Monday, April 30, 2012

Program 3R di PPSPPA

Program 3R di Pejabat PPSPPA telah diadakan pada 30 April 2012 jam 9.00 pagi di Tingkat 10 Menara MBAS, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Barang-barang kitar semula dibawa oleh staff PPSPPA dari rumah setiap minggu ke Pejabat untuk menjayakan program kitar semula, semuanya barang-barang dikumpul dibilik khas sementara memaklumkan kepada syarikat konsesi environment IDAMAN Sdn Bhd untuk mengutipnya.

 
Sedang menimbang

PPSPPA diketuai oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi Pegawai Jutera dengan dibantu oleh Cik Intan, Puan Akma, En. Hashir dan En. Yusof bersama-sama dengan Pegawai-pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal Abu.

 
Sedang menimbang

Setelah selesai dibuat penimbangan keatas barang-barang tersebut semua barang-barang tersebut dibawa turun dari tingkat 10 dengan mengunakan lift untuk dibawa masuk ke Lori 3R yang sedia menanti dibawah.

Buat kiraan
Bergambar beramai-ramai

Sebelum bemulanya penimbangan satu majlis ringkas memotong kek diadakan diPejabat tersebut bagi tujuan meraikan En. Pissal bin Abu, Pegawai dari Jabatan Koporat dan Komunikasi environment IDAMAN Sdn Bhd yang akan Bersara Wajib pada 03 Mei 2012.


En. Pissal Abu sedang memotong kek
Saya begitu terharu diatas majlis tersebut kerana diraikan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Terima kasih banyak-banyak kepada Pegawai-pegawai PPSPPA terutama En. Mohd. Asrul Azmi dan anak-anak buahnya diatas ingatan.

Kek di agih-agihkan
Menimbang

Sunday, April 29, 2012

Kuala Lumpur Lengang

Hasil daripada Demostrasi Bersih 3 yang diadakan kelmarin pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka hari ini 29 April 2012 keadaanya lenggang, Bas-bas yang datang dari arah mana sekali pun tidak dibenarkan masuk ke Dalam bandar terutama sekali disebelah utara semuanya diturunkan di Jalan Duta.


Hentian Jalan Duta

Semua yang menaiki Bas Express mengeluh kerana Bas Express telah menurunkan penumpag diHentian Bas Jalan Duta diatas sebab Polis membuat penutupan jalan menuju ke Bandar, oleh yang demikian kerana terpaksa menaiki teksi ke tempat tujuan oleh yang demikian ia menyusahkan orang ramai.



KL Central Lenggang

Rezeki kepada pemandu teksi melimpah juah kerana bas-bas dalam bandar tidak beroperasi pada pagi tersebut dan ramai yang tersadai di hentian itu. 


Restoran Curry House
Tosai Daun Pisang

Saya dijemput oleh kawan dan beliau sebelum menghantar saya ke Pejabat Kospeta dibawanya kekedai Restoran Curry House di Jalan Tun Sambatan yang dinamakan Little Indian disitu saya dihidangkan tosai atas daun pisang.

Jalan Tun Sambatan (Little Indian)
Hadapan Restoran Curry House

Thursday, April 26, 2012

Program 3R Perlis

Minggu ke 4 terakhir 26 April 2012 jam 9.00 pagi telah diadakan Program 3R bertempat di Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.




Seperti biasa sebaik sahaja kaunter dibuka didahului oleh bahagian cleaner dan diikuti dengan lain-lain Jabatan, kebanyakan barang-barang yang dikitar selain dari Pejabat ianya dibawa daripada rumah masing-masing.




Pegawai Penyelaras En. Ubaidillah turut hadir serta dipantau oleh En Rusni Pegawai daripada PPSPPA Negeri Perlis, manakala environment IDAMAN Sdn Bhd seramai 4 orang diketuai oleh En. Pissal Abu bersama seorang pemandu dan 2 orang pekerja.


Penyerahan Wang

Wednesday, April 25, 2012

Program 3R di Tabika

Tabika Perpaduan Alor Malai merupakan Tabika yang ke 2 mengadakan program kitar semula yang diadakan pada 25 April 2012 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Tabika Perpaduan, Alor Malai, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Tabika Perpaduan Alor Malai

Sebelum bermulanya kutipan barang-barang kitar semula majlis bermula dengan ceramah pertama  mengenai latar belakang PPSPPA oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi, Pegawai Jutera dan diikuti oleh En. Pissal bin Abu, Pegawai dari Jabatan Koporat dan Komunikasi mengenai Faedah Kitar Semula.

En. Mohd Asrul Azmi memberi ceramah
En. Pissal Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd


Apa pun TAHNIAH diucapkan kepada guru tabika kerana dapat mengumpul waris-waris untuk hadir bersama dalam program ini, sebelum itu maklumat awal telah diberikan kepada guru tabika dan berkesannya beliau menyampaikan berita ini kepada waris-waris sehingga ada yang membawa barang-barang kitar semula dari rumah.


Aktiviti menimbang

 
Selepas selesai ceramah aktiviti menimbang bermula yang mana setiap waris yang membawa barang-barang kitar semula mula mengambil bahagian dengan menimbang sendiri barang-barang tersebut En. Pissal bin Abu Pegawai dari environment IDAMAN mencatit berat dengan di pantau oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi Pegawai Jutera PPSPPA serta Guru Tabika dan waris.


Sedang buat kiraan

Penyerahan wang

Tuesday, April 24, 2012

Kutipan 3R di MDPT

Program kutipan barang-barang 3R di Pejabat Majlis Daerah Padang Terap yang pertama telah diadakan pada 24 april 2012 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, hari Selasa bertempat di hadapan Pejabat Majlis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang.

 
Pejabat MDPT
En. Mohd. Asrul Azmi, Pegawai Jutera

Seperti biasa program ini diadakan bersama PPSPPA Negeri Kedah yang diketuai oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi, Pegawai Jutera, PPSPPA dengan environment IDAMAN Sdn Bhd seramai 4 orang yang diketuai oleh En. Pissal bin Abu, Officer Corporate Communication Department.

 
En. Azly bin Jaafar (Sum Pdg. Terap)
En. Pissal Abu sedang mencatit

Setelah dibuat penimbangan berat kertas biasa 327.5 kg, Tin Alumaniam 0.5 kg jumlah keselurohan harga yang dibayar sebanyak RM 108.00. Semua barang-barang tersebut dibawa balik ke Alor Setar untuk dikitar semula di kilang kitar semula.

 
Penyerahan Wang Kitar Semula
Bergambar beramai-ramai

Monday, April 23, 2012

Hari Ke Dua di Solo

Pagi 20 April 2012 selepas sarapan pagi saya sempat meninjau diPasar Porwosawari yang terletak berhadapan dengan Stesyen Keretapi, suasana di pasar tidaklah begitu ramainya orang rata-rata 95 % peniaga terdiri daripada wanita.

Station dan Pasar


Distesyen keretapi orang ramai apatah lagi waktu pejabat kerana disitu ada tren komuter distinasi yang dituju ke Jogkarta, Semarang, Surabaya dan Jakarta serta stesyen-stesyen berdekatan, paling istimewa laluan tren ke beberapa tempat kebudayaan dan pasar seni, tren ini melalui bersama-sama dengan kenderaan lain kerana railnya terletak diatas jalan raya yang sama. Saya bertanyakan orang ramai disitu jam berapa tren ini akan melalui jalan ini, kata mereka ianya bila ada sambutan keramaiaan sahaja.

Gedung Wayang Orang Sriwedari

Disebelah malam saya ambil kesempatan pergi ke Gedung Wayang Orang Sriwedari (Bangunan Kebudayaan & Kesenian) dan bersebelahanya Taman Hiburan disitu ada pelbagai permainan seperti Fanfair, yang menariknya disitu Pentas Dangdut, Jam 8.00 malam semua acara bermula. semasa saya disitu saya memerhatikan setiap pasangan yang masuk ke khemah dangdut boleh dikatakan berpasangan, Pasangan pula 90% adalah warga tua sepasang suami isteri.

Pentas Dangdut

Lebih kurang 30 minit saya disitu saya berubah haluan menuju ke Gedung Wayang jangkaan saya itu wayang gambar rupanya pentas bangsawan ceritanya kaitan Raja dan Gergasi zaman dahulu, Tajuk cerita malam itu "Arjuna".  Saya terus masuk dengan membeli tiket berharga RP 3,000 (RM 0.80) persembahan malam itu termasok pakaian yang dipakai serupa dengan Thailand, Cina, India perbedazaanya dari segi pemakaian cara negara masing-masing.

Pentas Dangdut
Penonton ramai kebanyakanya warga tua, Persembahan memakan masa selama 3 jam dalam bahasa Jawa ditranslit ke bahasa Malaysia melalui screen putih. Bandar Porwosari, Solo masih ketinggalan dalam pembangunan, bangunan-bangunan disana hanya setingkat dan 2 tingkat sahaja kecuali hotel melabih 20 tingkat lebih kurang 2 atau 3 hotel sahaja ianya terletak antara satu jaraknya jauh.

 
Bangsawan
Bagi orang yang mengemarkan sejarah memang sesuai melawat Solo disini masih banyak bangunan bersejarah apa yang menariknya antara Sempadan Jawa Timur dengan Jawa barat katanya ramai pelancong kesitu kerana ianya sejuk dan suasanaya nyaman.

Saturday, April 21, 2012

Lawatan Ke Solo

Kali ini Lawatan saya ke Solo, Indonesia, Bandar Purwosari selama 3 hari 2 malam pada 19-21 April 2012 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Solo memakan masa selama 2 jam 30 minit, penumpang pada hari itu penuh tapi masih ada tempat duduk kosong dibelakang lalu saya berpindah ke belakang.


KL ke Solo

Dari Kuala Lumpur berlepas jam 10.25 pagi sampai di Terminal Bandar Udara International Adi Soemarmo pada jam 12.45 tengahari, sebaik selesai proses mengechop pasport sampailah ke bahagian pintu keluar terakhir pada masa itu saya ditahan oleh pihak Kastam bertanyakan saya apa tujuan datang kesini dan adakah saudara disini, jawapan saya, "saya datang kesini sebagai pelancong dalam siri menjelajah Indonesia" selepas disoal siasat maka saya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Menaiki Pesawat
Sebaik sahaja saya keluar dari pintu saya disambut oleh bahagian pelancongan yang tersedia ada kiosknya disitu dan mereka memberi penerangan serta risalah kepada saya arah tuju dalam Bandar Solo saya tersenyum mungkin pegawai kastam tadi memaklukan kepada mereka, sebab banyak tempat yang saya kunjung tidak ada disediakan kiosk penerangan.

Airport
Kemudian saya terus ke kaunter teksi untuk pergi ke Hotel Arini Syariah, Purwosari, Solo, bayaran yang dikenakan hanya Rp 55.000 (RM 18.00). Sampai dihotel, bilik saya telah siap sedia, bilik hari itu penuh ramai pelancong mengidap disitu tapi saya telah booking melalui internet seminggu sebelum tarikh saya berangkat ke Solo.

Arini Hotel

Hotelnya yang setinggi 2 tingkat amat cantik, bilik yang ada hanya 89 bilik sahaja ianya terletak dalam pusat bandar pendek kata nak kemana hanya berjalan kaki tapi letih juga la sebab setiap tempat bersejarah satu tempat ke satu tempat jaraknya jauh juga.

Beca Kayuh
Kenderaan motor teksi tidak ada hanya beca biasa, begitu juga Bas Angkutan (Van) tidak banyak boleh dibilang tidak sama seperti di Medan, Palembang, Bandung, Pekan Baru, Surabaya dan Tanjong Balai Karimun.


Solo Grand Mall

Perbelanjaan disana makan dan minum termasok tambang beca semuanya murah, bila ditanya berapa tambangnya ke tempat yang nak dituju mereka kata terserah berapa nak bagi ikut suka (erti kata mereka tidak demand). Suasana sana agak berlainan dengan tempat-tempat lain terutama peniaga-peniaga ditepi jalan mereka berniaga sampai ke pagi tempat duduk makan tidak digunakan kerusi meja semunya duduk diatas tikar di kaki lima jalan. banyak remaja-remaja disana membuka niaga kecil-kecilan menjual handfhone.

Makan Petang di Pizza Hut

Keesokan pagi semuanya bersih kalau dilihat mereka berniaga sepanjang malam tapi apabila siang menjelma semuanya nampak bersih tidak tinggal walau sebatang puntong rokok pun.

Tuesday, April 17, 2012

Msyuarat ALK Ke 8

Mesyuarat ALK ke 8 telah diadakan pada 17 April 2012 jam 9.00 pagi hari Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA, KM 12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA

Mesyuarat hari ini amat penting bagi membincang akaun-akaun dan persiapan mesyuarat agung kali ke 30 di Alor Setar, Kedah.  11 ALK dari 12 yang hadir mesyuarat hari ini. Mesyuarat ini juga telah meluluskan pembelian Bangunan dan Tanah di Kampong Baru dengan nilai RM 9 juta untuk di jadikan pejabat baru Kopersai KOSPETA Malaysia Berhad.

 
Sebahagian dari ALK
En. Pissal sedang memberi penerangan

Mesyuarat juga telah diberi penerangan mengenai kejayaan Lawatan Sambil Belajar ALK dan Warga kerja ke Pekan Baru yang diadakan baru-baru ini pada 5-7/04/2012. Mesyuarat juga bersetuju untuk masa yang terdekat ini diadakan 1 lagi program Lawatan Sambil Belajar ALK bersama Warga kerja ke Kambodia untuk memberi peluang lain-lain warga kerja menyertainya.

 
Pegawai Kanan Koperasi
Setelah selesai semua ALK bersama-sama kakitangan Koperasi ke tingkat 3 untuk jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak pentadbiran, Jamuan ini diadakan setiap kali mesyuarat ALK bertujuan dapat merapatkan lagi silatulrahim antara ALK dengan Kakitangan Koperasi.

 
ALK
ALK
Warga Kerja

Monday, April 16, 2012

Mesyuarat J/K Kawasan

Mesyuarat bersama AJK Kawasan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad MBAS dengan Environment IDAMAN Sdn Bhd telah diadakan pada 15 April 2012 jam 7.00 petang di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Alor Setar, Kedah.

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Azih bin Muda turut hadir dalam mesyuarat kawasan pertama bagi membincang agenda mengenai Persiapan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di tingkat 7 Menara MBAS Alor Setar pada 16 Jun 2012.


En. Ahmad Letfi Pengerusi Kawasan
AJK yang hadir

Antara yang dibincangkan mengenai majlis jamuan makan malam pada 15 Jun 2012 bertempat di Padang Permainan dengan kerjasama Rukun Tetangga Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah. Dijangka seramai 200 orang perwakilan dan pemerhati yang akan hadir termasok ahli keluarga tidak termasok AJK Rukun Tetangga serta Penduduk Taman.


AJK Kawasan