Monday, April 23, 2012

Hari Ke Dua di Solo

Pagi 20 April 2012 selepas sarapan pagi saya sempat meninjau diPasar Porwosawari yang terletak berhadapan dengan Stesyen Keretapi, suasana di pasar tidaklah begitu ramainya orang rata-rata 95 % peniaga terdiri daripada wanita.

Station dan Pasar


Distesyen keretapi orang ramai apatah lagi waktu pejabat kerana disitu ada tren komuter distinasi yang dituju ke Jogkarta, Semarang, Surabaya dan Jakarta serta stesyen-stesyen berdekatan, paling istimewa laluan tren ke beberapa tempat kebudayaan dan pasar seni, tren ini melalui bersama-sama dengan kenderaan lain kerana railnya terletak diatas jalan raya yang sama. Saya bertanyakan orang ramai disitu jam berapa tren ini akan melalui jalan ini, kata mereka ianya bila ada sambutan keramaiaan sahaja.

Gedung Wayang Orang Sriwedari

Disebelah malam saya ambil kesempatan pergi ke Gedung Wayang Orang Sriwedari (Bangunan Kebudayaan & Kesenian) dan bersebelahanya Taman Hiburan disitu ada pelbagai permainan seperti Fanfair, yang menariknya disitu Pentas Dangdut, Jam 8.00 malam semua acara bermula. semasa saya disitu saya memerhatikan setiap pasangan yang masuk ke khemah dangdut boleh dikatakan berpasangan, Pasangan pula 90% adalah warga tua sepasang suami isteri.

Pentas Dangdut

Lebih kurang 30 minit saya disitu saya berubah haluan menuju ke Gedung Wayang jangkaan saya itu wayang gambar rupanya pentas bangsawan ceritanya kaitan Raja dan Gergasi zaman dahulu, Tajuk cerita malam itu "Arjuna".  Saya terus masuk dengan membeli tiket berharga RP 3,000 (RM 0.80) persembahan malam itu termasok pakaian yang dipakai serupa dengan Thailand, Cina, India perbedazaanya dari segi pemakaian cara negara masing-masing.

Pentas Dangdut
Penonton ramai kebanyakanya warga tua, Persembahan memakan masa selama 3 jam dalam bahasa Jawa ditranslit ke bahasa Malaysia melalui screen putih. Bandar Porwosari, Solo masih ketinggalan dalam pembangunan, bangunan-bangunan disana hanya setingkat dan 2 tingkat sahaja kecuali hotel melabih 20 tingkat lebih kurang 2 atau 3 hotel sahaja ianya terletak antara satu jaraknya jauh.

 
Bangsawan
Bagi orang yang mengemarkan sejarah memang sesuai melawat Solo disini masih banyak bangunan bersejarah apa yang menariknya antara Sempadan Jawa Timur dengan Jawa barat katanya ramai pelancong kesitu kerana ianya sejuk dan suasanaya nyaman.

No comments:

Post a Comment