Dari KL Central menaiki Skybus Airasia hanya RM 6.99 melalui booking jika biasa RM 9.00 ke LCCT perjalanan selama 1 jam untuk nak sampai ke sana, sebaik sahaja sampai diterminal tambang murah seperti biasa LCCT memang sibuk ramai orang menaiki pesawat menuju ke destinasi masing-masing.
Dari Pintu Luar
Sebaik sahaja sampai saya terus masuk kedalam dan terus ke mesin tempahan tiket dengan menekan nombor booking sebanyak 6 angka kemudian keluarlah tiket cukup mudah tidak perlu pergi beratur ke kaunter untuk dapatkan tiket.
Kaunter Hadapan
Kaunter Tiket
Masa bertolak masih awal maka saya mengambil peluang bersiar-siar didalam terminal LCCT aduh ramainya orang banyak kedai makan dipenuhi orang ramai. Saya sempat menyamu selera disalah satu restoran terbuka dengan memakan berger dan teh o berapa harganya ala cuma RM 15.60 saja.
Menjamu Selera
Salah Sebuah Restoran
Kedai Chokolat
Pintu 6 untuk penerbangan ke Alor Setar dah dibuka para-para petugas mengumumkan bahawa penerbangan ke Alor Setar semua tetamu diminta menunju ke pintu 6 untuk keluar menaiki pesawat yang sedia menunggu. Penerbangan dari ke LCCT KL ke Alor Setar memakan masa selama 45 minit.
Pesawat sedang mengisi barang
Menunggu Pesawat
LCCT ke Alor Setar
No comments:
Post a Comment