Environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Restoran Pak Teh Elok Balik telah mengadakan Program bersama masyarakat pada 9 September 2011 jam 8.30 malam bertempat di Restoran Pak Teh Elok Balik, Tok Nadok, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah.
Syarikat environment IDAMAN Sdn Berhad turut membuka kaunter Aduan dan Perjawatan untuk memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan kaitan dengan Perkhidmatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kaunter Perjawatan menjadi rebutan kepada pengunjung-pengunjung disitu manakala kaunter aduan tidak menerima sebarang aduan.
Barang Hadiah & Cabutan Bertuah
Program pada malam itu berjalan serentak iaitu Ceramah, Pertandingan Memancing dan Tekaan Biji Betik, ianya dimulakan dengan Ceramah Kitar Semula oleh En.Pissal bin Abu, Pegawai Jabatan Koporat dan Komunikasi dan diikuti dengan Pertandingan Menyanyi Lagu-lagu Hari Raya, Sambutan malam tersebut diluar dugaan ramai yang hadir tidak dapat tempat duduk dianggarkan serama 400 orang.
Bagi ketegori persaorangan seramai 27 orang peserta manakala berpasangan hanya 5 pasangan sahaja. Pertandingan bermula jam 10.00 malam selepas ceramah dan berakhir jam 3.00 pagi, Hadiah-hadiah yang ditawarkan hanyalah Barang-barang Electrik seperti Dapur Masak, Periuk Nasi, Pembakar Roti, Serika dan Set Camca serta hadiah-hadiah sampingan.
Sebahagian dari Pengunjung
Persaorangan
Berpasangan
Bagi memeriahkan lagi suasana malam tersebut turut disediakan sebanyak 80 hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung disitu setiap pengunjung diberikan seorang 1 kopon untuk melayakan menyertai cabutan bertuah..
Kakitangan environment IDAMAN Sdn Bhd
Disambung lagi.....
No comments:
Post a Comment