Saturday, September 17, 2011

Majlis Jamuan Teh

Setelah selesai Perarakan disebelah pagi semua tetamu kehormat serta Wakil-wakil Jabatan dan Kontijen dijemput hadir ke Majlis Jamuan Teh disebelah petang pada hari yang sama 16 September 2011, jam 5.00 petang bertempat di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar, Kedah.


Jamuan Teh diadakan setiap tahun Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan, Kali ini merupakan tahun ke 54 Peringkat Negeri Kedah. Kehadirin YTM. Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Menteri Besar Kedah serta pembesar-pembesar Negeri. 


Majlis tersebut diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh penyanyi jemputan dari Kuala Lumpur dan tempatan dengan diiringgi penari-penari Badan Kebudayaan Negeri Kedah.




Johan Kawad antara Jabatan-jabatan Kerajaan jatuh kepada Majlis Bandaraya Alor Setar, manakala Johan keselurohan jatuh kepada Persatuan Perajurit Malaysia Negeri Kedah.

MBAS
Pesatuan Perajurit

Majlis berakhir pada jam 6.00 petang bermula dengan keberangkatan pulang YTM Tuanku Raja Muda, Kedah disusuli Menteri Besar Kedah serta orang-orang kenamaan serta para jemputan semua.

YTM Raja Muda Kedah berangkat pulang



No comments:

Post a Comment