Thursday, September 29, 2011

Program 3R dengan Warga Kemas

Kemas khususnya Guru-Guru Tadika juga tidak ketinggalan menganjurkan program kitar semula pada 29- September 2011 hari Khamis jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Orang Ramai, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.


Program environment IDAMAN Sdn Bhd bersama masyarakat diadakan 3 dalam 1 iaitu Taklimat kitar semula, Meraikan Pembantu serta Jamuan Raya khas untuk Guru-Guru dan Pembantu Tadika Dun Kubang Rotan mendapat sambutan yang mengalakan. 


Turut hadir didalam program ini selain dari Guru-guru dan Pembantu Tadika En. Mizan Penyelia Kemas bersama dengan En Shukeri dan En. Sobri Pengerusi Tadika Dun Kubang Rotan juga Ngo dikawasan tersebut.




Majlis dimulakan dengan taklimat kitar semula yang disampaikan oleh En. Pissal Abu, Pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd dan diikuti dengan ucapan En. Mizan Penyelia Kemas Dun Kubang Rotan. Selesai sahaja ucapan diteruskan dengan majlis sambutan hari raya.



Staff IDAMAN bergambar sesudah makan

Wednesday, September 28, 2011

Program 3R Sek.Kbg. Sri Pantai


Kali pertama program 3R yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai pada 28 September 2011 hari Rabu jam 9.00 pagi di Kawasan Lapang, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.


Penglibatan dari pelajar-pelajar cukup membanggakan dengan jumlah penyertaan seramai 143 orang ianya menunjukan pelajar-pelajar sedar bertapa pentingnya program 3R diadakan.  Walau pun kuantiti barangan setiap peserta tidak banyak namum semangat yang ditunjukan boleh membantu menceriakan alam sekitar.



Seperti biasa kaunter dibuka selain tenaga kerja dari environment IDAMAN Sdn Bhd turut membantu bersama Pegawai dan kakitangan PPSPPA Alor Setar. Jumlah pendapatan keselurohan setelah selesai dibuat penimbangan sebanyak RM 178.90.





   

Tuesday, September 27, 2011

Kontijen Kawad Makan Tomyam

Tahun 2011 environment IDAMAN Sdn Bhd buat pertama kali menyertai Perarakan Hari Kebangsaan kali ke 54 yang diadakan pada 16 September 2011 hari Jumaat jam 9.00 pagi bertempat diDataran Tunku dihadapan Komplek Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.

Sebagai balasan kepada kontijen kawad semua peserta dibawa ke Danok, Thailand dengan pelepasan awal selama 2 jam dari jam 3.00 ptg hingg 5.00 petang. Semasa disana peserta kontijen di jamu makan nasi dengan menunya daging bakar, tomyam, sup ekor, sayur, kerabu kaki ayam dan telor dadar.



sekali kerana semua yang hadir dapat menjamu selera. Selepas makan acara bebas dan masing-masing beredar ada yang pergi shoping ada yang karaoke dan sebagainya.




Kami semua peserta kontijen mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tuan Ceo kerana memberi pelepasan selama 2 jam lebih awal kepada kontijen kami untuk masuk ke Danok.

Program 3R di Sek Kbg

Buat kali ke 2 hari ini program 3R di Sekolah Kebangsaan Sanglang telah diadakan pada pagi tadi 27 September 2011, hari Selasa jam 9.00 pagi bertempat di Tapak Perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Sanglang, Sanglang, Kedah.


Seperti biasa environment IDAMAN Sdn Bhd bersama PPSPPA menjalankan kerja-kerja kutipan 3R yang telah siap persediannya dari sejak pagi oleh murid-murid disekolah tersebut.


Setelah kaunter dibuka murid-murid membawa barang-barang tersebut untuk ditimbangkan, setelah semuanya sudah siap ditimbang berat kertas 264 kg, botol plastik 16.5, tin biasa 8.5 kg, alumaniam 1 kg dan petrapad 5 kg, jumlah keselurohanya RM 110.95..

Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Jabatan Koporat dan Komunikasi bersama dengan HRAD mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini 26 September 2011 hari Isnin jam 2.00 petang di Bilik Latihan environment IDAMAN Sdn Bhd sebaik sahaja selesai mesyuarat jabatan.


Hadir sama dimajlis ini selain dari Ceo juga termasok Pengurus, Ketua-ketua Jabatan serta Kakitangan-kakitangan yang berada di Pejabat tersebut.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti dengan ucapan Tuan Ceo.



Jenis-jenis jamuan yang disediakan termasok Nasi Tomato, Satay, Roti Jala, Kueh, Kacang dan pelbagai jenis minuman botol. Majlis juga mengumumkan pakaian lelaki dan wanita yang tercantik secara spontan.


Gambar Jamuan
Video Jamuan Hari Raya

Sunday, September 25, 2011

Program 3R Di Wisma

Kutipan 3R di Wisma Darul Aman minggu ke 3 telah diadakan pada hari ini 25 september 2011 hari Ahad jam 9.00 pagi bertempat dihadapan GYM Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.



Setelah kaunter dibuka seperti biasa bahagian cleaner mendahului lain-lain jabatan membawa turun barang-barang 3R untuk dikitar.


Kutipan minggu ini tidak banyak, setelah ditimbang berat kertas 826.5 kg, botol plastik 20 kg manakala tin alumaniam 1 kg sahaja, Jumlah keselurohan hanya RM 306.88 sahaja.



Selesai semunya barang-barang tersebut dibawa ke kedai kitar semula yang terletak di Tandop tidak jauh dengan Alor Setar Mall untuk di kitar.

Saturday, September 24, 2011

3R & Pertandigan Lagu Raya

Environment IDAMAN Sdn Bhd bersama tuan punyai NC Cafe mengadakan program bersama dengan masyarakat dalam 3R dan Pertandingan Lagu-lagu Raya untuk penduduk tempata disekitar tempat tersebut pada 23 september 2011, hari Jumaat jam 9.00 malam bertempat di NC Cafe, Kubang Tiga, Padang Besar, Perlis.  



Program ini diadakan untuk memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai environment IDAMAN Sdn Bhd khusus dalam 3R.bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Majlis dimulakan dengan ceramah oleh En. Pissal Abu, Pegawai Jabatan Koporat dan Komunikasi, environment IDAMAN Sdn Bhd.



Sambutan amat mengalakan selepas diadakan ceramah majlis diteruskan dengan mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Raya dengan menyaksikan peserta persaorangan seramai 23 orang manakala bergu hanya 2 pasangan sahaja.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan hanya barang-barang electirk seperti dapur masak, periok nasi, pembakar roti, seterika dan set gelas serta 100 hadiah cabutan nombor bertuah disediakan.




Hadiah pemenang pertama hingga ke lima disampaikan oleh En. Pissal Abu manakala lain-lain hadiah disampaikan bersama dengan pengadil-pengadil serta orang ramai disitu.


Gambar Keselurohan
Majlis yang bermula pada jam 10.00 malam berakhir pada jam 3.00 pagi boleh dikatakan semua yang hadir mendapat hadiah cabutan.

Friday, September 23, 2011

Puduraya Tercangih

Selepas saya selesai berurusan menandatangani dukomen berkaitan dengan pembelian kereta baru di Bandar Subang Jaya jenis INSPIRA pada 23 September 2011 hari Jumaat jam 11.30 pagi saya terus ke Puduraya untuk mendapatkan tiket dan menaiki bas balik ke Alor Setar.




Sampainya saya di Puduraya wau cantiknya susunatur dibangunan tersebut, dulu jika nak ke bilik air amat susah malah tandas amat kotor tapi kini semuanya sudah berubah. Mengenai kaunter tiket ianya teratur tiada lagi ulat-ulat tiket yang berkeliaran disitu kerana setiap sudut ada pegawai penguatkuasa yang memerhati dan memamtau.




Tempat duduk untuk menunggu banyak disediakan dalam suasana nyaman seluroh dibangunan tersebut disediakan aircond tiada masaalah lagi.