleh kerana sukar untuk mendapat lori pada hari sabtu jika diadakan didewan barang-barang tersebut terpaksa dibawa balik simpah dirumah saya, jadi kerja 2 kali. Insyaalah jika nanti ada kemudahan mendapat lori saya akan pastikan program kitar semula dibuat didewan.

    ReplyDelete