Saturday, June 30, 2012

Mesyuarat Agung KOSPETA

Alor Setar telah dipilih oleh Lembaga Koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 30, semua ALK. Warga Kerja, Perwakilan dan Pemerhati ditempatkan diHotel Holiday Villa yang terletak di Jalan Kolam Air berhadapan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Hotel Holiday Villa
Kain sepandok hadapan Pejabat MBAS

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Koperasi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agungnya kali ke 30 pada hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Besar Tingkat 7 Menara MBAS Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.

Dewan Mesyuarat
Tuan Setiausaha MBAS

YBhg En. Mohd. Fisol bin Mat. Noh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar telah merasmikan mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh seramai 128 orang perwakilan seluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah.

En. Mohd. Fisol bin Mat Noh sedang berucap
En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
En. Pissal bin Abu Pengacara Majlis
Gambar Majlis Perasmian

Mesyuarat yang berjalan lebih kurang 2 jam dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad berjalan dengan lancar, setiap ajenda yang dibentang dibincang dengan begitu tertib oleh peserta semasa diadakan pembentangan.

Menyanyi Lagu Negara Ku
Ustaz Mohd. Noris bin Desa Membaca Doa
Bacaan Doa

Kebanyakan perwakilan yang hadir dimesyuarat ini adalah orang-orang lama sejak dari penubuhan lagi membuat mereka lebih matang dalam membahas setiap ajenda dalam sessi perbahasan. . Mesyuarat ini juga akan menilai apajua aktiviti yang dijalankan oleh ALK dalam tempoh setahun.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi
Mesyuarat diPengerusikan oleh En. Azih Muda
Sebahagian dari Perwakilan
Gambar Persidangan

Diakhir mesyuarat Saudara Pengerusi memberi pesanan kepada semua perwakilan supaya berhati-hati di jalan raya semoga kembali dalam keadaan selesa dan  selamat sampai ke pangkuan keluarga yang disayangi.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi
En. Pissal bin Abu Pengerusi 3P Bergambar
Bersama Warga Kerja Koperasi KOSPETA

Jamuan Makan Malam

Sempena Mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 30 yang akan diadakan pada 30/06/2012 satu majlis jamuan makan malam telah diadakan pada hari Jumaat 29/06/2012 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Rukun Tetangga, Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.


Cabutan Bertuah

Jamuan ini sebagai meraikan perwakilan & pemerhati serta ahli keluarga yang datang dari seluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sdr. Pissal Abu salah seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) menjadi tuan rumah. Sebanyak 11 jenis makanan disediakan iaitu Kambing Pangang, Satay, Nasi Tomato, Laksa, Roti Jala, Yong Taufu, Rojak, Keropok, Ice Cream, Teh Tarik dan Buah-buahan.

En. Azih bin Muda Pengerusi KOSPETA
En.Yahya Raof Pengerusi RT

Sekalung TAHNIAH harus diberikan kepada En. Yahya Pengerusi KRT Taman Utama serta Jawatankuasanya yang membantu dan memberi kerjasama sepenuh sehingga perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan.

Bahagian rojak
En. Kalai sedang panggang Kambing
Warga Kerja Koperasi KOSPETA
Jamuan Makan Malam

Selepas selesai jamuan makam malam diteruskan dengan program cabutan bertuah, sebanyak 125 yang hadiah disediakan  serta tembakan bunga api sebagai penutup majlis.

Sebahagian dari orang ramai
Sedang menjamu selera
Gambar Jamuan Makan Malam
Cabutan Bertuah
Bunga Api

Friday, June 29, 2012

Penyediaan Makan Malam

Sebagai tuan rumah tentunya sibuk dalam penyediaan jamuan makan malam kepada perwakilan seramai 125 orang tidak termasok Jawatankuasa KRT, seramai 60 orang purata semuanya 250 orang.dijangka hadir.


Bergotong Royong Memasak

Bonda yang tinggal di No. 263 Taman Utama dengan dibantu oleh Jiran Wanita KRT telah dipertngung jawab menyediakan sebanyak 4 jenis makanan daripada 11 jenis makanan iaitu Nasi Tomato, Laksa. Keropok dan Rojak untuk malam tersebut.


Bonda Sedang Memasak Ayam

Alhamdulilah kerja-kerja menyediakan makanan seperti diatas dapat disediakan tepat pada jam 5.30 petang, Sementara itu En. Yahya Pengerusi KRT Taman Utama bersama AJK dan Belia-belia turut membantu, mengantur meja kerusi dan menghidangkan makanan di setiap kiosk kiosk.


Mohd. Bilal Mengisi Barang dalam Beg
Menyusun Gerai
Persiapan Tempat

Saturday, June 23, 2012

Mesyuarat Agung Perwakilan

Bank Kesatuan telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 53 pada 23/06/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Malenium, IXORA Hotel, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Pendaftaran

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diperuntukan 2 orang wakil yang diwakili sendiri oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi dan En. Mohammad bin Saad ALK manakala En. Pissal Abu hadir sebagai pemerhati.


Suasana Mesyuarat

Mesyuarat dihadiri seramai 1000 orang bermula jam 9.00 pagi berakhir sebaik sahaja selepas makan tengahari, Mesyuarat pada kali ini berlaku pertikaian mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Siasatan oleh Perwakilan. Setelah didesak maka perwakilan membuat cadangan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan keluar dari Dewan Mesyuarat.

Friday, June 22, 2012

Mesyuarat ALK Khas

Bagi melancarkan perjalanan Mesyuarat Agung Perwaklan ke 30 yang dijadualkan pada 30/06/2012 di Alor Setar maka hari ini 22/06/2012 diadakan Mesyuarat ALK Khas bagi membincang aturcara Makan Malam dan Persidangan. 

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari

Selain Mesyuarat ALK Khas juga diadakan Mesyuarat Pinjaman dan Mesyuarat Perjawatan mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad, Pejabat Urusan Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd, KM 12 Bandar Baru Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Sebahagian dari ALK yang hadir
Suasana Masyuarat

Selesai mesyuarat pada jam 8.30 malam kami ke Chowkit makan malam dan selepas makan malam kami menaiki kereta En. Azih Muda menuju ke Butterworth menginap di Hotel IXORA yang baru 8 bulan beroperasi terletak di Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, Perai, Pulau Pinang.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat persiapan tempat
Penolong Pengurus Kopeerasi KOSPETA

Monday, June 18, 2012

Mesyuarat 3P

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) kali ke 5 bagi tempoh 2011/2012 telah diadakan pada 18 Jun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, Tingkat 3 Pejabat Urusan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang terakhir dalam tempoh 2011/2012 bagi membincang penyediaan perkara perkara yang khusus untuk Persidangan Perwakilan kali ke 30 yang akan diadakan pada 30 Jun 2012 bertempat di Tingkat 7 Dewan Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah. 

Mesyuarat diPengerusikan oleh Sdr. Pissal Abu

Sdr. Pissal Abu sebagai Pengerusi 3P telah mempengerusikan mesyuarat ini dengan dihadiri oleh semua Jawatankuasa 3P. Ucapan tahniah juga diberikan kepada 4 ALK yang telah tamat tempoh dan dilantik semula atas kelulusan yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dengan pengesahan yang diberikan ini erti kata semua ALK menang tanpa bertanding.

Jawatankuasa yang hadir

Sempena Persidangan kali ini mesyuarat juga memutuskan Pekej Istimewa Lawatan ke Medan selama 4 hari 3 malam dengan harga promosi RM 1,000 untuk anggota koperasi termasok ahli keluarga dengan kelulusan sebanyak RM 2,000 seorang tanpa penjamin. Tarikh lawatan telah ditetapkan pada 1-4 November 2012 tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012. Pakej termasok Tiket Penerbangan, Airport Tax, Makan dan Minum, Bas dan Hotel bertaraf 5 bintang.

Saturday, June 16, 2012

Tanjong Balai Karimun

Sebaik sahaja selesai mesyuarat selepas saya berehat pada malam 14/06/2012 jam 12.00 malam saya bersama kawan kawan berangkat ke Kukup, Pontian Johor menuju ke Tanjong Balai Karimun, Indonesia untuk selama 3 hari 2 malam.

Sampainya kami di perhentian Kukup selepas solat subuh kami terus ke kedai kopi untuk sarapan pagi menunggu jam 7 pagi kaunter tiket dibuka untuk feri pertama. Harga tiket feri RM 90.00 pergi balik dan perjalanan feri pertama dari Kukup jam 8.00 pagi dan sampai di Pelabuhan Tanjong Balai jam 9.00 pagi waktu Malaysia 8.00 pagi waktu Indonesia. Tukaran wang Rupiah 1 juta bersamaan RM 337.00 pada 15/06/2012.

Hotel Paragon
Reception

Sesudah cop pasport diluar terminal feri sedia menanti kawan-kawan disana dan mengambil kami terus dibawa ke Hotel Paragon, kami menginap disana selama 3 hari 2 malam sebaik sahaja selesai checkin di hotel tersebut kami dibawa makan pagi di Restoran Gulai Asam Pedas, Specialnya restoran ini ikan ikan yang disediakan baru baru belaka dan ikut tempahan pelanggan ikan apa yang dikehendaki.

Pelbagai Ikan
Asam Pedas

Memang enak siapa belum cuba pendek kata jika ke Tanjong Balai tak makan gulai asam pedas namanya tak lengkap pergi kesitu kerana ianya lain dari yang lain, Masakanya mengikut selera kita kemudian baru dimasaknya. Macam macam ada selain dari pelbagai jenis ikan termasok sotong, telor sotong, telor ikan dan udang.

Pasar
Kedai Kain

Tanjong Balai Karimun adalah syurga tempat membeli belah bagi orang orang malaysia harga harganya jauh lebih murah tapi kita pandai pandailah menawar semasa kita membeli belah jika kita malu nak menawar mahalah pula harganya.

Minyak Wangi
Sebahagian Tempat Membeli Belah

Selama 3 hari disana kami betul betul rehat lepaskan tension bila hari jumaat dapat solat berjemaah dengan orang-orang kampong disana masjid ini terletak disebelah Hotel kami menginap dan jumaat malam kami dapat bersama-sama serta berpeluang mengikut ceramah Israk Mikraj yang dianjur oleh Jawatankuasa Kariah Masjid tersebut.


Pasar Malam

Makan malam cukup seronok kerana tempat makan malam adalah pasar malam setiap malam, pasar malam tersebut tidak jauh dengan hotel kami maka ramailah penduduk penduduk disitu keluar makan malam bersama keluarga setelah mereka penat bekerja disiang hari.

Makan Malam
Sarapan Pagi di Hotel

Disini juga sebagai tempat pertemuan orang-orang malaysia yang datang kesitu ada dari Trengganu, Kelantan, Selangor, Kedah dan Perlis pendek kata disitulah kita akan dapat berkenalan dengan orang-orang malaysia.

Bersambung lagi.....