Saturday, April 21, 2012

Lawatan Ke Solo

Kali ini Lawatan saya ke Solo, Indonesia, Bandar Purwosari selama 3 hari 2 malam pada 19-21 April 2012 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Solo memakan masa selama 2 jam 30 minit, penumpang pada hari itu penuh tapi masih ada tempat duduk kosong dibelakang lalu saya berpindah ke belakang.


KL ke Solo

Dari Kuala Lumpur berlepas jam 10.25 pagi sampai di Terminal Bandar Udara International Adi Soemarmo pada jam 12.45 tengahari, sebaik selesai proses mengechop pasport sampailah ke bahagian pintu keluar terakhir pada masa itu saya ditahan oleh pihak Kastam bertanyakan saya apa tujuan datang kesini dan adakah saudara disini, jawapan saya, "saya datang kesini sebagai pelancong dalam siri menjelajah Indonesia" selepas disoal siasat maka saya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Menaiki Pesawat
Sebaik sahaja saya keluar dari pintu saya disambut oleh bahagian pelancongan yang tersedia ada kiosknya disitu dan mereka memberi penerangan serta risalah kepada saya arah tuju dalam Bandar Solo saya tersenyum mungkin pegawai kastam tadi memaklukan kepada mereka, sebab banyak tempat yang saya kunjung tidak ada disediakan kiosk penerangan.

Airport
Kemudian saya terus ke kaunter teksi untuk pergi ke Hotel Arini Syariah, Purwosari, Solo, bayaran yang dikenakan hanya Rp 55.000 (RM 18.00). Sampai dihotel, bilik saya telah siap sedia, bilik hari itu penuh ramai pelancong mengidap disitu tapi saya telah booking melalui internet seminggu sebelum tarikh saya berangkat ke Solo.

Arini Hotel

Hotelnya yang setinggi 2 tingkat amat cantik, bilik yang ada hanya 89 bilik sahaja ianya terletak dalam pusat bandar pendek kata nak kemana hanya berjalan kaki tapi letih juga la sebab setiap tempat bersejarah satu tempat ke satu tempat jaraknya jauh juga.

Beca Kayuh
Kenderaan motor teksi tidak ada hanya beca biasa, begitu juga Bas Angkutan (Van) tidak banyak boleh dibilang tidak sama seperti di Medan, Palembang, Bandung, Pekan Baru, Surabaya dan Tanjong Balai Karimun.


Solo Grand Mall

Perbelanjaan disana makan dan minum termasok tambang beca semuanya murah, bila ditanya berapa tambangnya ke tempat yang nak dituju mereka kata terserah berapa nak bagi ikut suka (erti kata mereka tidak demand). Suasana sana agak berlainan dengan tempat-tempat lain terutama peniaga-peniaga ditepi jalan mereka berniaga sampai ke pagi tempat duduk makan tidak digunakan kerusi meja semunya duduk diatas tikar di kaki lima jalan. banyak remaja-remaja disana membuka niaga kecil-kecilan menjual handfhone.

Makan Petang di Pizza Hut

Keesokan pagi semuanya bersih kalau dilihat mereka berniaga sepanjang malam tapi apabila siang menjelma semuanya nampak bersih tidak tinggal walau sebatang puntong rokok pun.

No comments:

Post a Comment